Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.
Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk,jika duduk hendaklah segera berbaring.Orang yang sedang marah,sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api,manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.
BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)
Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.Ada 3 langkah untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita
Langkah 1: Tutup cerita lama,buka cerita baru.
Yang dulu tu,dululah.Lupakan.Yang sekarang,sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku.Tak menyumbang pada kemajuan diri kalau diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.
Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini,pada masa kini.Nak berjaya kita perlu sentiasa bersemangat.Nak sentiasa bersemangat,kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas,iaitu cerita lama kita.Maknanya,masa depan kita pun tak ada guna kalau macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama.Kesannya tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu.Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
Setiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu,sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita.Kita kena menguasai minda,bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.
Langkah 3: Pendirian mesti kuat,fikiran kena matang.
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional,bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita,walaupun cuma kesalahan kecil.Untuk mematangkan fikiran,kita kena kawal emosi.
Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah,kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu,kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional,bukan befikiran emosional.
2 Komen Terhebat:
Nice entry :D
tak perlu cari siapa salah kan... hulurkan kemaafan insyaallah selesai perkara.. =)
Post a Comment