Dalam kedinginan cuaca selepas hujan ni buat aku rasa macam best sesangat kalau dapat tidur berjam-jam (memang burok perangaii) Salah satu nikmat dalam kehidupan lagipun aku dah siapkan semua kerja apa salahnya merehatkan minda atau istilah tidur aku adalah 'lari dari kenyataan'.Memang sakit kepala bila setiap hari ada sahaja permasalahan yang berlaku.Walau cuba dielak tetap akan hadir.Tidur tuu cuma jalan penyelesaian terakhir...opss aku tau cara tu tak berkesan dan masalah tak selesai lagi.
Kadang-kala bila kita mula mempercayai seseorang kita akan menganggap insan tersebut adalah seorang pendengar yang setia.Actually aku sendiri seorang yang sukar mempercayai orang lain.Tetapi...aku boleh katakan yang aku seorang pendengar yang setia.Adakah ini bermaksud aku seorang yang boleh dipercayai.Itu...aku serahkan pada individu untuk menilai.
Curi-curi dengar,mengintip pergerakan,buat temubual rahsia senyap-senyap dan macam-macam lagi.Itu antaranya bila rasa percaya semakin kurang.Bila kau sedar kau dikhianati rasa macam dah tak nak percaya lagi.Tapi...aku tahu rasa percaya itu sedikit sebanyak membebankan mental kau.Kalau kau dah tak percaya sesiapa lagi...pada siapa hendak diluahkan?Pada blog? (salah satu idea bijakk)
"Ohh...dia ni la yang pecahkan rahsia aku.Jom kita hebohkan!"
Tapi...tak semua yang kita nampak menzahirkan cerita sebenar.So,jangan nak hebohkan secara melulu tanpa usul periksa.Maka pandai-pandailah nak menilai.Sesungguhnya kepercayaan itu sesuatu yang sangat mahal.Sekali kau mengkhianati kepercayaan seseorang maka sukar untuk kembali mendapatkannya semula.
"Dia ni tak boleh dipercayai..."
p/s : Simpan rahsia sendiri...
0 Komen Terhebat:
Post a Comment