Friday 31 August 2012

Saturday 25 August 2012

7 Sikap Wanita Melalui Cara Berjalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Gaya jalanku yang ayu menambat hati mu semua...

Ketahui sikap wanita dengan melihat cara mereka berjalan.Anda golongan yang mana satu agaknya ye?


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam

Baru lepas kena reject (gaya jalan patah hati) sabar je la kak...

p/s : rimas kalau orang depan jalan lambat sangat.alahai mak datin...

Friday 24 August 2012

Cara Senang Dapatkan Pahala Walaupun Selepas Mati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Info Islamik hari ni nak kongsi mengenai cara senang untuk kita dapat pahala secara berterusan walaupun kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.Moga bermanfaat.
1- Pasang kipas di surau/masjid walaupun satu.Setiap kali orang guna,anda dapat pahala    walau selepas mati.
2- Derma kerusi roda di hospital.Setiap kali pesakit guna,anda akan dapat pahala.
3- Beri baju kepada orang.Setiap kali orang pakai,anda dapat pahala.
4- Beri makanan kepada orang.Anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
5- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Kongsikan mesej ini kepada orang ramai.Walaupun seorang tolong kongsikan kepada orang lain,anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk menyampaikan ilmu...

Saturday 18 August 2012

Penat Bukan Malas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku cuba nak taip entri pendek pendek je sejak aku busy memanjang dengan kerja yang urgent nya tak habis habis tu.Bila dah balik kerja penat yang dirasai memang tidur sahaja lah penawarnya.Overtime memanjang kadang kadang sampai 14 jam.Memang aku bukan robot.Tapi,itu yang dinamakan tanggungjawab.Kau tanggung dan kau sendiri jawab.Fuhh...Memang penat

Balik kerja memang tak de lah masa nak kemas kemas rumah bagai.Memang diserahkan kepada akak dan adik aku je.Aku tahu mereka jugak penat.Tapi...aku lagi penat kot.Penat sampai tidur pengsan terus.Maaf la.Memang satu kerja kat rumah pun lately ni memang aku malas nak buat.Bilik aku.Tak payah cakap.Serabut macam mana pun aku tetap nampak macam biasa je.Hehe...
"Gosok jangan tak gosok gosok sampai tertanggal semua karat.Ada karat ke?"

Sekali lagi aku bukan malas.Penat je.Akak aku akan cakap..."kau ingat aku ni tak penat?"

p/s : kalaulah aku ada bibik lain la cerita."Bibik bisa beresin semuanya yaa mbak"

Friday 17 August 2012

6 Perkara Allah Sembunyikan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikit pun.InsyaAllah...

Friday 10 August 2012

11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Info Islamik ringkas buat penambahan ilmu hari ini.

Semoga kita termasuk dalam golongan tersebut.Aminn...


Friday 3 August 2012

7 Golongan Hebat Dilindung Di Masyar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semoga info Islamik kali ini bermanfaat buat kita semua. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}