Sunday 29 April 2012

Lawak Nama Jepun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kali ni aku update entry santai-santai je.Saje nak buat anda-anda semua ketawa menyengih sampai nampak gusi.Mungkin ada yang dah pernah baca tapi takpe.Baca lagi sekali untuk hilangkan rasa tension sekali sekala.Yang belum pernah baca...tunjukkan humour sense anda.Okeh...yang tak memiliki humour sense anda dimaafkan kerana tidak mampu ketawa.Hehe...

Sila sebut nama Jepun tersebut seperti nada orang Jepun menyebutnya...haitt (tunduk 45 darjah setengah)

01- Yang Pemarah ~ KEIJI CACIMAKI 
02- Yang Suka Berjimat Cermat ~ SAYORI SUKAMURA 
03- Yang Bisu ~ KEITA TADASORA 
04- Yang Suka Makan Nasi ~ NANACHI KASIBANYA 
05- Yang Suka Layan Blues ~ APO NADIKATO 
06- Yang Suka Belajar ~ ASHIKO ULANGKAJI 
07- Yang Kerap Bikin Kacau ~ WAKASI HURUHARA 
08- Yang Sangat Kedekut ~ MATIMATI TAMOKASI 
09- Yang Suka Sangat Tidur ~ ICHIBAN TIDOMATI 
10- Yang Suka Mengintai ~ HINTAI AKOSUKA 
11- Yang Tua ~ TARAGIGI PADANMUKA 
12- Yang Kena Tinggal Bini ~ SUSAHATI BINILARI 
13- Yang Suka Merempit ~ SAJA CARIMATI 
14- Yang Suka BERSUMPAH ~ SAIFOO BAUKARI 
15- Yang Lembab ~ AYUMI SIPUTBABI


Dapat tangkap ke lawak yang dinyatakan di atas? Dapat? Baguss.Anda tergolong dalam golongan orang yang humour sense gituu.Diingatkan bahawasanya ini hanyalah JENAKA semata mata.Tiada kaitan dengan mereka-mereka yang sedang tersedak mahupun yang sedang sendawa.Hehe....

Koike Teppei (you melt my heart!!!)

Gambar di atas merupakan salah seorang pelakon Jepun yang aku suka.Sila abaikan nama dia yang peliks itu.Yang penting dia sangat comel tahap gaban.Tak kisahlah kalau ada yang nak cakap dia tu jambu batu ke...tembikai susu mahupun durian belanda yang penting buah-buahan di atas sangat enak dimakan (tiada kaitan)

p/s : ciptaan Allah semua indahh...

Friday 27 April 2012

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar,maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah S.W.T"

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu daripada perbuatan mungkar dan keji,maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.Dan pada hari kiamat nanti solatmu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk"

Saturday 21 April 2012

Marissa Zahirah Sebaya Qhaliff Iman

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dah lama sebenarnya aku nak update mengenai anak saudara aku yang pertama ni cuma tak sempat je.Yelah...first time bergelar aunty ni terasa excited sikit...hehe (terasa dah tua pulak).Anak saudara pertama aku ni perempuan.Aku ingatkan dapat lelaki tapi takpe lah.Kalau lelaki bole lah aku ajak dia main gusti dan tomoi-tomoi gituu.Dapat pulak perempuan.Tapi takpe.Bersyukur je lah.Yang penting dia sihat dan dapat membesar dengan baik.


Nama anak saudara aku ni Marissa Zahirah.Sedap tak nama dia? Biasalah...aku yang bagi nama tuu.Hehe...Sebenarnya nama Marissa je yang aku bagi.Zahirah tu bapak dia yang bagi.So,digabungkan jadilah Marissa Zahirah.Maksudnya..."yang bersopan dan berkilau".Dia lahir pada 6 April 2012.Haa...dia ni sebaya dengan anak seorang blogger famous tu Ben Ashaari cuma anak Ben lahir 2 April 2012.Kiranya anak saudara aku ni lambat empat hari je.

