Showing posts with label Situasi. Show all posts
Showing posts with label Situasi. Show all posts

Saturday, 18 August 2012

Penat Bukan Malas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku cuba nak taip entri pendek pendek je sejak aku busy memanjang dengan kerja yang urgent nya tak habis habis tu.Bila dah balik kerja penat yang dirasai memang tidur sahaja lah penawarnya.Overtime memanjang kadang kadang sampai 14 jam.Memang aku bukan robot.Tapi,itu yang dinamakan tanggungjawab.Kau tanggung dan kau sendiri jawab.Fuhh...Memang penat

Balik kerja memang tak de lah masa nak kemas kemas rumah bagai.Memang diserahkan kepada akak dan adik aku je.Aku tahu mereka jugak penat.Tapi...aku lagi penat kot.Penat sampai tidur pengsan terus.Maaf la.Memang satu kerja kat rumah pun lately ni memang aku malas nak buat.Bilik aku.Tak payah cakap.Serabut macam mana pun aku tetap nampak macam biasa je.Hehe...
"Gosok jangan tak gosok gosok sampai tertanggal semua karat.Ada karat ke?"

Sekali lagi aku bukan malas.Penat je.Akak aku akan cakap..."kau ingat aku ni tak penat?"

p/s : kalaulah aku ada bibik lain la cerita."Bibik bisa beresin semuanya yaa mbak"

Sunday, 29 July 2012

Lelaki Sweet Talker

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Walaupun busy dengan kerja, aku masih gagahi jari jemari ini mengetuk ngetuk keyboard untuk menaip entri ni.Apa yang nak ditaipkan pada entri ringkas kali ini ialah mengenai sweet talker.Tahu ke tak apa sweet talker tu? Kiranya dalam bahasa melayunya 'mulut manis' a.k.a pandai ayat orang.Faham ke tak apa yang aku taipkan ni? Tak faham? Sajer lah tu.Mengada ngada kann...

Biasanya golongan sweet talker ni of course lah lelaki kan.Ayat dia bukan main power lagi sampaikan perempuan nak marah pun bole jadi cairr.Macam kat tempat kerja aku tu lah.Semua pekerja kat situ takutlah dengan seorang boss perempuan ni.Boleh tahanlah garangnya bila mengamuk.Seram jugak.Aku pun takut.Tapi golongan lelaki ni kalau pandai ayat sweet puji puji terus tak berapa nak marah lah jadinya.Kiranya macam penyelamat jugaklah ye si sweet talker ni

Tapi,bagi aku...aku tak suka sangat sweet talker ni.Kenapa? Sebab dia akan bermulut manis kat semua orang.So,sekiranya anda semua ni menjadi aweks kepada si lelaki sweet talker ni kiranya ayat ayat manis dia tu dah rasa tak special pun buat korang sebab dia jugak bermulut manis kat semua orang.Bagi aku laa.


" Bulan,bintang dan matahari pun akan tunduk malu kerana kalah dengan kecantikanmu..."

Biasanya lelaki sweet talker ni suka cakap perkara perkara yang perempuan suka dengar dan buat mereka kembang semangkuk sambil tergedik gedik menyampah gituu.Tapi harus diingatkan yang tak semua perempuan mudah ditawan hatinya oleh golongan sweet talker ni.Apa apa pun golongan lelaki sweet talker ini tetap manusia biasa.Terimalah mereka seadanya.Hehehe...(tapi aku tak nak laa...)

p/s : biarlah jadi sweet talker hanya untuk yang teristimewa sahaja...

Saturday, 21 July 2012

Gerak Mata Tak Menipu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Betul ke kalau nak tahu orang tu menipu kita bole baca melalui gerak mata seseorang? Kebiasaannya kalau seseorang tu nak menutup rahsia memang banyak sangat lah dalihnya.Ohh ye...aku juga pernah terbaca satu artikel yang mengatakan otak kita akan bergerak lebih aktif ketika menipu kerana kita akan lebih banyak berfikir berbanding otak seseorang yang berkata jujur.

Ada logiknya di situ sebab bila kita nak menipu ni mestilah kita banyak fikir untuk mereka reka cerita atau 1001 alasan kan.Melalui teori ni jugak lah kot orang orang kat barat tu mencipta alat untuk mengesan pembohongan.Tapi,kita ni cuma manusia biasa je kan yang tak lepas daripada mencipta alasan untuk sedapkan rasa hati.Ataupun kita terpaksa berbohong untuk melindungi dan menjaga hati orang orang yang kita sayang.


"Percayalah...bukan aku yang curi ikan masin tuu..."

Adakalanya kita suka sangat bagi alasan kita bohong untuk kebaikan orang tu.Betul ke untuk kebaikan orang lain atau sekadar nak sembunyikan rasa bersalah dalam diri sendiri.Lagi satu...kita tak akan bole berbohong dengan diri sendiri.Tak akan boleh.Kita cakap kita gembira,kita baik-baik sahaja...tapi hakikatnya? Hanya Allah je yang tahu perasaan hati kita...

p/s : tiada istilah tipu sunat...

Sunday, 15 July 2012

Ambil Berat Atau Penyibuk?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Memang diakui kita semua tersangatlah suka kalau ada yang ambil berat a.k.a caring dengan kita tetapi harus diingatkan juga bahawa memang turut diakui yang kita semua tersangatlah menyampah kalau ada yang penyibuk a.k.a busybody.Siapa setuju gelek tujuh kali...huahuahua.Kalau tak setuju pergi syampoo rambut dulu.Kasi wangi sikit (tak de kena mengena)

Hidup bermasyarakat ni kita memang takkan terlepas daripada jumpa dengan dua golongan tersebut.Golongan ikhlas yang ambil berat dan golongan yang penyibuk nak tahu semua hal kita.Lepas tu sebar tak tentu pasal.Sangat annoying okeyh.

