Saturday 25 February 2012

Pak Cik,Bukan Duit Palsu Laa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Duit palsu?Bukan aku laa.Duit yang aku guna ialah duit yang asli lagi real dan tak boleh dinafikan lagi.Cehhh...Alkisah bermula bila aku dan kakak aku keluar atas satu tujuan yang suci lagi menyucikan.Kami nak pergi somewhere laa.Macam biasa kami akan tunggu bas la.Yaa...aku ialah pengguna kenderaan awam yang sejati ala-ala lagu kumpulan Wings kerana aku kan seorang pencinta alam.Dengan menggunakan kenderaan awam dapatlah kita mengurangkan kadar karbon monoksida yang boleh menjejaskankan kualiti udara yang kita hirup di muka bumi Allah yang indah ini.(stoppp ayat skema nak jawab soalan periksa!)Maaf..melalut sekejap tapi itu satu fakta bukan?Aku tahu korang tengah angguk kepala ala ala pelakon cerita hindustan kan sekarang?Baik mengaku yang korang minat Shah Rukh Khan.Hehe...


Bila kita nak naik bas ni of course lah kena ada duit kecil kan.Dalam dompet pink aku tu tak de duit kecik.Yang ada cuma RM50 je.So,sebelum menunggu bas dengan penuh kesabaran dan kesusilaan yang tidak berbelah bahagi aku dan kakak aku pun menuju ke sebuah kedai buku untuk memecahkan duit RM50 itu.Lepas je kakak aku pilih buku yang amat sesuai dengan keadaan dia ketika itu manakala aku yang gila komik ni beli sebuah novel grafik.Then,aku pun menuju ke kaunter untuk membayarnya.Pak cik kedai tu pun mula mengira.
"Semuanya RM.....ringgit sen Malaysia"
(gambar ni sedikit over.pak cik tu tak macam ni pun)

Aku pun memang dah ready dengan duit untuk aku bayar.Aku pun bagi dengan penuh keikhlasan di sanubariku ini.Bagi dengan tangan kanan tu.Bukan dengan kaki kanan tau.
"Nahh pak cik.Duit halal ni.Bagi discount boleh?"
(dialog ni hanya rekaan semata-mata.aku tak tak cakap apa-apa pun)

Bila pak cik tu ambil je duit itu dia tak terus simpan dalam laci pun.Dia tenung duit RM50 aku tu.Then,dia pergi angkat duit tu tinggi-tinggi (tak tinggi sangat pun).Tujuannya dia nak periksa duit aku tu duit asli atau duit palsu.Aku agak terkesima la jugak.Dan yaa...aku rasa sungguh terhina ketika itu.Hehe...
"Ada yang tak kena ke dengan duit saya tu?Saya bukan pencetak wang palsu tegar.Harap maklum. Terima kasih"
(cakap dalam hati je)

Be positive.Ye lah.Aku faham.Pak cik tu takut ada penipuan berlaku nanti dia rugi pulak.Tapi,lawak pulak bila melihat reaksi pak cik tu.Tak pe la.Saya pengguna yang memahami but pak cik kena ingat...'Customers Always Right'.Opss...apa kaitannya.

Inilah majalah yang kakak aku pilih.Pa & Ma.Comel kan budak cover majalah tu.Kalau dah baca majalah ni korang faham-faham lah.Kakak aku kini berbadan dua.Tak sabar rasanya nak dapat anak sedare buat kali pertama (Bayi...cepat-cepat keluar ye)Haha...

Itu je kisahnya...adventure tak?Aku tahu korang tengah geleng kepala kan...

p/s : Aku nak bagi nama anak saudara aku ni Lee Min Ho.Tapi tak boleh.Sebab nama bapak dia bukan Lee.Hehe...Any suggestion?Oke.Takde kann...

14 Komen Terhebat:

Unknown said...

pa&ma yang terbaru dah kuaq ka.. wah... bes {。^◕‿◕^。}

aira shahira azmi said...

ahha..ade jugak org mcm 2 eh?wt nebess kite je nanti..

ZWAN SABRI said...

maybe pakciktu penah kena tipu kowt.. sbb tu dia amek langkah behati hati.. :)

ankeljonni said...

hahaha... yep!! pernah gak kena... tuan kedai siap angkat duit tinggi2 nak tgk real ke tak...
huhuhu

Liyana Anuar said...

geram je rase kalau jadi camtu..huhu~

Mizz ErMa said...

wah, berhati2 betul pakcik tu kan..hehe sy pulak tak penah lg kena macam tu, tang nama pulak, apa kata bg nama shah rukh khan aje? hihihi

Dba Dealova said...

bagi nama shah rukh khan?japp...nanti kalau baby tu dah keluar Dba tengok warna kulit dia dulu.kalau ala ala gelap sikit bole kot pakai nama shah rukh khan..hehe :)

LydSunshine said...

Sian pakcik tu sampai cenggitu sekali nak semak duit palsu. Suh la dia beli alat utk detect duit palsu satu. Senang. Tekan on je, terus nampak tulang2 duit.

purplekyu^_^ said...

sy suke my girl! *tetibe* ekeke :P

Nour Adieb said...

anda ditag :)

http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/02/gievaway-blogger-terhevatttttt.html

anNaqia said...

pakcik tu xde machine yg check duit tu kot, sebab tulah dia tgk cmtu. selalu je cashier check duit RM50, tp gune alat check duit la. hehe. :)

Jeremy said...

Hello... Visiting here again.. Thanks for this post.. Very nice...Have a blessed day ahead..
Vibration Machines

Careila said...

hehe..nak bagi nama lee min ho? terkejut hidden sebab tu nama pokteh hidden..hahaha..:) happy blogging..

kindergartenlibrary said...

pakcik tu nak pastikan betul2 .. mana tau dia pernah kena banyak kali sebelum ni ! hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}