Showing posts with label Bila Aku Rasa. Show all posts
Showing posts with label Bila Aku Rasa. Show all posts

Saturday, 18 August 2012

Penat Bukan Malas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku cuba nak taip entri pendek pendek je sejak aku busy memanjang dengan kerja yang urgent nya tak habis habis tu.Bila dah balik kerja penat yang dirasai memang tidur sahaja lah penawarnya.Overtime memanjang kadang kadang sampai 14 jam.Memang aku bukan robot.Tapi,itu yang dinamakan tanggungjawab.Kau tanggung dan kau sendiri jawab.Fuhh...Memang penat

Balik kerja memang tak de lah masa nak kemas kemas rumah bagai.Memang diserahkan kepada akak dan adik aku je.Aku tahu mereka jugak penat.Tapi...aku lagi penat kot.Penat sampai tidur pengsan terus.Maaf la.Memang satu kerja kat rumah pun lately ni memang aku malas nak buat.Bilik aku.Tak payah cakap.Serabut macam mana pun aku tetap nampak macam biasa je.Hehe...
"Gosok jangan tak gosok gosok sampai tertanggal semua karat.Ada karat ke?"

Sekali lagi aku bukan malas.Penat je.Akak aku akan cakap..."kau ingat aku ni tak penat?"

p/s : kalaulah aku ada bibik lain la cerita."Bibik bisa beresin semuanya yaa mbak"

Sunday, 29 July 2012

Lelaki Sweet Talker

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Walaupun busy dengan kerja, aku masih gagahi jari jemari ini mengetuk ngetuk keyboard untuk menaip entri ni.Apa yang nak ditaipkan pada entri ringkas kali ini ialah mengenai sweet talker.Tahu ke tak apa sweet talker tu? Kiranya dalam bahasa melayunya 'mulut manis' a.k.a pandai ayat orang.Faham ke tak apa yang aku taipkan ni? Tak faham? Sajer lah tu.Mengada ngada kann...

Biasanya golongan sweet talker ni of course lah lelaki kan.Ayat dia bukan main power lagi sampaikan perempuan nak marah pun bole jadi cairr.Macam kat tempat kerja aku tu lah.Semua pekerja kat situ takutlah dengan seorang boss perempuan ni.Boleh tahanlah garangnya bila mengamuk.Seram jugak.Aku pun takut.Tapi golongan lelaki ni kalau pandai ayat sweet puji puji terus tak berapa nak marah lah jadinya.Kiranya macam penyelamat jugaklah ye si sweet talker ni

Tapi,bagi aku...aku tak suka sangat sweet talker ni.Kenapa? Sebab dia akan bermulut manis kat semua orang.So,sekiranya anda semua ni menjadi aweks kepada si lelaki sweet talker ni kiranya ayat ayat manis dia tu dah rasa tak special pun buat korang sebab dia jugak bermulut manis kat semua orang.Bagi aku laa.


" Bulan,bintang dan matahari pun akan tunduk malu kerana kalah dengan kecantikanmu..."

Biasanya lelaki sweet talker ni suka cakap perkara perkara yang perempuan suka dengar dan buat mereka kembang semangkuk sambil tergedik gedik menyampah gituu.Tapi harus diingatkan yang tak semua perempuan mudah ditawan hatinya oleh golongan sweet talker ni.Apa apa pun golongan lelaki sweet talker ini tetap manusia biasa.Terimalah mereka seadanya.Hehehe...(tapi aku tak nak laa...)

p/s : biarlah jadi sweet talker hanya untuk yang teristimewa sahaja...

Saturday, 21 July 2012

Gerak Mata Tak Menipu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Betul ke kalau nak tahu orang tu menipu kita bole baca melalui gerak mata seseorang? Kebiasaannya kalau seseorang tu nak menutup rahsia memang banyak sangat lah dalihnya.Ohh ye...aku juga pernah terbaca satu artikel yang mengatakan otak kita akan bergerak lebih aktif ketika menipu kerana kita akan lebih banyak berfikir berbanding otak seseorang yang berkata jujur.

Ada logiknya di situ sebab bila kita nak menipu ni mestilah kita banyak fikir untuk mereka reka cerita atau 1001 alasan kan.Melalui teori ni jugak lah kot orang orang kat barat tu mencipta alat untuk mengesan pembohongan.Tapi,kita ni cuma manusia biasa je kan yang tak lepas daripada mencipta alasan untuk sedapkan rasa hati.Ataupun kita terpaksa berbohong untuk melindungi dan menjaga hati orang orang yang kita sayang.


