Sunday 29 July 2012

Lelaki Sweet Talker

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Walaupun busy dengan kerja, aku masih gagahi jari jemari ini mengetuk ngetuk keyboard untuk menaip entri ni.Apa yang nak ditaipkan pada entri ringkas kali ini ialah mengenai sweet talker.Tahu ke tak apa sweet talker tu? Kiranya dalam bahasa melayunya 'mulut manis' a.k.a pandai ayat orang.Faham ke tak apa yang aku taipkan ni? Tak faham? Sajer lah tu.Mengada ngada kann...

Biasanya golongan sweet talker ni of course lah lelaki kan.Ayat dia bukan main power lagi sampaikan perempuan nak marah pun bole jadi cairr.Macam kat tempat kerja aku tu lah.Semua pekerja kat situ takutlah dengan seorang boss perempuan ni.Boleh tahanlah garangnya bila mengamuk.Seram jugak.Aku pun takut.Tapi golongan lelaki ni kalau pandai ayat sweet puji puji terus tak berapa nak marah lah jadinya.Kiranya macam penyelamat jugaklah ye si sweet talker ni

Tapi,bagi aku...aku tak suka sangat sweet talker ni.Kenapa? Sebab dia akan bermulut manis kat semua orang.So,sekiranya anda semua ni menjadi aweks kepada si lelaki sweet talker ni kiranya ayat ayat manis dia tu dah rasa tak special pun buat korang sebab dia jugak bermulut manis kat semua orang.Bagi aku laa.


" Bulan,bintang dan matahari pun akan tunduk malu kerana kalah dengan kecantikanmu..."

Biasanya lelaki sweet talker ni suka cakap perkara perkara yang perempuan suka dengar dan buat mereka kembang semangkuk sambil tergedik gedik menyampah gituu.Tapi harus diingatkan yang tak semua perempuan mudah ditawan hatinya oleh golongan sweet talker ni.Apa apa pun golongan lelaki sweet talker ini tetap manusia biasa.Terimalah mereka seadanya.Hehehe...(tapi aku tak nak laa...)

p/s : biarlah jadi sweet talker hanya untuk yang teristimewa sahaja...

Friday 27 July 2012

Ganjaran Puasa Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sekadar perkongsian bersama supaya kita dapat beramal dan ikhlas mengerjakan ibadah puasa kerana Allah


hari ini birthday saya.suka sangat sebab birthday dalam bulan Ramadhan pada hari Jumaat...

Saturday 21 July 2012

Gerak Mata Tak Menipu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Betul ke kalau nak tahu orang tu menipu kita bole baca melalui gerak mata seseorang? Kebiasaannya kalau seseorang tu nak menutup rahsia memang banyak sangat lah dalihnya.Ohh ye...aku juga pernah terbaca satu artikel yang mengatakan otak kita akan bergerak lebih aktif ketika menipu kerana kita akan lebih banyak berfikir berbanding otak seseorang yang berkata jujur.

Ada logiknya di situ sebab bila kita nak menipu ni mestilah kita banyak fikir untuk mereka reka cerita atau 1001 alasan kan.Melalui teori ni jugak lah kot orang orang kat barat tu mencipta alat untuk mengesan pembohongan.Tapi,kita ni cuma manusia biasa je kan yang tak lepas daripada mencipta alasan untuk sedapkan rasa hati.Ataupun kita terpaksa berbohong untuk melindungi dan menjaga hati orang orang yang kita sayang.


"Percayalah...bukan aku yang curi ikan masin tuu..."

Adakalanya kita suka sangat bagi alasan kita bohong untuk kebaikan orang tu.Betul ke untuk kebaikan orang lain atau sekadar nak sembunyikan rasa bersalah dalam diri sendiri.Lagi satu...kita tak akan bole berbohong dengan diri sendiri.Tak akan boleh.Kita cakap kita gembira,kita baik-baik sahaja...tapi hakikatnya? Hanya Allah je yang tahu perasaan hati kita...

p/s : tiada istilah tipu sunat...

