Saturday 27 October 2012

Dialog Lawak Sempoi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri kali ni nak buat entri yang ringan-ringan je.Tak nak kusutkan kepala penulis sendiri dan juga pembaca blog ni.Kejapp...ada ke yang sudi bace.Hehehe...(Penyakit perasan sendiri datang balik...)

"Buat lawak buduhh ye?"


SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah

------------------------------------------------------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

p/s : kena curi-curi waktu nak update bog.Maklum lah busy memanjang

Friday 26 October 2012

Penghulu Istighfar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sekadar perkongsian ringkas.Moga bermanfaat...







Tuesday 23 October 2012

Coretan Annual Dinner

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kali ni aku nak mencoret kisah annual dinner pada 13 Oktober 2012 yang pertama kali aku join sepanjang 21 tahun aku hidup di muka bumi Allah yang indah ini.Annual dinner ni diadakan di The Zone Regency Hotel Johor Bahru (ayat skema daa bermulaa...)


The Zone Regency Hotel

Tema annual dinner kali ni bertemakan jeanss a.k.a 'Denim Nite'.Maknanya pakailah apa-apa pun yang berunsurkan jeans.Nak pakai dari hujung rambut sampai hujung kaki berunsurkan jeans pun bole.Tak ada siapa nak marah.Ni bagi sesiapa yang nak mengikut tema la.Aku???Hmm...


Tak payah nak banyak cerita sangat aku nak tayang gambar-gambar sepanjang annual dinner tu berlangsung.Gambar posing-posing je pun.Hehehe...



Dalam bas dengan Kak Zara


Kak Zara dan Kak Linda 


Hawa dengan leader aku,Kak Azilah


My dandori,Kak Zanzila.Dah kerja 15 tahun tuu...maintain muda tau

Geng QA...

Hawa dan Nadia Si Rockers...hehe

Kak Bechik dan Kak Yati

Tengah tunggu orang serve makanan.Ada orang nak ambil gambar.Nak wat camne.Orang popular la katakan.hehe...

Kak Dayah,Kak Izzah dan Kak Nad.Sempoi beb...


Salah satu game kat pentas.

Apa yang special kat annual dinner ni adalah artis jemputannya.Bersorak macam nak giler bila artis ni muncul.Maklumlah...bukan selalu bole jumpa kan.Ni lah artisnya...Tadaa

Ye...Akim AF tuu

Ni antara yang bertuah yang berusaha gigih semaksimumnya untuk bergambar dengan Akim AF ni...



Sekadar ingin berkongsi cerita annual dinner yang tak seberapa ni pun.Balik rumah sampai pukul 1.30 pagi.Mengantuk tu tak payah cerita la tapi aku yakin kebanyakan perempuan yang dapat jumpa Akim AF tu mesti tak dapat tidur malam.

Ini hanyalah coretan ringkas...Tiada kene mengena bagi orang yang jealous mahupun yang cemburu.Ada faham?Hehe

p/s : ramai berdandan macam nak pergi dating...

Friday 12 October 2012

Petua Awet Muda Menurut Islam


Nak cantik ? Ikut Petua Awet Muda Menurut Islam :



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


3. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

4. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

5. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

6. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

7. Lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

8. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

9. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

10. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

11. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

12. Amalkan solat tahajud.

13. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah..

14. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Friday 5 October 2012

5 Cara Khusyuk Dalam Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pada entri kali ini aku akan kongsikan 5 cara untuk khusyuk dalam solat..


 1. Wala Hayyun [ cara mematikan diri sebelum mati ] 
 Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat , niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati mengahdap ilahi. Disamping itu datangkan suatu perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup didunia ini. Ini lah cara yang palin afdal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk

 2. Wala Basirun [ cara membutakan mata sebelum buta ] 
 " Suhuf Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah"
maksudnya: " Pandanglah satu diantara banyak , pandanglah yang banyak hanya satu.."
Kedua mata hendaklah dipejam pandang ke atas kemudiannya kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ketengah-tengah batang hidung.

 3. Wala Sami'un [ cara mekakkan telinga ] 
 Untuk melahirkan solat yang khusyuk , sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Untuk mempratikkannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. kemudian baca apa-apa surah didalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin , tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara yang sungguh merdu dan itulah suara hati suara yang lebih indah daripada suara penyanyi manapun diatas dunia ini.

 4. Wala Alimun [ sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah ] 
 Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita , seorang hamba yang hina lagi dhaif tidak mempunyai ilmu yang dapat mngatasi kudrat Allah SWT 

5. Wala Muthakalimun [ jangan cakap perihal dunia dalam solat ] 
 Manakala cara seperti ini pula adalah cara kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan.

 Cubalah kita lakukan yang bersesuaian dengan cara ini . InsyaAllah, kita akan dapat membezakan denga solat yang biasa kita buat kalau boleh cuba tengok sewaktu sebelum dan selepas solat. Berapa lamakah kita solat?? Kalau biasanya kita solat 4 rakaat paling lama 5 minit takkan jadi sesuatu yg luar biasa jika ianya lebih dari 5 minit jika kita buat dengan khusyuknya... 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”

Thursday 4 October 2012

25 Kelebihan Istighfar


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Di zaman yang serba tidak menentu ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya. Berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.

1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).
2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)
3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).
4. SELAMAT DARI API NERAKA
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).
5. MENDAPAT BALASAN SYURGA
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).
6. MENGECEWAKAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).
7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).
8. MEREDAM AZAB
Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).
9. MENGUSIR KESEDIHAN
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
10.MELAPANGKAN KESEMPITAN
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
11. MELANCARKAN REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
12. MEMBERSIHKAN HATI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).
15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI
Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).
17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)
18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).
19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)
20. BERTAMBAH KEKUATANNYA
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)
21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).
22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).
23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).
24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).
25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}