"Percayalah...bukan aku yang curi ikan masin tuu..."

Adakalanya kita suka sangat bagi alasan kita bohong untuk kebaikan orang tu.Betul ke untuk kebaikan orang lain atau sekadar nak sembunyikan rasa bersalah dalam diri sendiri.Lagi satu...kita tak akan bole berbohong dengan diri sendiri.Tak akan boleh.Kita cakap kita gembira,kita baik-baik sahaja...tapi hakikatnya? Hanya Allah je yang tahu perasaan hati kita...

p/s : tiada istilah tipu sunat...

Sunday, 15 July 2012

Ambil Berat Atau Penyibuk?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Memang diakui kita semua tersangatlah suka kalau ada yang ambil berat a.k.a caring dengan kita tetapi harus diingatkan juga bahawa memang turut diakui yang kita semua tersangatlah menyampah kalau ada yang penyibuk a.k.a busybody.Siapa setuju gelek tujuh kali...huahuahua.Kalau tak setuju pergi syampoo rambut dulu.Kasi wangi sikit (tak de kena mengena)

Hidup bermasyarakat ni kita memang takkan terlepas daripada jumpa dengan dua golongan tersebut.Golongan ikhlas yang ambil berat dan golongan yang penyibuk nak tahu semua hal kita.Lepas tu sebar tak tentu pasal.Sangat annoying okeyh.

Nak tegur takut terasa hati.Lagi lagi kalau itu saudara mara kita,kawan kawan kita,boss kita,kucing kita...jappp...kucing nak menyibuk takpe.Kita kiss je dia banyak kali.Hehe.Tapi itulah hakikatnya.Kadangkala kita sendiri tersepit nak berdepan dengan mereka ni macam mana.


"Awak jangan risau gigi awak akan cantik macam gigi saya jugak nanti.Jangan sedih tau"


Golongan Yang Ambil Berat a.k.a Caring
Golongan ni biasanya lebih suka mendengar masalah kita dan lebih memahami.Mereka ni biasanya hanya ambil tahu perkara yang sepatutnya sahaja.Mereka biasanya akan membantu meringankan masalah kita sedayanya.Bukan ambil tahu masalah peribadi atau perkara perkara yang sensitif tentang kita.Melainkan kita sendiri secara terbuka menceritakan masalah peribadi dan meminta pandangan atau nasihat daripada golongan ni.Itu lain cerita.


"Itulah yang bercinta dengan monyet belakang rumah aku tu.Tak de taste langsung"


Golongan Yang Penyibuk a.k.a Busybody
Golongan ni biasanya memang suka nak ambil tahu semua hal tentang kita.Kadangkala perkara yang tak sepatutnya pun dia sibuk jugak nak ambil tahu tanpa mengira sama ada kita ni berat hati nak ceritakan.Dipaksanya jugak.Yelah...orang tak faham bahasa kot.Kadang kadang bukan nak bantu selesaikan masalah pun.Sekadar nak ambil tahu suka suka buat bahan gossip untuk diceritakan kepada orang lain.Topik favourite golongan ni biasanya mengenai perkara perkara peribadi orang lain.Lagi lagi kalau keburukan dan kelemahan orang lain memang makin hangatlah dia nak ambil tahu.Macamlah dia perfect sangat kan...

Apa apa pun dalam hidup kita ni mesti ada batasnya.Kalau nak ambil berat pun berpada pada sebab ada kalanya yang terlalu mengambil berat ni boleh buat seseorang itu berasa rimas.Ambil berat biar kena pada situasi.Dan ingatlah tak semua benda kita bole tahu.Elakkan kita dilabel sebagai seorang penyibuk walaupun niat kita cuma nak ambil berat sebab hati manusia ni lain lain.Kita rasa oke je dia rasa k.o...Faham faham sendiri je lah

p/s : diam bukan bermakna kita tak kisah...

Saturday, 30 June 2012

Boys Over Flowers Alih Bahasa (Lawak)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Seperti yang dijanjikan,kali ni aku nak kongsi pasal video drama korea yang dialihkan bahasa versi lawak yang seterusnya.Kalau pada entri yang lepas drama korea yang dialihkan bahasa menjadi lawak ialah drama Full House, kali ni aku nak kongsi video Boys Over Flowers pulak yang dialihkan bahasa jadi lawak.