Friday 20 July 2012

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri info islamik kali ni nak berkongsi pasal niat puasa di bulan Ramadhan.Esok kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah.Maka persiapkan mental dan fizikal kita untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan jayanya.InsyaAllah...

Sunday 15 July 2012

Ambil Berat Atau Penyibuk?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Memang diakui kita semua tersangatlah suka kalau ada yang ambil berat a.k.a caring dengan kita tetapi harus diingatkan juga bahawa memang turut diakui yang kita semua tersangatlah menyampah kalau ada yang penyibuk a.k.a busybody.Siapa setuju gelek tujuh kali...huahuahua.Kalau tak setuju pergi syampoo rambut dulu.Kasi wangi sikit (tak de kena mengena)

Hidup bermasyarakat ni kita memang takkan terlepas daripada jumpa dengan dua golongan tersebut.Golongan ikhlas yang ambil berat dan golongan yang penyibuk nak tahu semua hal kita.Lepas tu sebar tak tentu pasal.Sangat annoying okeyh.

Nak tegur takut terasa hati.Lagi lagi kalau itu saudara mara kita,kawan kawan kita,boss kita,kucing kita...jappp...kucing nak menyibuk takpe.Kita kiss je dia banyak kali.Hehe.Tapi itulah hakikatnya.Kadangkala kita sendiri tersepit nak berdepan dengan mereka ni macam mana.


"Awak jangan risau gigi awak akan cantik macam gigi saya jugak nanti.Jangan sedih tau"


Golongan Yang Ambil Berat a.k.a Caring
Golongan ni biasanya lebih suka mendengar masalah kita dan lebih memahami.Mereka ni biasanya hanya ambil tahu perkara yang sepatutnya sahaja.Mereka biasanya akan membantu meringankan masalah kita sedayanya.Bukan ambil tahu masalah peribadi atau perkara perkara yang sensitif tentang kita.Melainkan kita sendiri secara terbuka menceritakan masalah peribadi dan meminta pandangan atau nasihat daripada golongan ni.Itu lain cerita.


"Itulah yang bercinta dengan monyet belakang rumah aku tu.Tak de taste langsung"


Golongan Yang Penyibuk a.k.a Busybody
Golongan ni biasanya memang suka nak ambil tahu semua hal tentang kita.Kadangkala perkara yang tak sepatutnya pun dia sibuk jugak nak ambil tahu tanpa mengira sama ada kita ni berat hati nak ceritakan.Dipaksanya jugak.Yelah...orang tak faham bahasa kot.Kadang kadang bukan nak bantu selesaikan masalah pun.Sekadar nak ambil tahu suka suka buat bahan gossip untuk diceritakan kepada orang lain.Topik favourite golongan ni biasanya mengenai perkara perkara peribadi orang lain.Lagi lagi kalau keburukan dan kelemahan orang lain memang makin hangatlah dia nak ambil tahu.Macamlah dia perfect sangat kan...

Apa apa pun dalam hidup kita ni mesti ada batasnya.Kalau nak ambil berat pun berpada pada sebab ada kalanya yang terlalu mengambil berat ni boleh buat seseorang itu berasa rimas.Ambil berat biar kena pada situasi.Dan ingatlah tak semua benda kita bole tahu.Elakkan kita dilabel sebagai seorang penyibuk walaupun niat kita cuma nak ambil berat sebab hati manusia ni lain lain.Kita rasa oke je dia rasa k.o...Faham faham sendiri je lah

p/s : diam bukan bermakna kita tak kisah...

Friday 13 July 2012

Diari Doa Seorang Muslim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Satu perkongsian bersama untuk entri info islamik kali ini.Semoga bermanfaat dan bole dijadikan ikutan bersama.



Friday 6 July 2012

Antara Punca Kebahagiaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Info islamik kali ni nak berkongsi mengenai antara punca kebahagiaan menurut Islam.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa" (Riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:


1) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
2) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
3) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
4) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.
وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَأَحۡسِن ڪَمَآأَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَDan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.(Surah Al-Qasas 28: Ayat Ke 77)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}