Saturday 26 May 2012

Langkah Mempertahankan Diri Bagi Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perempuan zaman sekarang ni kadangkala mudah diancam bahaya oleh golongan lelaki yang tiada hati-perut-limpa dan peparu yang suka mengambil kesempatan terhadap kaum aku yang lemah (bukan lemah...cuma kurang kuat je) Memandangkan dunia sekarang lelaki-lelaki baik sedang diancam kepupusan yang agak dasyat maka langkah bijak yang sangat brilliant adalah para wanita mestilah tahu sedikit langkah mempertahankan diri.Ye lah...mana tahu kan...malang tu tidak berbau perfume Enchanteur kann...
"Lepaskan beta sekarang! Help...help...me laa!"

Antara langkah mempertahankan diri bagi wanita boleh lah dirujuk pada gambar di bawah yang telah diubahsuai tanpa perasaan riak mahupun takbur okee...


Nak langkah mempertahankan diri yang lagi ekstrem dan gangster ala lala KL Gangster pun bole jugak rujuk  8 langkah dalam gambar kat bawah ni.Ada beranii kaa adik manis mau cubaa?

p/s : jadilah hero bukan zero...

Friday 25 May 2012

Doa Pembuka Apa Yang Tertutup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri info Islamik kali ni adalah mengenai salah satu doa untuk membuka segala kunci pada permasalahan jasmani dan rohani.

Maksudnya:(Surah Al-Fath:Ayat 1,2,3):
1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
2. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Bagus diamalkan untuk....
a) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh 
b) Hati yang tertutup untuk melakukan amal jariah 
c) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat 
d) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup 
e) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup 
f) Hati yang tertutup untuk berkahwin
Selamat beramal.... 

Wednesday 23 May 2012

Perkara Lawak Tentang Kentut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kentut atau dalam bahasa sopannya iaitu buang angin adalah sesuatu yang sinonim dalam kehidupan makhluk yang bernama manusia.Yelah...secantik atau sekachak mana pun makhluk yang bernama manusia tu kentut memang tak dapat nak dipisahkan.Kejapp...korang jangan ingat aku ni dah takde tajuk lain ke nak dibuat entri sampai nak cerita pasal buang angin ni.Aku percaya...setiap kali korang buang angin, korang pasti rasa kelegaan berganda.Hehe...Betul kan? Alaa...mengaku je laa.

Ini antara perkara lawak tentang kentut.Lawak tak lawak tu bergantung pada tahap sense of humour korang laa...


1) Budak kecik anggap kentut adalah perkara yang lawak, tak percaya kentut kat bebudak mesti diorang bukan main suka gelak... gelak bagai macam tak ingat dunia.

2) Terdapat variasi bunyi kentut, ada yang berbunyi panjang meleret-leret, pendek tersemput-semput, bergegar seisi alam dan sebagainya.Anda yang mana satu?

3) Kebanyakkan orang akan merasa lega dan puas hati selepas kentut tapi memang tak akan laa nak mengaku.Kena pulak kalau orang perasan.Muka pulak buat muka tak bersalah dengan jayanya.

4) Kalau awek terkentut, korang akan pura-pura buat tak tau dan kalau tau pun masih anggap tak kisah walaupun korang rasa lawak...gelak dalam hati je lah.Bajet nak jaga hati awek cunss tu je.

5) Kalau orang tua pulak terkentut, pun korang akan buat-buat bodoh tak heran.Kurang hajor le nak gelakkan depan-depan,ye tak? Takkan benda ni pun nak bagi tahu.Kena makan penampor karang kalau gelak sampai tersembur air liurr.Puihh...

6) Kalau budak kecik gelakkan orang tua yang terkentut, tu cerita lain...nama pun budak-budak lagi dan pada budak kecik ni,kentut adalah cool. (rujuk nombor 1).

7) Kentut berfungsi sebagai signal untuk bagi tahu yang korang mengalami tanda-tanda untuk yuk-yuk (berak).Kiranya takdaklah korang terukk-ukk (terberak) tanpa sedar.Bole pulak tak sedar yek nak terberak...