Kepada peminat drama Boys Over Flowers, video alih bahasa versi lawak ni hanyalah sekadar hiburan sahaja.Tapi watak utama dalam video kali ini hanyalah Jan Di dan Ji Ho sahaja.Bagi peminat Jun Pyo, korang tak dapatlah tengok dia dalam video ni.



Bagi yang tak berapa jelas dengar dialog yang dituturkan,aku ada taipkan semua dialognya kat bawah ni.Kalau yang dah dapat dengar dengan baik,abaikan je yang kat bawah ni.

Ji Ho :Dah beli nasi lemak saya? Mana?
Jan Di :Dah habis lah Ji.Dah habis...
Ji Ho :Saya tengah lapar gila ni.Awak kata dah habis? Nak kena awak ni...
Jan Di :Alaa...makanlah benda lain Ji
Ji Ho :Hah? Makanan lain? Makan awak lagi bagus.Saya tengah lapar ni

###

Sesi main piano...

Ji Ho : (aku suruh dia beli nasi lemak dia main piano pulak yer?)

###

Brom,brommm,brommm,brittt

Jan Di :Hah...terima kasih sebab tumpangkan saya
Ji Ho :Semuanya 50 sen
Jan Di :Hah? Saya tak de duit kecik laa
Ji Ho :Esok
Jan Di :Yelahh...saya janji esok saya bayar.Berkira betul lah awak ni.Duit minyak tu pun awak nak berkira
Ji Ho :Minyak? Harga minyak dah naik dah sekarang ni.Awak tak tahu ke?
Jan Di :Emm...saya tahulah.
Ji Ho :Kalau tahu...faham faham je lah
Jan Di :Hahh?
Ji Ho :Awak kena bayar esok
Jan Di :Kedekut kedekut jugaklah kan.Anak Haji Bakhil lah katakan.Byeeee

Hahaha...dasyat kan orang Korea nak makan nasi lemakk.Bole pulakk

p/s : janganlah jadi kedekut.Hehe...

Saturday, 23 June 2012

Full House Alih Bahasa (Lawak)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ni nak kongsi pasal satu video lawak.Drama korea  Full House yang famous amous tu dialihkan suara ke bahasa Melayu.Tapi ini edisi lawak that means segala dialog yang dituturkan adalah rekaan semata mata untuk hiburan. 




Kepada peminat drama Full House harap dapat enjoy tengok video Full House versi lawak ni.Memang first time aku tengok memang dah melekek lekek ketawa.Dia punya intonasi nada suara sepadan dengan gerak wajah.Memang lawak la.Pandai betul orang yang buat dialog tu




Bagi yang tak berapa jelas dengar dialog yang dituturkan,aku ada taipkan semua dialognya kat bawah ni.Kalau yang dah dapat dengar dengan baik,abaikan je yang kat bawah ni.

Young Jae :Mana pulak dia ni pergi? 

### 

Min Hyuk :Hahaha...hah lepas tu apa yang jadi?
Ji Eun :Lepas dia dapat tahu keputusan saya teruk,bapak saya ikat saya kat pokok getah dua tiga hari.Lepas tu,malam tu pontianak datang duduk bertenggek kat atas pokok getah tu
Min Hyuk :Hahaha...siapa suruh awak bangang sangat
Ji Eun :Bukan saya yang bangang tapi pontianak tu yang tak tahu malu
Min Hyuk :Err...maksud saya pontianak tu la yang bangang kan?
Ji Eun :Ha..yelah yelah

###

Min Hyuk :Eh,baju awak sebijik dengan baju nenek saya
Ji Eun :Oh ye ke?Tak perasan pulak
   Kring,kring kring,kringgg,kringgg ing ing (bunyi nada dering handphone)
Ji Eun :Hello? Ikan masin? Hah? Apa? Excuse Me.
Min Hyuk :Ye
Ji Eun :Bukan aku yang ambil la

###

Hae Won :Oii!
Min Hyuk :Hae Won...cantik bahasamu
Hae Won :Bang, kau buat apebenda dengan perempuan tu dalam gelap gelap macam ni?
Min Hyuk :Apaa?
Hae Won :Hutang aku bila nak bayar ni? Eh dah setengah tahun aku tunggu tak jugak bayar-bayar...
Min Hyuk :Alaa...nanti abang bayar la.Mulut kau bau longkang la...
Hae Won :Aku...lupa nak gosok gigi pagi tadi la

