Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pada entri kali ini aku akan kongsikan 5 cara untuk khusyuk dalam solat..
1. Wala Hayyun [ cara mematikan diri sebelum mati ]
Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat , niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati mengahdap ilahi. Disamping itu datangkan suatu perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup didunia ini. Ini lah cara yang palin afdal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk
2. Wala Basirun [ cara membutakan mata sebelum buta ]
" Suhuf Fil Wahdah Fil Kasrah, Suhuf Fil Kasrah Fil Wahdah"
maksudnya: " Pandanglah satu diantara banyak , pandanglah yang banyak hanya satu.."
Kedua mata hendaklah dipejam pandang ke atas kemudiannya kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ketengah-tengah batang hidung.
3. Wala Sami'un [ cara mekakkan telinga ]
Untuk melahirkan solat yang khusyuk , sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Untuk mempratikkannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. kemudian baca apa-apa surah didalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin , tentu anda akan mendengar hati anda membaca ayat dengan suara yang sungguh merdu dan itulah suara hati suara yang lebih indah daripada suara penyanyi manapun diatas dunia ini.
4. Wala Alimun [ sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah ]
Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk kita melahirkan solat yang khusyuk iaitu dengan cara kita menyedari hakikat diri kita , seorang hamba yang hina lagi dhaif tidak mempunyai ilmu yang dapat mngatasi kudrat Allah SWT
5. Wala Muthakalimun [ jangan cakap perihal dunia dalam solat ]
Manakala cara seperti ini pula adalah cara kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan.
Cubalah kita lakukan yang bersesuaian dengan cara ini . InsyaAllah, kita akan dapat membezakan denga solat yang biasa kita buat kalau boleh cuba tengok sewaktu sebelum dan selepas solat. Berapa lamakah kita solat?? Kalau biasanya kita solat 4 rakaat paling lama 5 minit takkan jadi sesuatu yg luar biasa jika ianya lebih dari 5 minit jika kita buat dengan khusyuknya...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
0 Komen Terhebat:
Post a Comment