8) Kentut menunjukkan korang masih hidup, dan nikmatilah kentut dengan kata lain... "kentut mesti terus, barulah ceria kehidupan."

"Kentut awak bau macam perfume Enchanteur.Tahan lama..."

Kentut sebenarnya bukan satu perkara lawak tapi sesetengah orang menganggap ianya lawak disebabkan bunyi vibrator yang rancak serta gempak malahan pulak syok didengari.Jadi, orang yang mengutuk itu kadang-kadang bergurau.Oleh itu, terjadilah perkara lawak disitu...


credit to ~ shakroil.blogspot 

p/s : anak sedara aku yang masih sebulan setengah tu kalau kentut bole tahan kuat bunyinya.Sampai dia sendiri terkejut dan menangis dengar bunyi kentut dia sendiri.Haha...

Friday 18 May 2012

Logo Halal Antarabangsa Yang Diiktiraf Jakim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri Islamik kali ni aku nak kongsi dengan anda anda semua tentang logo halal antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.Rasanya ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana makanan yang masuk  ke dalam perut seorang Muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi seseorang.

Pemilihan makanan perlu diambil perhatian kerana pada zaman ini umat Islam terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan pengusaha bukan Islam. Memandangkan kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan hab halal, peluang ini adalah cara terbaik untuk kita memilih makanan yang benar‐benar halal, baik dan berkhasiat. 

Ini adalah logo-logo halal antarabangsa yang telah diiktiraf


Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam Surah al‐Baqarah ayat 168, bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan

Makanan haram akan menjejaskan ibadat kita  kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci. 

So sesiapa yang duduk kat luar negara tu lepas ni tak perlu lah was was kalau nampak logo halal antarabangsa yang peliks tu.Telah disahkan Halal oke.

Kalau ragu ragu dengan sesuatu makanan sama ada halal atau haram lebih baik jangan makan...

Wednesday 16 May 2012

Belajar Bahasa Inggeris (Edisi Lawak)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri lawak sempena Hari Guru...


Miss Anjelina Wolie seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun  satu. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti. 

Ketika dalam perjalan pulang, Brad Putt salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Brad Putt di dalam hati. 

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes.Dua perkataan dah, kata budak itu. 

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first".Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu. 

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru. 

Cikgu Anjelina Wolie: OK boy, did you get the words? 

Brad Putt: Yes, teacher. 

Cikgu Anjelina Wolie: Good, what is your first word? 

Brad Putt: Shut up you !!! 

Cikgu Anjelina Wolie: What did you say? Are you mad? Who do you think you are? 

Brad Putt: Superman !!! 

Cikgu Anjelina Wolie: Bloody fool! Get out from this class 

Brad Putt: Ladies First

Pappp...."Dont be kurangg ajar yer!"

Pengajarannya....hormatilah guru anda.Hehe...

p/s : masa sambutan Hari Guru seronok sebab tak payah belajar satu hari...

Friday 11 May 2012

Doa Untuk Ibu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri info Islamik kali ini aku nak share dengan anda semua anak anak pengarang jantung ibu anda yang tercinta mengenai doa untuk ibu.Entri penuh rasa touching touching...

Rasulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu..
( tak kira masih hidup atau telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 
Doa Untuk Ibu

 Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari" 


Huraian hadith: 

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) 


- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 



- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh.Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh) 

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.


Tanpa ibu siapalah kita semua ni, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.

Setiap kali dengar lagu ni memang sedih amat.Sangat tersentuh

Hari hari adalah Hari Ibu.I LOVE YOU MAK

Monday 7 May 2012

Faktor Mengapa Tandas Lelaki Mesti Jauh Daripada Tandas Perempuan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Seperti yang kita selalu lihat tandas tandas di mall atau di mana mana sahaja yang ada perkhidmatan membuang sisa kumbahan ni biasanya kedudukan tandas di antara kedua dua jantina adalah jauh antara satu sama lain.


