Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hari ni 31 Disember 2012.Ye..aku tahu korang semua tahu tarikh hari ni.Hmm tadi baru naik kerja semula.Selepas mc seminggu.Tak payah tahu lah kenapa aku mc...
Aku yakin pasti ramai jugak para bloggers yang sibuk sibuk nak update entri terakhir masing-masing dalam blog mereka.Eleh...mengaku je lah yang kau pun salah seorang daripadanya.
Tahun 2012 ni memang terlalu banyak perkara yang buat aku menjadi individu yang semakin matang.Hahaha...Di sini aku nak BOLD kan perkara utama yang aku pointkan sebagai SEJARAH atau peristiwa penting sepanjang tahun 2012 ni.
APRIL 2012
Marissa Zahirah
~ Aku bergelar 'tanter' atau Mak Ngah.Ni lah anak saudara aku yang pertama.Comel macam aku.Huahua...(sila jangan muntah merata-rata ye)
JUN 2012
~ Mohon kerja pada Bulan Februari 2012 tapi dapat selepas 4 bulan! Percayalah anda semua bahawasanya jika Allah sudah tentukan rezeki itu untuk kita,memang kita akan dapat jugak.Ohh ye...panggilan telefon itu seingat aku pada puasa bulan Syaaban...
SEPTEMBER 2012
Ini mawar sedang mekar berkembang
~ tapi dah jadi kosong-kosong-kosong...sangat-sangat
DISEMBER 2012
~Korang pernah kene chikenpox? Alaa...demam yang keluar bintik seluruh badan tu.Orang cakap setiap orang mesti kena.Yaa...aku kena chikendance tu.Ehh...bukan chikenpox tu tahun ni.Hmm...betul la tu.Pandai pun.Itu lah sebab kenapa aku mc seminggu tu...
Menurut aku,itu je lah antara perkara utama yang penting yang berlaku sepanjang tahun 2012 ni..
Itu je nak taip.Jumpa lagi dalam entri seterusnya pada tahun 2013.InsyaAllah.Itu pun kalau aku tak busy...
Dan tak malas.Hehe...
p/s : Tahun 2013 kenalah bersedia untuk sesuatu yang membawa perubahan lebih besar dalam hidup aku.Mungkin?Entah...tak tahu
0 Komen Terhebat:
Post a Comment