So,sekarang sesi menayang gambar Marissa Zahirah





Cukuplah setakat itu gambarnya.Well sekarang ni dia cepat meragam terutamanya waktu malam.Seriously...aku tak bole tidur.Barulah aku tahu rasanya bila ada bayi kat rumah.Dan sejak kehadiran Marissa Zahirah ni,aku asyik bangun lambat je.Mana tak bangun lambat.Tidur tak lena.Marissa tak kesian ke kat Mak Ngah mu ini?Jangan meragam lagi ye malam-malam...(bajet macam budak tu baca je)

Ni sesaje aku nak menempel gambar antara anak Ben Ashaari dengan anak saudara aku.Agak agak bila besar mereka bole jadi kawan tak?Hehe...

Muhammad Qhaliff Iman
Marissa Zahirah
Memang aku akui sepanjang bergelar Mak Ngah ni memang memerlukan kesabaran serta kekuatan mental dan fizikal untuk melayan kerenah bayi ni.Nak kena pujuk je dengan segala macam puji-pujian barulah tak merengek.Hai...macam macam betul.Tapi...ni memang pengalaman yang baru buat aku yang selama ni tak pernah pun merasa menjaga bayi.

Ni gambar favourite aku.Sengaja aku bingkaikan.Comel kan...

Bila besar Marissa nak jadi pilot... (memandai je aku ni)

p/s : ramai jugak cakap muka Marissa ni macam muka anak orang cina...

Friday 20 April 2012

Berbaik Sangka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Islam adalah agama yang sentiasa mengajak umatnya agar berprasangka sangka baik antara satu sama lain.Ini kerana dengan wujudnya sifat saling bersangka baik,akan dapat mengukuh dan memantapkan hubungan persaudaraan sesama Muslim.

KISAH WANITA DAN SEBUNGKUS BISKUT.


Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.
Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.


Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!


Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
Maka, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.


Pengajaran dalam cerita ini jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan kita mudah berburuk sangka pada orang lain.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengajar umatnya hidup berbaik-baik dan bersatu padu serta perlu saling berprasangka baik. Ini kerana al-Quran jelas mengatakan yang orang mukmin itu adalah bersaudara. 


Firman Allah bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara”(Surah al-Hujurat, ayat 10)


Thursday 19 April 2012

Hero Kedua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Drama korea Autumn In My Heart...siapa peminat tegar drama-drama korea ni mesti dah tahu dan dah tonton mungkin lebih 10 kali kot untuk feeling-feeling sedih sampai penuh sebaldi air mata.Haha...Nasib baik aku bukan daripada golongan yang tadah air mata sebanyak tu.Sekarang ni pun TV3 pun sedang hangat...(err hangat ke?) menayangkan drama Filipina iaitu Endless Love yang diadaptasi daripada drama Autumn In My Heart ni.


Autumn In My Heart

Endless Love


Aku bukan nak cerita pasal sinopsis drama ni atau perbezaan cerita versi korea dan filipina.Aku cuma nak taipkan di sini bahawasanya aku suka HERO KEDUA dalam kedua-dua versi ini berbanding hero utama cerita tersebut.


Autumn In My Heart - Won Bin
Endless Love - Dennis Trillo

Bagi aku hero kedua dalam kedua-dua versi ni jauh lebih kacak dan bergaya daripada hero utamanya.Hehe...Ada yang sekepala ke dengan statement aku ni?Maaf,ini memang entry buang tebiat...

p/s : yang terbaik kadangkala tersembunyi

Tuesday 17 April 2012

Denda Tulis 200 Kali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entri kali ni sesaje aku nak mengimbas kembali saat riang ria- duka lara zaman persekolahan aku dedulu tuu.Aku ni nampak je macam innocent padahal memang innocent pun.Hehe...Ni nak story kisah aku kena denda.Siapa yang tak pernah denda masa zaman sekolah dulu?Cehh...tipu la tu kata tak pernah.Ke...korang memang budak skema?Bagus lah kalau tak pernah kena denda.


Nak tahu atas kesalahan apa aku dikenakan denda.Ponteng Sekolah! Haha...Dalam kes aku ni sebenarnya lebih kepada salah faham.Salah faham apa?Mehh sini nak cerita panjang lebar.Masa tu aku tingkatan satu sesi petang maka aku sekolah agama sesi pagi la.Al-kisah aku tak datang sekolah adalah disebabkan pada ketika itu sekolah menengah cuti Tahun Baru Cina.Aku yang innocent ni pun berfikir secara tidak mendalam dan mengambil keputusan mudah iaitu tak datang sekolah agama sebab aku fikir bila sekolah menengah cuti mestilah sekolah agama pun cuti sekali.


