Saturday 24 March 2012

Tafsiran Tentang Gaya Tidur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Tidur a.k.a zzz...Siapa yang tak suka tidur?Tidur ni salah satu cara untuk merehatkan diri dan mental kita bila dah rasa penat sangat.Tidur itu satu nikmat.Bayangkan lah kalau nikmat tidur kita ini ditarik.Fuhh...bole kena insomnia a.k.a penyakit susah nak tidur tuu.Bila tengah malam mata masih terkebil-kebil.Rasa jealous pulak bila tengok orang sebelah kita tidur nyenyak je.Siap berdengkur pulak tuu.
"Ambooi...sedapnya dia tidur kat bahu aku.Ambil gambar buat header blog aku baru tau"

Bila dah tidur tu macam macam fesyen tidur kita bole nampak.Alaa...korang mengendap je la bila akak/abang/adik korang tengah tidur.Gaya pelik pelik kita bole nampak.Kadang kadang rasa macam nak ambil gambar dan upload kat Facebook.Pergh...kau memang jahat! Hehe...(aku tak senakal itu oke) 

Ada 6 jenis gaya tidur yang bole ditafsirkan.Hah...agak agak gaya tidur korang yang mana satu?
1. GAYA BAYI ~ Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.
2. GAYA TIDUR MATI ~ Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.
3. GAYA TIDUR MENGIRING ~ Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.
4. GAYA TENTERA ~ Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.
5. GAYA TIDUR BEBAS ~ Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.
6. GAYA TAPAK SULAIMAN ~ Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Aku...?Sudah semestinya gaya tidur aku adalah yang nombor satu.Yeah...saya sangat innocent seperti bayi.hehe :)

p/s : tidur waktu malam bila waktu hujan turun tanpa guruh bole buat aku lambat bangun pagi

5 Komen Terhebat:

Unknown said...

saya gaya bayi *ingat comell lettuw

aiyooo,comelnya yong hwa & shi hye *touched

Shafi ShoPink said...

semua gaya saya buat time tido...haha

ankeljonni said...

gaya tidur saya macam2....

yg tak tersenarai pun ada.. stail baru...
huhuhuhu

Dba Dealova said...

@syasya : sama la kita...gaya comel comel gitu
@puterisiong : fuhh..dasyat tu :)
@uncle : wahh...ada stail baru tu.memang luar biasa la uncle ni :)

Bulan Syurga Firdausi said...

heee sy tdo gaya comel... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}