Thursday, 22 December 2011

Special Entri Untuk Si Adik...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri special untuk adik bongsu aku...si budak lepasan PMR
Macam yang seumumnya tahu...keputusan PMR keluar pada hari ini
Kenapa aku nak buat entri pasal adik aku tu...?


Pagi ni sebelum dia nak ke sekolah untuk ambil keputusan PMR dia tu...
Aku selaku kakaknya yang otai...sesaje je cakap...
"Kalau keputusan kau bagus aku masukkan dalam blog aku" (cehh...perasan macam blog kau tu baguss sangat)
Aku sesuka je cakap macam tuu


Sebelum nak ke sekolah punyalah dia pening nak pakai baju apa
Ada kawan dia cakap pakai baju biasa laa...ada cakap pakai baju sekolah...
Lastly...dia pakai baju sekolah...
Pasal baju pun boleh buat pening kepalanya...haiyoosh!


Dia ambil dalam pukul 11.30am...saje nak ambil lambat lagipun kebetulan hujan pagi tu
Then...bila dia balik...aku tanyalah keputusan dia macammana
Cehh...kengkonon nak saspenkan aku dengan buat muka sedih yang dah aku tahu kepura-puraanya ituu...
Dia pun bagilah aku tengok slip keputusannya setelah penat aku meneka keputusannya itu berkali-kali...
Bila aku tengok slip dia...
Inilah reaksi aku...
"Waahh...hebat!"
Nak tahu keputusannya...
Tengoklah sendiri
Dia dapat 8A1B...
Walaupun tak dapat straight A,tapi kira dah cemerlanglah bagi aku.
Congratulations Maman...

p/s : Nak bagi hadiah...tunggu aku kaya dulu yerk

0 Komen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}