Sunday, 25 August 2013

8 Ciri-ciri Lelaki Penyayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Rasa nak share sesuatu yang berguna untuk panduan gegurlz seantero dunia...Mungkinkah anda 'lelaki ini'?...(sambil dengar lagu Anuar Zain..)

1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Ambil Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Ambil Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.






p/s : saya suka ciri no.7 tu sebab ciri itu sukar dicari.Kebanyakan lelaki adalah panas baran...hehe

Sunday, 17 March 2013

Yang SATU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semoga tenang mata dan hati yang melihatnya :)


p/s : dalam dada...ku harap hanya diriMU yang bertakhta...

Saturday, 2 March 2013

Andaian Mereka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Terasa nak membebel pulak kat blog aku ni.Rasa hati ni nak dibawa ke mana lagi.Ingatkan bila si slow tu dah berhenti,maka tertutuplah cerita tentang kami.Rupanya tidak.Masih ada yang suka potpetpotpet kat situ.Entah...sampai bila

Yang menambahkan kesan sakit hati bila orang atasan sibuk-sibuk pulak nak ambil tahu.Mungkin bagi mereka itu perkara biasa.Tetapi bagi aku itu sangatlah peribadi...Privacy.Mungkin mereka tak faham apa itu privacy.

Kenyataan dan penafian seringkali bercanggah dan berlawan antara satu sama lain.Sebelah pihak nyatakan andai 'A'...sebelah pihak sini nyatakan andaian 'B'...Apa mereka tak tahu andaian mereka itu salah.Pencerita utama adalah tuan badan yang di sini.Ya...di sini

Mungkin perlukah aku buat annoucement baru mereka puas hati? Menghapus andaian yang tidak benar itu..Pandangan mereka penuh sindiran.Tidak mengapa...Aku sedar aku cuma perempuan biasa.Sederhana bagiku cukup indah.

Barangkali...mereka sedang sesat sendiri.Kasihan sungguh...

aku nak pakai cermin mata macam ni...hehe


p/s : sesaat kadangkala sangat-sangat bermakna

Sunday, 17 February 2013

10 Benda Anda MUNGKIN Pernah Lakukan Dalam Hidup Anda

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Mengaku je lah.Memang ada kan...

p/s : no 4 sampai sekarang aku masih begitu.hehe...

Wednesday, 30 January 2013

Birthday My Mom 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri ringkas.Untuk insan paling aku sayangi di dunia ini.
Untuk mak...Selamat Hari Lahir
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkatimu...

(Jangan tanya aku apa maksud tulisan cina tu...aku pun tak tahu)

Mak potong kek tu waktu pagi.Waktu aku kerja tu.Nasib dah pesan kat akak aku supaya tinggalkan bahagian untuk aku.
Yang aku tahu aku nak yang ada strawberry...hehe

Ni la bahagian aku.Strawberry...nyum nyum

p/s : biar sederhana tetapi bermakna...

Thursday, 10 January 2013

Luahan Januari Ini


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bulan Januari tahun baru ini...rahsia macam sikit-sikit nak terbongkar
Semakin banyak pulak yang tahu...
Penat dah aku nak cover-cover ni

Memang tak bole lepas dari gosip kan
Memang kena banyak bersabar
Bukan aku yang bagitau
Tapi My Prince aku tu,dia memang...
Memang...hmm...

 "Kami tak ada apa-apa" (ok..itu ayat cover)

Kalau dah dapat orang setempat kerja ni...banyak yang memerhati
Sibuk-sibuk je bagi laporan
Jadi radio karat
Tak penat ke?



Ok....fine




p/s : hati-hati...ada yang memerhati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}