Pendapat dan fikiran aku turut disokong oleh my best friend,Qirin kerana kami memang sehati dan sejiwa gituu.Maka kami berjanji untuk sehidup semati...ehh bukan...berjanji untuk tak datang sekolah agama dengan beranggapan sudah pastilah sekolah agama turut cuti disebabkan cuti Tahun Baru Cina.And...guess what?Yaa...actually hari tu sekolah agama tidak mengambil cuti Tahun Baru Cina itu pun.


Aku yang tidak bernasib baik ni ketinggalan untuk mengetahui info bahawa sekolah agama tetap berjalan seperti biasa.Sebab apa aku ketinggalan?Kawasan tempat tinggal aku tu takde pun kelibat bebudak lalu lalang nak pergi sekolah.Kawasan tempat tinggal aku ni jarang ada bebudak sekolah.Qirin sahabat karibku itu sangat bernasib baik kerana kawasan tempat tinggalnya dengan mudahnya dapat melihat bebudak pergi-balik sekolah.So,sahabatku ini pun pergi sekolah agama tanpa memberitahu aku...*sobs...sobs* :(


Cikgu sekolah agama aku ketika itu agak tegas or senang cerita garang la jugak.Tapi kekadang tu lawak juga lagi lagi kalau mengajar subjek Munakahat(ehh...dah lari topik pulak!) Bila aku datang sekolah agama esoknya apa lagi cikgu aku suruh mereka-mereka yang tak hadir semalam berdiri.Maka bermulalah sesi temuramah yang tak ramah untuk menjelaskan secara terperinci sebab-sebab ketidakhadiran ke sekolah.Malangnya aku memang tiada hujah yang bernas dan kukuh untuk menjawab pertanyaan cikgu aku tu.


"Kenapa awak tak datang semalam?"Aku pun dengan selamba badak (apa kaitan badak dengan selamba?) pun jawab "Saya ingat bila sekolah menengah cuti, sekolah agama pun cuti.Sebab tu saya tak datang".Nampaknya cikgu memang tak puas hati dengan jawapan aku yang dianggapnya tidak masuk akal dan terus membalas dengan tegas "Awak ingat sekolah agama pun nak sambut Raya Cina jugak ke?"
"maafkan saya cikgu"

Aku hanya mampu menunduk lesu membisu dan hanya membiarkan rakan rakan sekelas yang lain mentertawakan aku.Hehe...part ni aku tipuu je.Rakan-rakan sekelas aku masa tu masing-masing diam je.Kawan aku Qirin yang duduk kat sebelah aku tu memandang aku dengan muka penuh rasa kesian dan rasa bersalah sebab tak bagitau aku.Aku tak salahkan dia pun sebab zaman tu aku mana ada handphone so macammana la dia nak bagitau aku.


Cikgu aku akhirnya memutuskan untuk mengenakan denda terhadap kami-kami yang ponteng ni dengan denda yang agak kejamm...hehe tak kejamm pun iaitu tulis di dalam kertas kajang dalam tulisan jawi kenyataan berikut "Saya Berjanji Tidak Akan Ponteng Sekolah Lagi" sebanyak 200 kali! Esok wajib hantar! Aku hanya mampu pasrah pada takdir akan hukuman tersebut.Tak pe...Jadikan pengajaran.
"Pasrah dan Redha dengan denda yang dikenakan...bak kata Lisa Surihani dalam Ombak Rindu"

So,start selepas je balik sekolah agama sampailah nak balik dari sekolah menengah aku terus menulis denda aku tu sampai siap.Asal ada masa terluang je aku buat.Yelah...200 kali tu bukan sikit.Banyak tuu.Kalau tak siap aku jugak yang kena.But...Alhamdulillah.Aku berjaya siapkan dan hantar kepada cikgu aku tu dengan jayanya.


Itu antara denda yang paling aku ingat lah.Kadang-kadang aku terfikir jugak kenapalah aku tak simpan denda yang aku tulis tu.Boleh aku simpan buat kenangan.Hehe...


p/s : jangan suka-suka ponteng sekolah ye!