###

Yong Jae :Baik kau mengaku sekarang!
Ji Eun :Mengaku apebenda pulak ni?
Yong Jae :Ehh buat buat tak tahu pulak
Ji Eun :Memang aku tak tahu la.Kau ni ada masalah jiwa agaknya
Yong Jae :Apaa?
Ji Eun :Ye lah.Tuduh tuduh orang pulak.Dah la muka tak hensem.
Yong Jae :Kau pernah rasa tak selipar cap taik ayam?
Ji Eun :Mestilah pernah

###

Min Hyuk :Kau tahu tak nenek abang demam panas.Abang...abang harap kau sudi pinjamkan duit kepada abang sekali lagi.Kau tak kesian ke dengan nenek abang? Abang janji abang bayar double
Hae Won :Tengoklah.Tapi kau cakap bau mulut aku macam longkang.Sampai hati.

###

Hae Won :Oii budak! Aku nak kau cakap dengan jujur.Betul ke...bau mulut aku macam longkang? Cakap!
Min Hyuk :Hae Won...pasal tu pun nak bising ke?
Hae Won :Cakap cepat sebelum aku naik marah
Yong Jae :Ada lagi yang lebih hebat dariku...Han Ji Eun
Oh My God!..... (Jangan tengok babak niii!)

Amacam? Lawak tak? Nantikan video alih bahasa yang lawak pada next entri

p/s : aku tengok banyak kali pun masih rasa lawak...

Sunday, 17 June 2012

Tak Salah Cakap Baik Baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ada ke orang yang suka ditegur secara kasar a.k.a kuang hajor ? Aku rasa manusia normal semuanya tak suka kalau orang bentak bentak dia kan.Sama lah dengan al-kisah yang aku nak story-morry di sini.Kejadian ini berlaku di sebuah kedai barangan yang menjual barang pada harga bawah daripada RM 5.

Aku dan kakak aku pada masa itu hampir sahaja selesai membeli barang dan mahu segera membayarnya di kaunter.Belum pun sempat nak bayar seorang lelaki berdesup seperti angin berderu melintasi diriku (ayat nak macam taman bunga) yang terlebih dahulu menuju ke kaunter dengan reaksi wajah yang ku tafsirkan sebagai nak makan orang tapi tak dapat.Yes.Muka marah.

"Hei,saya beli gula gula ini 3 bungkus sama itu kacang cap jari bagus sepatutnya ada baki RM 3 ! Mana bakinya? Tak reti buat kerja ke? Tak pandai kira ke? Saya nak balik baki duit saya!" Itulah dialog yang telah aku ubahsuai sedikit pasal aku tak ingat semua apa yang lelaki tu cakap kepada taukey kedai yang menjaga kaunter di situ.


"Saya nak balik baki RM 3! Jangan tipu saya!"


Amoi tu tercengang je.Terkejut akibat suara lelaki tersebut yang sangat kuat dan berjaya menarik perhatian dan membantutkan urusan jual beli pelanggan di kedai tersebut.Yes.Termasuklah aku.Bila dah ada drama real depan mata apa lagi biasalah orang kita.Suka menontonnya dengan penuh perasaan dengan harapan ada babak aksi seperti KL Gangster.Fuhh...


Amoi jaga kaunter yang tercengang.Lebih kurang macam ni la reaksinya


Pelanggan kat situ ada sesetengahnya yang aku lihat sedang berbisik-bisik.Mungkin sedang meneka apa yang bakal berlaku selanjutnya.Mungkin juga ada sesetengahnya yang sedang mengkhayalkan babak babak yang lebih mencabar seolah olah merekalah penulis skrip dan pengarah dalam babak pergaduhan depan mata itu.Yes.Aku suka memerhatikan keadaan sekeliling bukan bermakna aku seorang stalker.


"Konpem lepas ni babak KL Gangter mesti masuk ni"


Bila keadaan semakin tegang,pembantu kedai tersebut mula mencelah dengan erti kata lain membantu bossnya yang sedang terkedu di situ.Mungkin untuk mendapatkan gaji lebih atau title 'Pekerja Terbaik'.Aku katakan mungkin.Belum tentu benar.Tolong jangan salah faham tentang kenyataan aku.But honestly...aku suka cara pembantu kedai tu mempertahankan bossnya.

