Saturday, 15 October 2011

Kefahamankah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kenapa nak faham kalau kau tak faham-faham-faham lagi.Mungkin satu hari kau sendiri akan dibaham.Dibaham oleh diri sendiri.Bila aku sendiri cuba meminta orang lain memahami aku,ternyata sesukar kau mengajar kucing kau supaya berkokok seperti ayam jantan.Memang mustahil!

Aku jadi takut bila aku dihukum hanya kerana kesalahan insan yang bernama manusia yang sememangnya tidak sempurna.Aku berterus-terang.Aku dan tentunya anda semua pasti benci jika diPAKSA.Hati jadi sakit.Bukan aku berdegil.Cuma aku takut bila aku rela…tak ada siapa dapat tarik aku semula.Keras kepala ke aku ni?Tak apa…aku dah biasa dengan kritikan itu.

Kau masih cuba buat-buat faham situasi aku.Tapi…kau masih salah dalam menilai aku.Maaf…aku tidak sama dengan dia.Sila kau biarkan aku dengan jalan hidupku.Jangan risau.Kaabah itu kiblatku…aku masih menadah tangan meminta diberi NUR.Permudahkan segala yang sukar.

Jadi…aku berharap kau faham.Memang susah ke nak faham?Masih tak faham?Tak faham-faham lagi?Baiklah…teruslah berimaginasi.Cuma…jangan kau tukar fahaman yang salah itu sudah cukup baik yang kau faham.Faham mana yang benar dan salah.Okey,berhenti di sini…kau jangan buat aku jadi kurang faham lagi.Noktah tiga kali.



p/s : Sejak akhir-akhir ni semakin sukar untuk aku buat keputusan.Asyik rasa tersepit je...

2 Komen Terhebat:

noraauliyya said...

kenapa ni ? complicatednya .

Luna Shoppe said...

Tmpg promo ye...
Salam :)Jemput datang ke Luna Shoppe yea. Ada pelbagai jenis tudung. Diskaun dan mystery gifts dari Australia menanti anda!

Blog: http://lunashoppe.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}