Monday, 17 October 2011

Takdir Merealitikan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Terciptanya-terjadinya pasti ada sebab
Sesetengahnya buat kau suka
Separuhnya buat kau pilu
Bukankah…itu kesamarataan
Kau setuju…?

Kesabaran-keredhaan…
Terlalu sukar kalau kau tak berjuang
Kau ada bala tentera
Kau ada panglima
Namun…tetap tewas
Mengapa…?
Aku tau…
Kau manusia biasa…aku betul kan?

Takdir itu satu suratan
Hanya bila kau mahu berubah
Maka…ia akan berubah
Apa kau ingat…
Belum cuba sudah tewas?
Sila lihat apa yang kau pertaruhkan
Jangan ego mengaku realiti

Kau masih terkapai-kapai mencari makna

Bila kau terus cuba dan terus cuba dan terus cuba
Yang kau jumpa
Tiada apa-apa…kosong
Tanda tanya itu
Buat kau tegas mengukir  jawapan
Demi itu…kau cipta takdir sendiri
Tetapi…kau masih tersungkur

Cukuplah…
Aku letih…
Biarkan aku sambung bermimpi
Sebentar…bukan lama
Aku tahu…
Takdir terus merealitikan aku



p/s : Sangat seronok dapat tidur dengan lena tanpa gangguan...memang bestt (^_^)

Saturday, 15 October 2011

Kefahamankah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kenapa nak faham kalau kau tak faham-faham-faham lagi.Mungkin satu hari kau sendiri akan dibaham.Dibaham oleh diri sendiri.Bila aku sendiri cuba meminta orang lain memahami aku,ternyata sesukar kau mengajar kucing kau supaya berkokok seperti ayam jantan.Memang mustahil!

Aku jadi takut bila aku dihukum hanya kerana kesalahan insan yang bernama manusia yang sememangnya tidak sempurna.Aku berterus-terang.Aku dan tentunya anda semua pasti benci jika diPAKSA.Hati jadi sakit.Bukan aku berdegil.Cuma aku takut bila aku rela…tak ada siapa dapat tarik aku semula.Keras kepala ke aku ni?Tak apa…aku dah biasa dengan kritikan itu.

Kau masih cuba buat-buat faham situasi aku.Tapi…kau masih salah dalam menilai aku.Maaf…aku tidak sama dengan dia.Sila kau biarkan aku dengan jalan hidupku.Jangan risau.Kaabah itu kiblatku…aku masih menadah tangan meminta diberi NUR.Permudahkan segala yang sukar.

Jadi…aku berharap kau faham.Memang susah ke nak faham?Masih tak faham?Tak faham-faham lagi?Baiklah…teruslah berimaginasi.Cuma…jangan kau tukar fahaman yang salah itu sudah cukup baik yang kau faham.Faham mana yang benar dan salah.Okey,berhenti di sini…kau jangan buat aku jadi kurang faham lagi.Noktah tiga kali.



p/s : Sejak akhir-akhir ni semakin sukar untuk aku buat keputusan.Asyik rasa tersepit je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}