"Encik,kalau ada apa apa hal kita bole bawa berbincang.Tak payahlah nak terjerit jerit atau cakap kuat kuat.Benda ni bole diselesaikan.Alangkan kalau ada barang yang dibeli rosak pun kami bole gantikan apatah lagi hal macam ni.So,tak payahlah nak buat kecoh kat sini" Lebih kurang gituu la dialognya.Pembantu kedai tu terus memeriksa barang yang dibeli lelaki tadi dan kira depan mata lelaki tersebut satu persatu.Ternyata...lelaki tu yang salah.Salah sebab dia salah tengok tanda harga.Kan buat malu je tuu...


"Kan bole cakap baik baik.Buat apa nak terjerit jerit?"


Bila sedar lelaki itu yang salah maka dengan pantasnya dia terus meluru keluar dari kedai tersebut.Maka kami semua pun bertepuk tangan dan hidup dengan bahagia.Tamat....Copp! Part akhir tu aku tipuu je.Lepas lelaki tersebut keluar,masing masing meneruskan pembelian masing masing.Yes.Bumi masih terus berputar tika itu.

Apa yang nak disampaikan kat sini, kalau ada yang tak puas hati atau kita nak menegur seseorang itu biarlah secara berhemah.Tak perlu tengking tengking atau terjerit jerit pun untuk buat orang faham.Kan...? Cepat setuju dengan aku.Hehe...


p/s : kalau ditegur atau cakap secara baik orang pun tak sakit hati...

Sunday, 10 June 2012

Gara-Gara Caramel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tahu tak caramel tu apa? Alaa...sos yang dituang atas pancake macam dalam iklan Mcdonald tu.Kejapp...tahu tak pancake tu apa? Lempeng tau? Tu la pancake.Hehe...

Adalah satu hari tu aku yang terlebih rajin sesaje nak men'try-test' buat sos caramel akibat terpengaruh dengan iklan dalam tv tu.Kebetulan memang sarapan pagi hari itu adalah pancake.Selalunya kitorang makan pancake dengan susu pekat manis tapi pagi tu saje nak bertukar arah mata angin.Maka terjadilah satu tragedi yang agak sadiss ni...

Lepas siap je masak/buat sos caramel ni,dalam fikiran aku takut kalau caramel ni menjadi keras.So,dengan gelojohnya aku terus menuang sos caramel yang masih panas ke dalam bekas dan dengan selamberrr nyer aku menggunakan jari aku untuk mengelap tumpahan sos caramel yang meleleh dekat mangkuk tu.Then..Perghhhhh! Sakit yang amat sangat terasa mencucuk dan mencengkam ke dalam daging jari telunjuk aku tu.

Sepantas kilat aku terus basuh tangan.Nasib baik sinki dekat je.Atas nasihat akak aku,aku pun letak lah ubat gigi kat jari telunjuk aku tu.Saat itu rasa pedih kepanasan masih lagi terasa.Buat pengetahuan semua gula yang panas lebih panas dari air panas.Sebab tu rasa melecur tu lain macam.Memang lagi sakit.Lepas letak ubat gigi tu dalam beberapa minit aku basuh balik tangan aku.Hasilnya...




Nampak tak? Wujud gelembung ajaib yang aku percayai mempunyai kuasa uniknya yang tersendiri.Coppp...aku merapu je tu.Tapi yang nyata ada gelembung yang muncul kat jari aku.Rasa...geli oke.Takut aku nak pecahkan gelembung tu.So,sampai sekarang aku biarkan je macam tu.




Hajatnya nak buat pancake tu jadi sebiji macam gambar kat atas tu tapi...apakan daya,jari aku menjadi mangsa dalam mengejar impian itu.Sobs...sobs...sobs.

Ini untuk pengetahuan semua cara nak buat sos caramel.Mana tahu ada yang nak cuba.

Bahan-bahan Sos Caramel:
1 cawan gula putih , 1/2 cawan "heavy cream/whipping cream", 6 sudu mentega
Cara nak masak tu ala korang campak je gula putih dalam periuk.Tunggu cair barulah lemparkan mentega dan sebatikan dengan gula yang dah cair tadi.Lepas mentega habis mencair,tutup api dan alihkan periuk ke tempat lain, kira 3 saat,barulah masukkan 'heavy cream/whipping cream' dan kacau sehingga sebati.Siapppp.
Pengajarannya di sini...janganlah gelojoh.Jangan sesekali biarkan jari anda menjadi mangsa 'bikin sadiss'! Peace ^_^v


p/s : cubaan pertama memang banyak dugaanyaa...

