Tadi tergerak aku nak belek belek album gambar aku.Then,terjumpa lah babak babak penuh aksi aku masa belajar taekwondo dulu (aksi la sangat kann?) Mula lah aku terimbau kenangan kenangan dahulu kala.Cehh...ingat kau tinggal zaman Hang Tuah ke?Bagi aku zaman sekarang ni memang penting untuk perempuan belaja seni mempertahankan diri untuk mengelak daripada lelaki lelaki hidung belang yang mengganggu ketenteraman hidup para gadis ayu ni.Cuba para lelaki cek hidung masing masing.Tak de belang belang?Maknanya lelaki baik la tu.Hehe...(jangan percaya statement ini!)
(Semasa menumpaskan musuh,muka haruslah control cunn jugaa)
Mana aku nak cekau duit banyak banyak?Masa tingkatan lima kan banyak benda nak kena bayar.Kelas tambahan lah,kertas latihan lah itu belum lagi cikgu suruh beli buku latihan khas lagi.So,demi SPM aku sanggup berkorban tak sambung belajar taekwondo pasal tak nak bebankan mak aku nak bayar banyak banyak.Amacam?Terharu tak dengan pengorbanan aku yang tulus suci lagi mulus ni?Haa...korang tengah cari tisu kan sekarang?Hehe...
Secara ringkasnya taekwondo ni berasal daripada Korea.Yang aku tau masa aku belajar dulu teacher aku cakap ada 10 peringkat tali pinggang.Aku belajar sampai peringkat ke-enam je.Tak merasa nak dapat tali pinggang hitam.Tak pe lah.Dah tak de rezeki kan.Sampai tali pinggang biru pun oke laa.
Nak ikat tali pinggang ni ada caranya tau.Bukan main hentam je.Dulu jenuh jugak lah aku belajar cara ikatan yang betul.Kalau fed-up sangat aku suruh kawan aku tolong ikatkan je.Ni la step step nak ikat tali pinggang taekwondo yang betul.Ada yang nak belaja ke?Silakann...
Baju taekwondo ni bole tahan mahalnya.Seingat aku masa aku beli harganya RM65! Mahal tu.Sekarang ni baju tu jadi penghuni almari baju aku je.Tak pernah pun pakai lagi sejak tak belaja taekwondo ni.Terfikir jugak nak jadikan baju taekwondo tu baju tidur.APA! Baju tidur harga RM65! Hehe...idea giler je tu.Tak sampai hati nak buat baju tidur pun.
Ni la sijil terakhir kenaikan tali pinggang aku
Aku ada beli buku teknik teknik dalam taekwondo ni.Istilahnya ialah Taek Ge Uk.Alaa kalau silat kita panggil 'bunga bunga silat'Lebih kurang macam tu la maksudnya.Tapi buku tu ada kat kawan baik kesayangan aku tu.Tak pe la.Ada masa kita ulangkaji ye Qirin.Hehe...
Ni masa first time nak ambil ujian.Masih tali pinggang putih je
Terfikir jugak aku entah bila dapat sambung belaja sampai black belt.Ye lah...bole belaja patah patahkan tangan dan kaki orang lain.Hehe...Gurau je.Belaja patah patahkan papan je laa.
p/s : sekarang ni skill aku dah tumpul pasal tak pernah berlatih lagi