Friday, 30 March 2012

Rahsia Rukun Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Salam Jumaat kepada semua khalifah Allah yang masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah yang indah ini.Info Islamik kali ni aku nak berkongsi tentang rahsia rukun solat.Setiap rukun solat yang kita lakukan itu ada maksud yang tersirat disebaliknya.


1.Niat
   Memelihara taubat kita dari dunia hingga akhirat


2.Berdiri Betul
   Meluaskan kubur ketika mati


3.Takbiratul Ihram
   Sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur


4.Faatihah
   Sebagai pakaian cantik di dalam kubur


5.Rukuk
   Sebagai tikar kita di dalam kubur


6.Iktidal
   Mendapat minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur


7.Sujud
   Memagari kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim


8.Duduk Antara Dua Sujud
   Menaungi panji-panji Nabi di dalam kubur


9.Duduk Antara Dua Sujud (Akhir)
   Menjadi kenderaan kita ketika di Padang Mahsyar


10.Tahiyat Akhir
   Sebagai penjawab  setiap soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur


11.Selawat Nabi
   Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur


12.Salam
   Memelihara kita di dalam kubur


13.Tertib
   Pertemuan kita dengan Allah S.W.T

1 Komen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...