Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Entri Islamik kali ni aku nak kongsi dengan anda anda semua tentang logo halal antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.Rasanya ini adalah sesuatu yang sangat penting kerana makanan yang masuk ke dalam perut seorang Muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi seseorang.
Pemilihan makanan perlu diambil perhatian kerana pada zaman ini umat Islam terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan pengusaha bukan Islam. Memandangkan kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan hab halal, peluang ini adalah cara terbaik untuk kita memilih makanan yang benar‐benar halal, baik dan berkhasiat.
Ini adalah logo-logo halal antarabangsa yang telah diiktiraf
Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam Surah al‐Baqarah ayat 168, bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan
Makanan haram akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci.
So sesiapa yang duduk kat luar negara tu lepas ni tak perlu lah was was kalau nampak logo halal antarabangsa yang peliks tu.Telah disahkan Halal oke.
Kalau ragu ragu dengan sesuatu makanan sama ada halal atau haram lebih baik jangan makan...
8 Komen Terhebat:
akhirnya ada jugak information nie..cari juga sebelum nie.
nak kena print semua logo2 ni.. senang nanti nak beli barang tengok logo ni sama x ngan logo halal kat barang..
yep... kdg2 ada ragu2 gak tgk logo halal... mcm2 betuk ngan paten ada,,...
nice info..mmg pn harus d titk brt sbb mknan halah pengaruh peribadi sesowg +_+
biasenye makanan ringan lah yg susa sikit nak pastikan tuh logo halal betul ke takk :)
kdg-2 dok nak beli barang, ragu-2 tgk logo halal.
info yg menarik.. nice sharing dear :))
Saya memang yakin logo Halal Luar negara... Halal negara lain memang saya tak was was untuk makan.
Post a Comment