Monday 31 December 2012

Entri Akhir 2012


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ni 31 Disember 2012.Ye..aku tahu korang semua tahu tarikh hari ni.Hmm tadi baru naik kerja semula.Selepas mc seminggu.Tak payah tahu lah kenapa aku mc...

Aku yakin pasti ramai jugak para bloggers yang sibuk sibuk nak update entri terakhir masing-masing dalam blog mereka.Eleh...mengaku je lah yang kau pun salah seorang daripadanya.

Tahun 2012 ni memang terlalu banyak perkara yang buat aku menjadi individu yang semakin matang.Hahaha...Di sini aku nak BOLD kan perkara utama yang aku pointkan sebagai SEJARAH atau peristiwa penting sepanjang tahun 2012 ni.

APRIL 2012
Marissa Zahirah

~ Aku bergelar 'tanter' atau Mak Ngah.Ni lah anak saudara aku yang pertama.Comel macam aku.Huahua...(sila jangan muntah merata-rata ye)

JUN 2012

~ Mohon kerja pada Bulan Februari 2012 tapi dapat selepas 4 bulan! Percayalah anda semua bahawasanya jika Allah sudah tentukan rezeki itu untuk kita,memang kita akan dapat jugak.Ohh ye...panggilan telefon itu seingat aku pada puasa bulan Syaaban...

SEPTEMBER 2012

Ini mawar sedang mekar berkembang

~ tapi dah jadi kosong-kosong-kosong...sangat-sangat

DISEMBER 2012

~Korang pernah kene chikenpox? Alaa...demam yang keluar bintik seluruh badan tu.Orang cakap setiap orang mesti kena.Yaa...aku kena chikendance tu.Ehh...bukan chikenpox tu tahun ni.Hmm...betul la tu.Pandai pun.Itu lah sebab kenapa aku mc seminggu tu...

Menurut aku,itu je lah antara perkara utama yang penting yang berlaku sepanjang tahun 2012 ni..

Itu je nak taip.Jumpa lagi dalam entri seterusnya pada tahun 2013.InsyaAllah.Itu pun kalau aku tak busy...
Dan tak malas.Hehe...

p/s : Tahun 2013 kenalah bersedia untuk sesuatu yang membawa perubahan lebih besar dalam hidup aku.Mungkin?Entah...tak tahu






Saturday 29 December 2012

Alasan...Berani Pakai?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tahun baru dah nak muncul.Itu petandanya bebudak tak cukup umur kena lah kembali ke sekolah balik kan.Hahaha...padan muka korang.Kena balik ke sekolah.Aku dah bebas (berlagak sikit...wekkk) Hehehe...

Tak pe.Akak yang baik hati ni nak bagi tips untuk bebudak yang nak masuk balik ke alam persekolahan tu dengan beberapa alasan yang tak masuk akal yang mungkin boleh digunakan bila keadaan dah terdesak.Emm..mungkin? Itu pun kalau adik-adik berani guna lah.Bagi mereka-mereka yang masih belajar tapi bertaraf universiti,kolej ataupun poly...rasanya tak patut kot korang guna alasan ni.


Alasan ini sekadar suka-suka.Agak-agak kalau cikgu tu garang dan tak boleh dibuat loyer buruk,janganlah memandai nak guna alasan ni...

p/s : memori budak skema...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}