Saturday 25 February 2012

Pak Cik,Bukan Duit Palsu Laa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Duit palsu?Bukan aku laa.Duit yang aku guna ialah duit yang asli lagi real dan tak boleh dinafikan lagi.Cehhh...Alkisah bermula bila aku dan kakak aku keluar atas satu tujuan yang suci lagi menyucikan.Kami nak pergi somewhere laa.Macam biasa kami akan tunggu bas la.Yaa...aku ialah pengguna kenderaan awam yang sejati ala-ala lagu kumpulan Wings kerana aku kan seorang pencinta alam.Dengan menggunakan kenderaan awam dapatlah kita mengurangkan kadar karbon monoksida yang boleh menjejaskankan kualiti udara yang kita hirup di muka bumi Allah yang indah ini.(stoppp ayat skema nak jawab soalan periksa!)Maaf..melalut sekejap tapi itu satu fakta bukan?Aku tahu korang tengah angguk kepala ala ala pelakon cerita hindustan kan sekarang?Baik mengaku yang korang minat Shah Rukh Khan.Hehe...


Bila kita nak naik bas ni of course lah kena ada duit kecil kan.Dalam dompet pink aku tu tak de duit kecik.Yang ada cuma RM50 je.So,sebelum menunggu bas dengan penuh kesabaran dan kesusilaan yang tidak berbelah bahagi aku dan kakak aku pun menuju ke sebuah kedai buku untuk memecahkan duit RM50 itu.Lepas je kakak aku pilih buku yang amat sesuai dengan keadaan dia ketika itu manakala aku yang gila komik ni beli sebuah novel grafik.Then,aku pun menuju ke kaunter untuk membayarnya.Pak cik kedai tu pun mula mengira.
"Semuanya RM.....ringgit sen Malaysia"
(gambar ni sedikit over.pak cik tu tak macam ni pun)

Aku pun memang dah ready dengan duit untuk aku bayar.Aku pun bagi dengan penuh keikhlasan di sanubariku ini.Bagi dengan tangan kanan tu.Bukan dengan kaki kanan tau.
"Nahh pak cik.Duit halal ni.Bagi discount boleh?"
(dialog ni hanya rekaan semata-mata.aku tak tak cakap apa-apa pun)

Bila pak cik tu ambil je duit itu dia tak terus simpan dalam laci pun.Dia tenung duit RM50 aku tu.Then,dia pergi angkat duit tu tinggi-tinggi (tak tinggi sangat pun).Tujuannya dia nak periksa duit aku tu duit asli atau duit palsu.Aku agak terkesima la jugak.Dan yaa...aku rasa sungguh terhina ketika itu.Hehe...
"Ada yang tak kena ke dengan duit saya tu?Saya bukan pencetak wang palsu tegar.Harap maklum. Terima kasih"
(cakap dalam hati je)

Be positive.Ye lah.Aku faham.Pak cik tu takut ada penipuan berlaku nanti dia rugi pulak.Tapi,lawak pulak bila melihat reaksi pak cik tu.Tak pe la.Saya pengguna yang memahami but pak cik kena ingat...'Customers Always Right'.Opss...apa kaitannya.

Inilah majalah yang kakak aku pilih.Pa & Ma.Comel kan budak cover majalah tu.Kalau dah baca majalah ni korang faham-faham lah.Kakak aku kini berbadan dua.Tak sabar rasanya nak dapat anak sedare buat kali pertama (Bayi...cepat-cepat keluar ye)Haha...

Itu je kisahnya...adventure tak?Aku tahu korang tengah geleng kepala kan...

p/s : Aku nak bagi nama anak saudara aku ni Lee Min Ho.Tapi tak boleh.Sebab nama bapak dia bukan Lee.Hehe...Any suggestion?Oke.Takde kann...

Wednesday 22 February 2012

Zikir Harian & Kelebihannya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kadang aku ada jugak mengamalkannya.Kalu bole aku memang nak sentiasa mengamalkannya.Tetapi aku manusia biasa.Mudah alpa kadang kala.Tetapi zikir harian ini ternyata damat mendamaikan hati menghadapi hari-hari mendatang.


HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) ~ Dipelihara imannya oleh Allah

HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) ~ Dihapuskan sifat-sifat yang tercela


HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) ~ Mendapat syafaat Nabi Muhammad pada Hari Kiamat


HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) ~ Dihapuskan seribu dosa


HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) ~ Tumbuh tanaman syurga baginya


HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X ) ~ Hampir kepada rahmat Allah dan jauh dari azab Allah


HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X ) ~ Dihapusnya dosa anggota yang tujuh



Saturday 18 February 2012

Tentang Deja Vu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sejak akhir-akhir ni mood aku nak update ni kejap ada kejap takde.Entahlah...mood aku ni suka keluar merayau sampai susah sangat aku nak panggil balik untuk update blog ni.Ni pun dah jenuh pujuk supaya mood datang balik.Mood dah ada baru jari jemari ni aktif sikit nak membalun keyboard untuk menaip.Emm....entri kali ni panjang lebar sikit


Deja Vu.Tahu ke Deja Vu tu apa?Istilah Deja Vu ni berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud "sudah melihat/pernah mengalami".Lebih kurang 70% orang pernah mengalaminya sekali seumur hidup.Contohnya macam pernah tak kita semua mempunyai pengalaman di mana kita berada di tempat yang baru, namun merasakan seolah-olah kita sudah berada di situ sebelum ni? Pernah tak kita bertemu dengan seseorang buat kali pertamatetapi kita mempunyai perasaan bahawa kita telah bertemu dengan orang tu sebelum ini?Atau kita berada dalam situasi yang sama sekali baru, namun kita rasa itu adalah biasa.Emm...pengalaman macam tu lah yang kita panggil sebagai Deja Vu.Lebih kurang macam seolah-olah kita dah tahu apa yang orang tu nak cakap kat kita
"Awak nak ajak saya pergi karaoke lagu Isabella kan?"
"Err...mana tau nih" (sambil buat muka blurr)

Kat sini aku nak senaraikan beberapa penjelasan untuk pengalaman Deja Vu:

1. Kita mungkin pernah melihat gambar-gambar tempat pada masa lalu.


2. Kita mungkin telah membaca tentang suatu tempat tertentu atau keadaan,malah bertahun-tahun lalu, dan apabila kita berada di tempat itu atau dalam keadaan yang serupa kita berasa seolah-olah kita telah pun mengalami perkara yang sama sebelum ini.


3. Kita mungkin telah melihat tempat atau keadaan atau sesuatu yang serupa di dalam mimpi kita dan kini ia kelihatan biasa.


5. Deja Vu juga boleh tercetus melalui lima pancaindera kita. Ia boleh menjadi bau,rasa makanan, hiasan, kombinasi warna, nada suara, bunyi latar belakang atau apa-apa sahaja yang mencetuskan kenangan lama.Kita mungkin tidak sedar/ingat keadaan asal yang membawa memori itu, tetapi kita masih ingat setelah mengalaminya dan kita mengaitkannya dengan perkara yang berlaku sekarang ni.


6. Penglihatan, pakaian atau cara bercakap orang atau orang-orang yang ada bersama, mungkin mengingatkan kita tentang seseorang yang pernah kita bertemu pada masa lalu.
"Ehh...aku macam dapat rasakan tahi burung akan jatuh menimpa diriku ini sekejap lagi"

Sebenarnya ada jugak yang mengatakan bahawa Deja Vu ini hanyalah perasaan biasa yang disebabkan oleh keadaan otak dan faktor-faktor neurochemical.Mungkin ada lebih banyak sebab dan penjelasan untuk mengalami Deja Vu.Minda adalah enjin berkuasa yang mencipta semua jenis pengalaman, dan hanya segelintir orang yang ingin tahu dengan lebih mendalam akan cuba menyiasat dan cuba memahami.