Sunday, 3 June 2012

Hantar Adik Ke UTHM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Lenguh lenguh badan masih terasa sampai sekarang.Ini pun gagahi juga jari jemari untuk menaip.Pagi tadi aku dan family aku menghantar adik lelaki aku masuk ke universiti pilihannya.Yaa...UTHM a.k.a Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.Walaupun pada mulanya semangatnya tidaklah sekobar kobar mana pun tapi aku tahu dia terpaksa gagahi juga hatinya demi hasrat emak dan abah terchenta.Emm...mungkin belum bersedia.Al-maklum lah dah lama bercuti tu yang rasa liat nak asah balik enjin minda yang hampir berkarat.Adik aku mengambil kos Kejuruteraan Elektrik.Memang itu minat dia.

Mengikut surat tawaran waktu pendaftaran adalah pada pukul 8.30 pagi.Sebenarnya UTHM tu tak lah jauh mana pun dengan rumah kitaorang.30 minit atau 20 minit (kalau bawa kereta macam pelesit) pun dah bole sampai kat UTHM tu.So,pagi tu tak payah lah nak rushing sangat.Cuma emak...iyaa...selalu nak cepat.Kitorang tunggu je abah tersayang dari Seremban sampai sambil aku bermain dan sempat membuli anak saudara kesayanganku...Rissa (aku memang aunty yang otaii...haha)


Rissa...selalu 'dibuli' kerana kecomelannya.Hehe...

UTHM 

Dipendekkan cerita sampai sana je adik aku kena isi segala bagai maklumat diri sebelum masuk ke dalam dewan untuk mendengar 'celoteh' yang rasanya membosankan kot.Sementara menunggu adik aku keluar dari dewan tu kitorang pun merembat santapan 'ala kadar' yang disediakan.Cehh...ingatkan sorang dapat satu bungkus tapi kakak kat situ kata satu family dapat dua bungkus je.Ingat cukup ke? Nasib baik aku tak ada selera.Aku pass aje kat adik aku yang sorang lagi tu.

Mak aku curi-curi ambil gambar aku.Kantoii...

Bila dah habis je 'celoteh' dalam dewan tu, terus je la menuju ke kolej kediaman yang telah ditetapkan untuk mengetahui bilik manakah yang bakal didiami oleh adik bujangku itu.Lama jugak menunggu.Mana taknya...kaunter yang buka cuma satu je sedangkan pelajar dah berbaris  sampai pintu utama UTHM dahh (part ni aku tipuu) Tapi seriously...lama jugaklah menunggu.

Bila dah dapat daftar bilik, maka bermula lah sesi mengangkut segala bagai barang adik aku tu.Nasib baik tak banyak.Nak mengangkut naik tangga pulak tu.Kenapa tak sediakan lif atau tukang angkut barang?Ambooi kauuuu...Hehe.Bilik adik aku berada di tingkat tiga.Bila sampai je bilik tu dah ada roommate dia sampai dulu.Budak tu dah pilih katil dan almari dia awal awal.

Satu bilik tiga orang.Not bad lah.Adik aku pilih katil solo daripada katil double decker tu.Lagi best kot katil solo.Bila dah pilih katil maka mak dan abah pun mula excited mengemas untuk adik aku tu.Aku tolong tengok je.Haha...rajin betul aku ni kan.

Mak yang bersungguh sungguh mengemas "Mana hangerr ni?" (dialog merupakan rekaan penulis)

Keluarga roommate adik aku.Pun sama...emak dan kakak yang excited mengemas

Bila dah kemas sikit-sikit kitaorang pun keluar untuk lunch dan membeli mana barang yang belum lengkap lagi.

Gaya adik aku dari belakang.Wahh...bakal mahasiswa.Ada style.

Seterusnya adalah gambar sesi melantak.




Adik bongsu yang dipaksa posing oleh aku.Hehe...

Oleh kerana abah aku terpaksa rushing nak balik Seremban, maka tak dapatlah nak lama-lama sangat bergossip dengan adik aku.Lepas lunch dan beli bermacam barang maka sesi sayonara pun berlangsung.Adegan sedih tidak dapat disiarkan kerana...ianya tak berlaku pun.Adohaii..kalau rindu balik aje hujung minggu.Bukan jauh pun kan.


