First entry untuk tahun 2012 ni sesaje aku nak menaip pasal memori zaman sekolah rendah dulu.Yelah...sekarang ni pun kan minggu-minggu baru nak naik sekolah (bukan panjat bangunan sekolah yek)Pasti semangat nak pergi sekolah ni berkobar-kobar sebab masing-masing nak menayang siapa punya beg sekolah paling lawa,design kasut sekolah siapa paling cantik dan ada tak cikgu baru hensem/cunns yang baru masuk...PAP! bagi pelempang...ke situ pulak!
Benda pertama yang bermain-main dalam fikiran aku yang lapang ni bila dah naik sekolah ni ialah...aku paling tak suka hari sukan!Seriously...tak suka-tak suka-tak suka!Biasanya aktiviti sukan akan diadakan awal-awal bulan persekolah.Sejujurnya sukan ni boleh buat aku tension limajamduapulohminitsetengah!
Maka...oleh kerana ketidaksukaan yang begitu mendalam terhadap sukan di sekolah seperti lumba lari,lompat jauh,lompat tinggi dan lain-lainnya membuatkan aku memikirkan cara macammana nak mengelak daripada terlibat dalam semua acara tu.Nak bodek cikgu...aku tak reti pasal aku bukan kaki bodek.
Aku bernasib baik pasal aku ada sorang member sekepala dengan aku yang memang tak suka jugak bab sukan lari-lari-lompat-lompat ni.Aku masa tu rumah merah...dia pulak rumah biru.Maka...berbekalkan idea yang geliga daripada otak kami berdua...kitaorang pun berpakat menyorok dalam almari yang dipenuhi dengan surat khabar Didik masa tu.Hah...geniuss tak idea aku dengan Jufa ni (terror kan kitaorang)Dalam almari tu punyalah sempit,tapi nasib baiklah kitaorang bukanlah daripada saiz makcik elephant.Maka kitaorang masih ada ruang untuk bernafasss.
"Ada cikgu tengah ronda beb!"
Latihan rumah sukan tamat bila tiba waktu rehat.Cehhh...dengan konfiden dan berbekalkan wajah yang innocent kitaorang berlakon konon-kononnya bajet penat baru lepas buat latihan sukan.Padahal...kitaorang happy sangat dapat terlepas latihan sukan hari tu.Yess!Tapi...hari tu je la,pasal kitaorang dah tak berani buat takut kantoi pulak kang.So...terpaksalah lalui hari-hari yang penuh dengan seksa-derita sukan yang aku tak suka tuu...
"Harap-harap hari ni hujan dengan selebat-lebatnya"
Sampai aku sekolah menengah pun still aku tak suka latihan sukan maka,selalunya aku pening kepala nak bagi alasan apa kat cikgu kalau cikgu tahan bebudak yang tak pergi latihan sukan."Saya tak pergi latihan sukan sebab kawasan rumah saya hujan tak tahu pulak kat sekolah tak hujan"boleh gituu bagi alasan...PAP! Ambik kau rotan sedas dua kat tangan kau.Berbirat.Nangislah apa lagi(ituu aku tipu je)
Bagi sesiapa yang inginkan badan yang sihat cergas lagi bertenaga maka janganlah anda meniru sifat dan tabiat saya yang tidak elok untuk dijadikn contoh sejagat...(ayat skema!)
p/s : Teknik lain tak nak lari 4x100 meter aku akan menyelinap duduk kat tempat bebudak yang dah lari...berlakon penat sikit...hehe
9 Komen Terhebat:
haah..sume 2 penah buat!!!sebab x suke sukan~
waa...kita satu geng la ^_^
macam2 kamu ni ye ... aku pn tk suke gak sukan lari2 ni,ada gak ngelatnya, ops! same je mcm kamu jg
haha . terbaekk la kan .
part duduk tmpat bbdak2 yg dah lari uw ,
amy pernah buat .
hehe :D
itulah antara teknik dan taktik yang agak famous untuk diamalkan hehe...
Nice article..from Indonesia with love..salam ukhuwah.
haha .. sama la kita ! :)
huhu yeke , kita tk penah lg buatlaa, sebb sy ni takot ckit nk ngelat huhu, hee btw suke cite my princess!! comel oke ngahaha :D
@Lady Emilya : haha...hanya orang yang benar2 nekad je brani ngelat...huhu
Post a Comment