Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Anas r.a berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu :-
SESIAPA yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat
SESIAPA yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya
SESIAPA yang menulis mashaf (naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya
SESIAPA yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannnya
SESIAPA yang menanam tanaman tanaman selagi ada yang memakannya, sama ada manusia atau burung
MEREKA yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya
IBU BAPA yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua dua orang tuanya
GURU AL-QURAN yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanyaPahala berterusan macam ni lah yang kita mesti kejar untuk kehidupan kita di akhirat kelak...
2 Komen Terhebat:
mntk kbnrn share d fb..tq..
mudahya utk dpt pahala andai kita berusaha ke arh 2.=)
Post a Comment