Saturday, 17 March 2012

Lelaki & Payung Boleh Hilang Macho Ke?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dulu masa pergi sekolah kalau hujan aku mesti suruh adik aku pakai payung.Al-maklumlah aku dan adik aku kan naik kenderaan mesra alam sepanjang aku bersekolah dulu.So,kalau hujan ni cara untuk meredah hujan haruslah memakai payung.Sememangnya payung adalah sesuatu yang mesti ada dalam bakul basikal aku tu.


Adik lelaki aku ni kadang kadang agak liat jugaklah nak pakai payung.Bila aku suruh pakai dia mesti cakap "hujan tak lebat laa...renyai-renyai je...masih boleh ni redah kosong gitu"Padahal aku rasa bole lencun je kalau tak pakai payung ni pasal jarak rumah dengan sekolah aku tu bole tahan jauh jugak.Lima belas minit perjalanan.Kalau kayuh laju-laju bole la jimat lima minit.Lima minit je.


Kalau lelaki pakai payung ni bole hilang eh kemachoan beliau?Kenapa?Bole nampak ala-ala girlz ke?Ohh...saya tak setuju.Mungkin ada sesetengah lelaki lebih rela meredah hujan dan membiarkan setiap titis-titis hujan membasahi mereka baru nampak macho eh?Ohh...mereka sangat pelik oke.Hehe...Aku tak pernah langsung rasa lelaki yang pakai payung itu ala-ala girlz.Lagipun tak pernah pulak dinyatakan yang payung tu khas untuk perempuan je kan.Betul tak?
"Saya nampak cool dan stylo gitu memakai payung.Anda pula bila lagi?"

Setahu aku payung ni dah lama digunakan oleh lelaki pada zaman dedulu kala la.Nak tahu lebih lanjut rajin-rajinkan diri untuk tanya uncle google kesayangan aku tu.Dia tak pernah kedekut ilmu kot.Hehe.Emm...zaman sekarang ni mungkin ada pemikiran sesetengah lelaki ni lain macam sikit.Asal benda tu nampak ala-ala girly sikit takut nak pakai pasal nanti hilanglah kemachoan beliau.Bagi aku kalau kena dengan tempat dan situasinya tak salah kot.Mungkin...aku tak tahulah betul ke tak pendapat aku yang tiada cop master or phd ni.Hehe...
"Awak...jangan jual mahal.Tumpang je payung saya ni.Betul...payung ni saya punya laa"

p/s : tak hilang macho pun kalau pakai payung ni.Percayalah cakap aku ni.Tak percaya?Sudahh...

8 Komen Terhebat:

Haruno Hana 하나 said...

nmpak girly? takde la.. biasa2 aje.. ego je lebih kalo cakap camtu.. guna je payung hitam biasa.. len la kalo guna warna pink ke, jenis girly ke..

Dba Dealova said...

@haruno:betul tu.bole pakai payung warna hitam.lebihh macho gituu :)

Izyan Nadiah said...

wah..minat btol ngn korea ea :P

.: mama lynn :. said...

kalau diri ni lak... dalam kete mesti kena stadby payung ..

AlyNn NyzAa said...

nmpk x macho ke? kat unimas ni ramai haa budak laki pakai payung :D
btw, i loike dat guy yg gmbr 1st uh ~ ^^

Aya Aris said...

lah..tengok kaler lah..dah kalau payung tu warna pink and si pemakainya lelaki..memang lah lari terus..pakailah payung yang warnanya sesuai..barulah tak hilang kemachoan..

iema ツ said...

tak hilang pun macho , akan rasa laki tu sweet lagi ada la . huhu

Blossom Ajibah said...

nampak less ego tau kalau lelaki pkai payung..ssapa laki yg cntrol xnak pakai payung, biarlah kena panas hujan semata-mata cntrol macho...leh blah..hak3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}