Kawan aku dulu pernah cakap yang dia kengkonon pernah rasa Deja Vu tu.Masa tu aku tiru kerja matematik kawan aku (hah...kantoi tak reti matematik).Dia cakap dia boleh tahu yang aku akan pinjam pemadam dia masa aku tengah tiru kerja matematik tu.Aku agak terkesima lah mendengar bakat beliau yang luar biasa itu.

p/s : Aku pernah ber-Deja Vu yang Anuar Zain nak datang meminang aku.Aku ingat tu Deja Vu rupa-rupanya aku berangan jer.Sebab perkara tu mustahil berlaku...hehe

Sunday 12 February 2012

Kelebihan Ayat Kursi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)



"Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi "(darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

Friday 3 February 2012

Magician Selalunya Handsome?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Minggu lepas adalah minggu yang agak memenatkan dan meletihkan (bukan sama je ke?) yang membuatkan badan aku mengalami kesengalan buat sementara.Sebab tu aku lambat update blog aku ni.Minggu lepas aku busy menguruskan majlis kecil-kecilan di rumah aku.Majlis apa?Biarlah rahsia (saje malas nak bagitau)Jangan risau...aku bukan bertunang dengan Anuar Zain pun (perasann je aku ni).Sila tarik nafas lega masing-masing dengan senyuman lebar sehingga menampakkan barisan gigi putih anda yang bersilau itu :D


Okey...entri kali ini sesaje aku nak berkongsi pemandangan opss bukan pandangan aku pasal magician atau dalam bahasa melayunya ahli nujum...ehh ahli silap mata laa (aku tahu korang yang genius ni tau kan)Masa Chinese New Year hari tu kan ada macam-macam cerita or show kat tv kan.Salah satu show yang aku tengok tak silaplah tajuknya Big Brother Chinese New Year Special...emm lebih kurang gitulah tajuknya.Show tu ada macam-macam pertandingan.Salah satunya ialah pertandingan ahli silap mata yang diadili oleh ahli silap mata yang otai laa.Kiranya nak tengok siapa punya magic lagi kebaboom meletups sampai gugur jantung bila tengok persembahan mereka ni.

Kebanyakan pesertanya memang aku boleh katakan...handsome.Ada style gitu bila buat persembahan.Pergh...aku pun kalau ada lelaki buat magic-magic untuk aku ni mahunya tak kagum tahap tak ingat dunia.Kengkonon macam hebatlah padahal kalau kita nak belajar pun boleh.Tapi...tak semua orang ada bakat buat silap mata dengan baik kan.Tapi aku rasalah kan ramai perempuan sure melayanglah bila lelaki buat magic keluar duit seratus juta depan dyorang.Sure dyorang speechless...
"woww...you memang magician idaman kalbu ku"

Okey...memang tak dinafikan kebanyakan magician selalunya handsome.Ini antara magician-magician yang famouslah yang aku dapat cari kat uncle google tu.Memang handsome dan penuh dengan mutu keunggulan...

Choi Hyun Woo ~ Korea
Cyril Takayama ~ Japan
Lu Chen ~ Taiwan

Nak tahu kenapa kebanyakan magician perlu handsome?Aku pun tak tahu tapi dah nama pun ahli silap mata.Yang nak dipersembahkan tu kita akan rasa kagum pasal mata kita yang silap pandang.Ye lah...dah kita focus kat orang yang buat magic tu siapa suruh...haha.Itulah sebabnya magician haruslah handsome baru boleh pengaruh dan tipu mata penonton (boleh pulak macam tu)Haha..aku memandai je ni.

p/s : David Copperfield pun magician yang hebat jugak sampai boleh hilangkan bangunan tu.Tapi...dia dah tua.Sebab tu aku tak letak gambar dia kat sini (kau memang pilih kasih betul!)

Thursday 2 February 2012

Kelebihan & Hikmah Ayat 1000 Dinar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang terkenal dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri.Amalan ini hendaklah dilakukan secara beristiqamah.Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎

‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎

‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎

‎4. Jika berperang InsyaAllah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan 
segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}