Sunday 18 December 2011

Mencatat Mimpi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Actually,aku tak ingat sama ada aku pernah baca or  tengok tv or orang cakap kat aku cara-cara kalau nak ingat mimpi.Salah satu kelemahan aku la...aku tahu sesuatu perkara tapi aku kadangkala lupa daripada mana aku tahu sumbernya.Well...I am not perfect.


Ada sesetengah orang kalau bangun daripada tidur dia tak boleh ingat dia mimpi apa malam tadi.Kadang-kadang cuba nak ingat tapi...blurr semacam.Aku kalau mimpi tu termasuk dalam kategori sweet dream...biasanya aku ingat.Yup...aku akan ingat...hehehe.


Yang aku tahu...kalau kita nak ingat mimpi kita perlulah menyediakan sebatang pen dan sebuah buku.Emm...senang cerita sediakan buku khas untuk mencatat mimpi.Pergh...siap nak ada buku khas tuu...Lepas tu letak pen dan buku tu kat sebelah bantal.Tempat yang mudah untuk dicapai laa.


Then...bila kau bangun je daripada tidur terus sahaja catat apa yang kau mimpi hari tu.Ye laa...kalau dibiarkan lama-lama baru nak catat mesti ada sesetengah part dalam mimpi tu yang kau mesti lupa.Nanti mulalah merungut..."eish...masa tu pakwe ensem tu jumpa aku kat taman bunga ke kat hutan belantara"..."masa tu aku bagi Romeo tu jam besi ke tabung katak...alaa...lupaalah"


Aku tak tahulah apa yang aku tahu tu betul ke tidak atau itu hanyalah sebagai gurauan semata-mata.Well pada sesiapa yang nak mencuba tak salah rasanya.Lagi-lagi tahun baru 2012 semakin hampir.Mana tahu ada yang nak buat Jurnal Mimpi 365 Hari? (Seriously...itu kerja giler)


Kadangkala aku nak sangat dalam mimpi tu aku sedar itu cuma mimpi jer.So...kalau aku sedar itu mimpi aku bolehlah minta jumpa mamat korea...(tak abis2 korea)


p/s : Aku benci mimpi dikejar orang.Walaupun itu mimpi tapi penat giler aku lari dalam mimpi tu...fuhh

2 Komen Terhebat:

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

haha..bole pulak ek nak catat mimpi...

Dba Dealova said...

@arabella:bole jer...kalau dah tak ade keje...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}