Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Memang tak ada perkara menarik untuk ditaipkan cuma entri kali ini sesaje aku nak berkongsi pasal lagu OST kartun kegemaran aku ni dari zaman bebudak sampailah aku dah besar matang gini (opss...matanglah sangat kau ni?) Dulu masa first-first kartun ni keluar kat ntv7 pergh aku rasa macam nak lompat-lompat melepasi bumbung rumah aku je.Yang buat aku lagi bertambah-tambah gegila excited ialah kartun ni bersiaran pada tarikh 27 Julai 2003 masa tu.Alert kepada 27 Julai...yup my birthday.Cehh kengkonon aku rasa itulah hadiah paling best la aku dapat padahal sape je yang bagi.Childish sungguh pemikiranku ketika itu!
"Yeyy...ada citer Card Captor Sakura.Sukanya!"
Lebih kurang begitulah reaksinya.Penuh dengan element kebudak-budakkan.Alaa...zaman kanak-kanak tu datang sekali je dalam hidup.Itu je la zaman yang kita tak pernah pun fikir erti masalah-ketabahan-redha-perit-rumit-getir.Yang kita tahu masa zaman budak-budak ialah happy-game-seronok-riang gembira je.Well...waktu-waktu itu sudah pun berlalu.
Berbalik semula kepada apa yang aku nak taipkan ialah lagu OST kartun kegemaran aku dari dulu-kini dan selamanya...cehhh.Yaa...Card Captor Sakura.Boleh dilihat betapa aku sangat meminatinya sehingga menjadi salah satu element dalam header blog aku tu.
Card Captor Sakura
Lagu opening yang kedua ni tajuknya 'Dreaming'.Sangat-sangat sedap didengar dalam bahasa Jepun.But...But...bila aku jumpa lagu ni yang ditranslate kepada versi Indonesia...err...apa yang bole aku cakap...emm...emm...SANGAT PELIK + LAWAK.Its really-really spoil mood aku.Seriously...lagunya ditranslate ikut sebiji-biji dalam bahasa Indonesia memang lain benor bunyinyer.
Dengarlah versi yang ditranslate ke Indonesia...Err...
Amacamm...Macam 'sedap'la sangat kan.Really pelik lah.Yee...aku tahu diorang ni terlebih rajin nak translate dan aku hargainya...but...err...malaslah nak komen lelebih.
Japanese version
Emm...better dengar yang versi Jepun je.Sebenarnya semua lagu dalam kartun Card Captor Sakura ni ditranslate kepada bahasa Indonesia sewaktu ditayangkan kat sana.Aku cuma tunjukkan yang ni je.Yang lain kalau nak dengar cari sendiri kat Brother Youtube yek.
p/s : Kat Malaysia ni diorang tak pernah pulak cuba nak translatekan lagu kartun yekk?Mungkin kesukaran nak cari siapa aje yang sudi nyanyi lagu kartun...hehe