Friday 13 April 2012

Kemaafan Dalam Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk,jika duduk hendaklah segera berbaring.Orang yang sedang marah,sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api,manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.



BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)


Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.Ada 3 langkah untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita

Langkah 1: Tutup cerita lama,buka cerita baru.
Yang dulu tu,dululah.Lupakan.Yang sekarang,sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku.Tak menyumbang pada kemajuan diri kalau diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini,pada masa kini.Nak berjaya kita perlu sentiasa bersemangat.Nak sentiasa bersemangat,kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas,iaitu cerita lama kita.Maknanya,masa depan kita pun tak ada guna kalau macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama.Kesannya tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu.Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
Setiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu,sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita.Kita kena menguasai minda,bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.
Langkah 3: Pendirian mesti kuat,fikiran kena matang.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional,bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita,walaupun cuma kesalahan kecil.Untuk mematangkan fikiran,kita kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah,kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu,kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional,bukan befikiran emosional.

Wednesday 11 April 2012

Fakta Sebenar Lelaki ~ Bab Memasak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Jalan jalan ber'facebookwalking' (sesuka hati je bagi istilah) tadi terjumpalah satu artikel yang buat aku tergelak sorang sorang ni.Tergelak sebab ada sebahagian faktanya memang betul.Mungkin ada antara korang semua dah pernah baca kot.Yang belum pernah baca...mehhh sini.Baca ramai ramai sambil tersengeh sengeh gituu.Ini fakta sebenar lelaki yang berkaitan tentang bab masak memasak ni.Setujukah andaa? 
"Masakan terhebat abadd ini...telur goreng kurang minyak pasti memikat hati ibu mertua anda"

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.

• Lelaki kadang kadang memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yang kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

betul tak???



Memang tak dapat dinafikan yang chef chef handalan kebanyakannya memang terdiri daripada manusia yang berjantina lelaki.But...aku pernah baca dalam satu novel ni tapi tak ingat pulak tajuknyer apa tapi dalam novel tu ada cakap yang lelaki memang patutlah menjadi chef kat hotel hotel ternama sebab mana larat perempuan nak angkat periuk dan kuali besar besar dan berat berat gituu.Haa...setuju tak dengan kenyataan ini?

p/s :kalau dapat suami yang terrer masak konfem aku bole jadi belon udara panass.mengembangg...

Friday 6 April 2012

Hikmah Bersyukur ~ Cara-Cara Bersyukur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Bersyukur.Adakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang selalu bersyukur?Sebagai makhluk Allah yang kerdil ini syukurilah segala nikmat Allah daripada sekecil-kecil perkara yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma,kesempurnaan deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak mungkin dapat kita sebutkan satu persatu akan nikmat Allah pada makhluk-Nya yang bernama manusia ini.


CARA-CARA BERSYUKUR
  1. HATI - Sentiasa mengingati Allah yang memberi nikmat
  2. LIDAH - Mengucap Alhamdulillah ketika mendapat nikmat
  3. TUBUH BADAN - Menggunakan nikmat untuk kebaikan
Tanda-tanda bersyukur kepada Allah
  1. Menggunakan nikmat dengan cara yang baik
  2. Menggunakan nikmat Allah dengan baik
  3. Mematuhi suruhan dan larangannya
  4. Mengadakan hubungan baik sesama manusia
  5. Memelihara dan memulihara alam dengan baik
  6. Menggunakan rezeki pd jln yg diredai
  7. Membelanjakan harta pd jalan Allah S.W.T
  8. Tidak merosakkan nikmat Allah S.W.T
  9. Menyayangi pemberian Allah.
  10. Patuh dan taat perintah Allah S.W.T
Kisah teladan - Kisah Orang Bersyukur dan Orang Tidak Tahu Bersyukur

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Ada golongan yang kaya dan ada juga golongan yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia kelihatan begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini agar Allah S.W.T menjadikan aku orang yang kaya.”


Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, ” Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat makan, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu pasang ini saja! “.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Tidak lama kemudian ada seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Ia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah S.W.T permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang kala aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah S.W.T.”

“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah S.W.T?. Allah S.W.T telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah S.W.T telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya,” jawab si kaya itu.

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah S.W.T tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah S.W.T mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah S.W.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}