Berikut adalah beberapa faktor utama kenapa tandas lelaki mesti jauh daripada tandas perempuan : 















Sekadar hiburan yang masih bole dipraktikkan andai ada lelaki miang yang berani melakukan aksi tidak bermoral seperti di atas.Hehe...


p/s : ganas jugak perempuan kat atas tu...

Saturday 5 May 2012

Salah Nombor & Kuat Membebel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perkara ni dah lama berlaku just baru sekarang je tergerak nak menaip dalam blog  picisan aku ni.Ini kisah pasal orang salah nombor masa telefon.Ohh...itu memang perkara biasa la.Aku memang tak ada masalah dengan orang yang salah nombor ni tapi aku memang bermasalah betul kalau orang yang salah nombor tu tanya siapa aku dulu.Actually,bagi aku la,if orang tu salah nombor dia kena lah bagitahu siapa dirinya dulu barulah tanya siapa aku.

Contohnya orang tu telefon kita dan tak pasal pasal terus je tanya, "Ni siapa".Emm...memang aku takkan jawab lah.Aku akan paksa orang tu beritahu siapa diri dia dulu.Ye lah.Dah kau yang telefon dulu kenapa aku pulak kena bagitau siapa aku pada orang yang aku tak kenal.Haisshh...Bahaya je.Kawan aku pernah cakap kat aku kalau ada orang macam tu yang tanya siapa kau,baik kau cakap je "Ye...sini Balai Polis Bukit Aman.Ada yang bole saya bantu"Haha...bila difikirkan idea tu mungkin bole dipraktikkan satu hari nanti kepada mereka mereka yang tidak ada manner dalam menelefon orang.

Ada seorang lelaki ni telefon nombor rumah aku.Aku sebolehnya memang malas nak jawab kalau telefon rumah aku tu berdering pasal aku tak tahu nombor apa yang masuk.Aku tak suka cakap dengan stranger.Then,macam yang aku cakap tadi lelaki tersebut bertanya siapa aku.Aku malas nak panjangkan cerita aku terus je cakap yang dia tu salah nombor.Aku ingat lepas aku bagitahu macam tu dah tamat la perbualan kami.

Rupanya belum lagi.Bole pulak dia nak berkenalan dengan aku.Sorry to say.Aku memang tak suka layan layan orang yang aku tak kenal dalam telefon.Sekali lagi aku cakap aku tak suka cakap dengan stranger.Bila aku cakap tak payah lah nak berkenalan lelaki tu berkeras jugak nak tahu nama aku.Bila aku tetap tak nak bagitau dia mula...membebel.Ya...MEMBEBEL.Dia cakap "kita ni hidup mestilah kena berkenalan dengan semua orang.Tak ada salahnya kita berkawan.Lagipun...."Bla bla bla....(terus membebel)


"Eh engkoo...aku tak kenal kau sesedap rasa nak membebel kat aku"

Bila dah berputus asa dia pun mula menceritakan tentang dirinya.Dia bagitahu yang dia sebenarnya seorang askar.Baru mula bekerja.Dalam hati aku berdetik,"tak tanya punn" Aku cuma jawab "yer...",' "oh...." setiap kali dia bercakap tak henti henti.Akhirnya bila aku dah tak tahan terus senyap senyap aku pass telefon tu kat adik aku.Habis cerita.Adik aku cakap orang tu mungkin terperanjat kot bila dengar suara garau adik aku yang menjawabnya terus je dia letak telefon.Maaf lah...terpaksa.Siapa suruh cakap tak henti henti kan.


Kalaulah lelaki askar yang telefon aku tadi sekacak gambar dia atas, melepaskah aku?Jawabnya...TIDAK! Sebab aku tak suka lelaki kuat membebel.Saya tahu Kwon Sang Woo oppa tak kuat bebel kan.Hehe...

p/s : katakan tidak kepada lelaki kuat bebel.Sangat aneh tau...

Friday 4 May 2012

Kelebihan Membaca Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Entri Islamik kali ini aku nak share mengenai kelebihan membaca Bismillah.BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '

Yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari. 

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah kehebatannya. 

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta baiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.



Kisah Berkat di Sebalik Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.


Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.


Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."


Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."


Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}