Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1- Pasang kipas di surau/masjid walaupun satu.Setiap kali orang guna,anda dapat pahala walau selepas mati.
2- Derma kerusi roda di hospital.Setiap kali pesakit guna,anda akan dapat pahala.
3- Beri baju kepada orang.Setiap kali orang pakai,anda dapat pahala.
4- Beri makanan kepada orang.Anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
5- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.