Sunday, 17 June 2012

Tak Salah Cakap Baik Baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ada ke orang yang suka ditegur secara kasar a.k.a kuang hajor ? Aku rasa manusia normal semuanya tak suka kalau orang bentak bentak dia kan.Sama lah dengan al-kisah yang aku nak story-morry di sini.Kejadian ini berlaku di sebuah kedai barangan yang menjual barang pada harga bawah daripada RM 5.

Aku dan kakak aku pada masa itu hampir sahaja selesai membeli barang dan mahu segera membayarnya di kaunter.Belum pun sempat nak bayar seorang lelaki berdesup seperti angin berderu melintasi diriku (ayat nak macam taman bunga) yang terlebih dahulu menuju ke kaunter dengan reaksi wajah yang ku tafsirkan sebagai nak makan orang tapi tak dapat.Yes.Muka marah.

"Hei,saya beli gula gula ini 3 bungkus sama itu kacang cap jari bagus sepatutnya ada baki RM 3 ! Mana bakinya? Tak reti buat kerja ke? Tak pandai kira ke? Saya nak balik baki duit saya!" Itulah dialog yang telah aku ubahsuai sedikit pasal aku tak ingat semua apa yang lelaki tu cakap kepada taukey kedai yang menjaga kaunter di situ.


"Saya nak balik baki RM 3! Jangan tipu saya!"


Amoi tu tercengang je.Terkejut akibat suara lelaki tersebut yang sangat kuat dan berjaya menarik perhatian dan membantutkan urusan jual beli pelanggan di kedai tersebut.Yes.Termasuklah aku.Bila dah ada drama real depan mata apa lagi biasalah orang kita.Suka menontonnya dengan penuh perasaan dengan harapan ada babak aksi seperti KL Gangster.Fuhh...


Amoi jaga kaunter yang tercengang.Lebih kurang macam ni la reaksinya


Pelanggan kat situ ada sesetengahnya yang aku lihat sedang berbisik-bisik.Mungkin sedang meneka apa yang bakal berlaku selanjutnya.Mungkin juga ada sesetengahnya yang sedang mengkhayalkan babak babak yang lebih mencabar seolah olah merekalah penulis skrip dan pengarah dalam babak pergaduhan depan mata itu.Yes.Aku suka memerhatikan keadaan sekeliling bukan bermakna aku seorang stalker.


"Konpem lepas ni babak KL Gangter mesti masuk ni"


Bila keadaan semakin tegang,pembantu kedai tersebut mula mencelah dengan erti kata lain membantu bossnya yang sedang terkedu di situ.Mungkin untuk mendapatkan gaji lebih atau title 'Pekerja Terbaik'.Aku katakan mungkin.Belum tentu benar.Tolong jangan salah faham tentang kenyataan aku.But honestly...aku suka cara pembantu kedai tu mempertahankan bossnya.

"Encik,kalau ada apa apa hal kita bole bawa berbincang.Tak payahlah nak terjerit jerit atau cakap kuat kuat.Benda ni bole diselesaikan.Alangkan kalau ada barang yang dibeli rosak pun kami bole gantikan apatah lagi hal macam ni.So,tak payahlah nak buat kecoh kat sini" Lebih kurang gituu la dialognya.Pembantu kedai tu terus memeriksa barang yang dibeli lelaki tadi dan kira depan mata lelaki tersebut satu persatu.Ternyata...lelaki tu yang salah.Salah sebab dia salah tengok tanda harga.Kan buat malu je tuu...


"Kan bole cakap baik baik.Buat apa nak terjerit jerit?"


Bila sedar lelaki itu yang salah maka dengan pantasnya dia terus meluru keluar dari kedai tersebut.Maka kami semua pun bertepuk tangan dan hidup dengan bahagia.Tamat....Copp! Part akhir tu aku tipuu je.Lepas lelaki tersebut keluar,masing masing meneruskan pembelian masing masing.Yes.Bumi masih terus berputar tika itu.

Apa yang nak disampaikan kat sini, kalau ada yang tak puas hati atau kita nak menegur seseorang itu biarlah secara berhemah.Tak perlu tengking tengking atau terjerit jerit pun untuk buat orang faham.Kan...? Cepat setuju dengan aku.Hehe...


p/s : kalau ditegur atau cakap secara baik orang pun tak sakit hati...

11 Komen Terhebat:

a i m z said...

yea! sy pon xsuka orang cakap kasaq2 dan ganas2 tetambah yang suka mencaci maki, lagi tak suka. ^^

rAIHan said...

erm..apa lah org mcm tuh. tak sopan betul. ksian amoy tuh.

Himawari Mirsada said...

hurm btl 2..ckp leklok kn bgus

mama lynn said...

tak boleh blah org macam ni kan. emosi sangat , d end dia yg malu sendiri

Qaseh Suhaida said...

macam-macam ragam orang kat dunia ni...yg kdg2 bertindak tanpa berfikir dulu..

pet said...

sebenarnya nada kita berckp tu y kdg2 wat org marah.. hehe.. tambah2 kalau time tu bad mood kn.. rasa mcm nk ckp org tu xda adab nk ckp -.-"

Myra Jay said...

Lebih cakap elok2 kan kalau ada yang tak berpuas hati, buat apa nk cakap kasar..


p/s: Suka dengan lagu dalam blog ni & terus follow..hehheee

renaPuteh said...

yaaaaa...saya pon setuju sangat2

J said...

SALAM KENAL DAN PERSAHABATAN ^^, MARI BERKUNJUNG DI BLOG KU http://jhadiwijaya-jhadiwijayablogspotcom.blogspot.com/

SNM said...

Memang wujud je org macamni, x reti nak berbudi bahasa!
Bajet dia bagus jerrr...

Yana Halim said...

ada masalah rumahtangga kot....huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}