Friday 9 March 2012

Niatlah Yang Baik Pada Setiap Basuhan Wuduk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entri info Islamik kali ini ialah mengenai wuduk.Setiap kali kita mengambil wuduk,apa yang terlintas dalam kepala kita waktu itu?Kadang-kadang fikiran kita melayang entah ke mana-mana.Kadang-kadang kita berdiam kosong sahaja.So,kali ini aku nak share niat yang baik-baik ketika setiap basuhan wuduk yang boleh kita amalkan.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

5 Komen Terhebat:

Unknown said...

berwuduk itu menghapuskan dosa2 kecil... maka sentiasalah berwuduk (^___^) nice info

aku HaniAsyira said...

lepas ni kena praktis wudhuk smbil berdoa mcm ni.. =)

uyaitusaya said...

ustazah ada ajar ni masa kt sekolah agama rakyat.. jom sm2 amal.amal.amal :)

Dba Dealova said...

jom-jom semua kita amalkan sama-sama yek :)

Akmal Khalidah said...

Baru dengar tazkirah pasal wudu' haritu :) Thanks for the info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}