Mak menahan sebak untuk melepaskan anak bujangnya melangkah ke alam perkahwin...eh bukan, alam mahasiswa.Part mak sebak tu pun aku kelentong je.Hehe.Mak aku cool je.

Sampai situ je lah coretan untuk kisah entri aku kali ini.Sekiann...

p/s : wish you all the best bro...

Saturday, 26 May 2012

Langkah Mempertahankan Diri Bagi Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perempuan zaman sekarang ni kadangkala mudah diancam bahaya oleh golongan lelaki yang tiada hati-perut-limpa dan peparu yang suka mengambil kesempatan terhadap kaum aku yang lemah (bukan lemah...cuma kurang kuat je) Memandangkan dunia sekarang lelaki-lelaki baik sedang diancam kepupusan yang agak dasyat maka langkah bijak yang sangat brilliant adalah para wanita mestilah tahu sedikit langkah mempertahankan diri.Ye lah...mana tahu kan...malang tu tidak berbau perfume Enchanteur kann...
"Lepaskan beta sekarang! Help...help...me laa!"

Antara langkah mempertahankan diri bagi wanita boleh lah dirujuk pada gambar di bawah yang telah diubahsuai tanpa perasaan riak mahupun takbur okee...


Nak langkah mempertahankan diri yang lagi ekstrem dan gangster ala lala KL Gangster pun bole jugak rujuk  8 langkah dalam gambar kat bawah ni.Ada beranii kaa adik manis mau cubaa?

p/s : jadilah hero bukan zero...

Saturday, 5 May 2012

Salah Nombor & Kuat Membebel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perkara ni dah lama berlaku just baru sekarang je tergerak nak menaip dalam blog  picisan aku ni.Ini kisah pasal orang salah nombor masa telefon.Ohh...itu memang perkara biasa la.Aku memang tak ada masalah dengan orang yang salah nombor ni tapi aku memang bermasalah betul kalau orang yang salah nombor tu tanya siapa aku dulu.Actually,bagi aku la,if orang tu salah nombor dia kena lah bagitahu siapa dirinya dulu barulah tanya siapa aku.

Contohnya orang tu telefon kita dan tak pasal pasal terus je tanya, "Ni siapa".Emm...memang aku takkan jawab lah.Aku akan paksa orang tu beritahu siapa diri dia dulu.Ye lah.Dah kau yang telefon dulu kenapa aku pulak kena bagitau siapa aku pada orang yang aku tak kenal.Haisshh...Bahaya je.Kawan aku pernah cakap kat aku kalau ada orang macam tu yang tanya siapa kau,baik kau cakap je "Ye...sini Balai Polis Bukit Aman.Ada yang bole saya bantu"Haha...bila difikirkan idea tu mungkin bole dipraktikkan satu hari nanti kepada mereka mereka yang tidak ada manner dalam menelefon orang.

Ada seorang lelaki ni telefon nombor rumah aku.Aku sebolehnya memang malas nak jawab kalau telefon rumah aku tu berdering pasal aku tak tahu nombor apa yang masuk.Aku tak suka cakap dengan stranger.Then,macam yang aku cakap tadi lelaki tersebut bertanya siapa aku.Aku malas nak panjangkan cerita aku terus je cakap yang dia tu salah nombor.Aku ingat lepas aku bagitahu macam tu dah tamat la perbualan kami.

Rupanya belum lagi.Bole pulak dia nak berkenalan dengan aku.Sorry to say.Aku memang tak suka layan layan orang yang aku tak kenal dalam telefon.Sekali lagi aku cakap aku tak suka cakap dengan stranger.Bila aku cakap tak payah lah nak berkenalan lelaki tu berkeras jugak nak tahu nama aku.Bila aku tetap tak nak bagitau dia mula...membebel.Ya...MEMBEBEL.Dia cakap "kita ni hidup mestilah kena berkenalan dengan semua orang.Tak ada salahnya kita berkawan.Lagipun...."Bla bla bla....(terus membebel)


"Eh engkoo...aku tak kenal kau sesedap rasa nak membebel kat aku"

Bila dah berputus asa dia pun mula menceritakan tentang dirinya.Dia bagitahu yang dia sebenarnya seorang askar.Baru mula bekerja.Dalam hati aku berdetik,"tak tanya punn" Aku cuma jawab "yer...",' "oh...." setiap kali dia bercakap tak henti henti.Akhirnya bila aku dah tak tahan terus senyap senyap aku pass telefon tu kat adik aku.Habis cerita.Adik aku cakap orang tu mungkin terperanjat kot bila dengar suara garau adik aku yang menjawabnya terus je dia letak telefon.Maaf lah...terpaksa.Siapa suruh cakap tak henti henti kan.


