Tuesday, 8 November 2011

Asah Lagi Untuk Lawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Selalunya manusia (bukan haiwan) selalu memikirkan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam hidup.Iya…selagi kau bernama manusia…kau akan berfikir.Tapi…sia-sia kalau kau tak gunakan anugerah akal itu dengan sebaiknya.Masalah tetap ada.

Kau sendiri sakit kepala.Baiklah…aku sarankan lebih baik kau cari penyelesaiannya.Kau pusing sana-kau pusing sini-kau belit atas-kau belit bawah.Kau dah jumpa jawapan? Hahaha…masih buntu? Itulah…kau lupa sesuatu.Ya…pencipta sekalian alam semesta dan makhluk di dalamnya.Ya-Rabb…

Aku pun bukan sempurna.Cuba jadi seperti yang lain tapi aku sendiri yang sakit.Bukan aku jatuh berguling ke tanah pun.Jauh sekali ke dalam lombong emas.Kejap…kalau aku terjatuh ke dalam lombong emas…barangkali aku sudah jadi 'orang kaya baru'…Okey…itu tak mungkin.

Bila kau nak melawan  sesuatu,kau mestilah menyediakan peralatan yang secukupnya.Lepas tu kau asah tajam-tajam.Biar berkilau.Biar bersinar.Kau tersenyum.Kau begitu pasti akan menang.

Bila tiba masanya,dengan nekad yang telah lama kau tanamkan,kau pun memulakan aksi.Kau mula melibas-mencantas-merobek-mengoyak masalah itu satu persatu.Perlahan-lahan supaya kau sendiri tidak terbeban.Walau tak banyak,sedikit pun jadilah.Sedikit-sedikit susut juga masalah itu.Kau jadi tenang.Dalam hati kata ‘Aku Juara’.Tak apa…sesekali memberi penghargaan untuk diri.

Akhirnya…seperti sedia maklum,’yang patah tumbuh yang hilang berganti’.Lepas kau dah selesaikan satu…kau jangan lupa.Pasti ADA…itu aku PASTI…masalah lain akan sibuk datang tanpa diundang.Dan…kau sekali lagi bertarung…selagi kau mampu bangkit.Lawan…walau gagal,tetap terus mencuba.Itulah…masalah dan kehidupan...maka kau selesaikanlah sendiri.Bukankah kau mampu? InsyaAllah…aku yakin pada kau.Betul ni…



p/s : Trouble is a friend...

0 Komen Terhebat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}