Kalaulah lelaki askar yang telefon aku tadi sekacak gambar dia atas, melepaskah aku?Jawabnya...TIDAK! Sebab aku tak suka lelaki kuat membebel.Saya tahu Kwon Sang Woo oppa tak kuat bebel kan.Hehe...

p/s : katakan tidak kepada lelaki kuat bebel.Sangat aneh tau...

Sunday, 29 April 2012

Lawak Nama Jepun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kali ni aku update entry santai-santai je.Saje nak buat anda-anda semua ketawa menyengih sampai nampak gusi.Mungkin ada yang dah pernah baca tapi takpe.Baca lagi sekali untuk hilangkan rasa tension sekali sekala.Yang belum pernah baca...tunjukkan humour sense anda.Okeh...yang tak memiliki humour sense anda dimaafkan kerana tidak mampu ketawa.Hehe...

Sila sebut nama Jepun tersebut seperti nada orang Jepun menyebutnya...haitt (tunduk 45 darjah setengah)

01- Yang Pemarah ~ KEIJI CACIMAKI 
02- Yang Suka Berjimat Cermat ~ SAYORI SUKAMURA 
03- Yang Bisu ~ KEITA TADASORA 
04- Yang Suka Makan Nasi ~ NANACHI KASIBANYA 
05- Yang Suka Layan Blues ~ APO NADIKATO 
06- Yang Suka Belajar ~ ASHIKO ULANGKAJI 
07- Yang Kerap Bikin Kacau ~ WAKASI HURUHARA 
08- Yang Sangat Kedekut ~ MATIMATI TAMOKASI 
09- Yang Suka Sangat Tidur ~ ICHIBAN TIDOMATI 
10- Yang Suka Mengintai ~ HINTAI AKOSUKA 
11- Yang Tua ~ TARAGIGI PADANMUKA 
12- Yang Kena Tinggal Bini ~ SUSAHATI BINILARI 
13- Yang Suka Merempit ~ SAJA CARIMATI 
14- Yang Suka BERSUMPAH ~ SAIFOO BAUKARI 
15- Yang Lembab ~ AYUMI SIPUTBABI


Dapat tangkap ke lawak yang dinyatakan di atas? Dapat? Baguss.Anda tergolong dalam golongan orang yang humour sense gituu.Diingatkan bahawasanya ini hanyalah JENAKA semata mata.Tiada kaitan dengan mereka-mereka yang sedang tersedak mahupun yang sedang sendawa.Hehe....

Koike Teppei (you melt my heart!!!)

Gambar di atas merupakan salah seorang pelakon Jepun yang aku suka.Sila abaikan nama dia yang peliks itu.Yang penting dia sangat comel tahap gaban.Tak kisahlah kalau ada yang nak cakap dia tu jambu batu ke...tembikai susu mahupun durian belanda yang penting buah-buahan di atas sangat enak dimakan (tiada kaitan)

p/s : ciptaan Allah semua indahh...

Thursday, 19 April 2012

Hero Kedua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Drama korea Autumn In My Heart...siapa peminat tegar drama-drama korea ni mesti dah tahu dan dah tonton mungkin lebih 10 kali kot untuk feeling-feeling sedih sampai penuh sebaldi air mata.Haha...Nasib baik aku bukan daripada golongan yang tadah air mata sebanyak tu.Sekarang ni pun TV3 pun sedang hangat...(err hangat ke?) menayangkan drama Filipina iaitu Endless Love yang diadaptasi daripada drama Autumn In My Heart ni.


Autumn In My Heart

Endless Love


Aku bukan nak cerita pasal sinopsis drama ni atau perbezaan cerita versi korea dan filipina.Aku cuma nak taipkan di sini bahawasanya aku suka HERO KEDUA dalam kedua-dua versi ini berbanding hero utama cerita tersebut.


Autumn In My Heart - Won Bin
Endless Love - Dennis Trillo

Bagi aku hero kedua dalam kedua-dua versi ni jauh lebih kacak dan bergaya daripada hero utamanya.Hehe...Ada yang sekepala ke dengan statement aku ni?Maaf,ini memang entry buang tebiat...

p/s : yang terbaik kadangkala tersembunyi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}