Nak tegur takut terasa hati.Lagi lagi kalau itu saudara mara kita,kawan kawan kita,boss kita,kucing kita...jappp...kucing nak menyibuk takpe.Kita kiss je dia banyak kali.Hehe.Tapi itulah hakikatnya.Kadangkala kita sendiri tersepit nak berdepan dengan mereka ni macam mana.


"Awak jangan risau gigi awak akan cantik macam gigi saya jugak nanti.Jangan sedih tau"


Golongan Yang Ambil Berat a.k.a Caring
Golongan ni biasanya lebih suka mendengar masalah kita dan lebih memahami.Mereka ni biasanya hanya ambil tahu perkara yang sepatutnya sahaja.Mereka biasanya akan membantu meringankan masalah kita sedayanya.Bukan ambil tahu masalah peribadi atau perkara perkara yang sensitif tentang kita.Melainkan kita sendiri secara terbuka menceritakan masalah peribadi dan meminta pandangan atau nasihat daripada golongan ni.Itu lain cerita.


"Itulah yang bercinta dengan monyet belakang rumah aku tu.Tak de taste langsung"


Golongan Yang Penyibuk a.k.a Busybody
Golongan ni biasanya memang suka nak ambil tahu semua hal tentang kita.Kadangkala perkara yang tak sepatutnya pun dia sibuk jugak nak ambil tahu tanpa mengira sama ada kita ni berat hati nak ceritakan.Dipaksanya jugak.Yelah...orang tak faham bahasa kot.Kadang kadang bukan nak bantu selesaikan masalah pun.Sekadar nak ambil tahu suka suka buat bahan gossip untuk diceritakan kepada orang lain.Topik favourite golongan ni biasanya mengenai perkara perkara peribadi orang lain.Lagi lagi kalau keburukan dan kelemahan orang lain memang makin hangatlah dia nak ambil tahu.Macamlah dia perfect sangat kan...

Apa apa pun dalam hidup kita ni mesti ada batasnya.Kalau nak ambil berat pun berpada pada sebab ada kalanya yang terlalu mengambil berat ni boleh buat seseorang itu berasa rimas.Ambil berat biar kena pada situasi.Dan ingatlah tak semua benda kita bole tahu.Elakkan kita dilabel sebagai seorang penyibuk walaupun niat kita cuma nak ambil berat sebab hati manusia ni lain lain.Kita rasa oke je dia rasa k.o...Faham faham sendiri je lah

p/s : diam bukan bermakna kita tak kisah...

Sunday, 17 June 2012

Tak Salah Cakap Baik Baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ada ke orang yang suka ditegur secara kasar a.k.a kuang hajor ? Aku rasa manusia normal semuanya tak suka kalau orang bentak bentak dia kan.Sama lah dengan al-kisah yang aku nak story-morry di sini.Kejadian ini berlaku di sebuah kedai barangan yang menjual barang pada harga bawah daripada RM 5.

Aku dan kakak aku pada masa itu hampir sahaja selesai membeli barang dan mahu segera membayarnya di kaunter.Belum pun sempat nak bayar seorang lelaki berdesup seperti angin berderu melintasi diriku (ayat nak macam taman bunga) yang terlebih dahulu menuju ke kaunter dengan reaksi wajah yang ku tafsirkan sebagai nak makan orang tapi tak dapat.Yes.Muka marah.

"Hei,saya beli gula gula ini 3 bungkus sama itu kacang cap jari bagus sepatutnya ada baki RM 3 ! Mana bakinya? Tak reti buat kerja ke? Tak pandai kira ke? Saya nak balik baki duit saya!" Itulah dialog yang telah aku ubahsuai sedikit pasal aku tak ingat semua apa yang lelaki tu cakap kepada taukey kedai yang menjaga kaunter di situ.


"Saya nak balik baki RM 3! Jangan tipu saya!"


Amoi tu tercengang je.Terkejut akibat suara lelaki tersebut yang sangat kuat dan berjaya menarik perhatian dan membantutkan urusan jual beli pelanggan di kedai tersebut.Yes.Termasuklah aku.Bila dah ada drama real depan mata apa lagi biasalah orang kita.Suka menontonnya dengan penuh perasaan dengan harapan ada babak aksi seperti KL Gangster.Fuhh...


Amoi jaga kaunter yang tercengang.Lebih kurang macam ni la reaksinya


Pelanggan kat situ ada sesetengahnya yang aku lihat sedang berbisik-bisik.Mungkin sedang meneka apa yang bakal berlaku selanjutnya.Mungkin juga ada sesetengahnya yang sedang mengkhayalkan babak babak yang lebih mencabar seolah olah merekalah penulis skrip dan pengarah dalam babak pergaduhan depan mata itu.Yes.Aku suka memerhatikan keadaan sekeliling bukan bermakna aku seorang stalker.


"Konpem lepas ni babak KL Gangter mesti masuk ni"


Bila keadaan semakin tegang,pembantu kedai tersebut mula mencelah dengan erti kata lain membantu bossnya yang sedang terkedu di situ.Mungkin untuk mendapatkan gaji lebih atau title 'Pekerja Terbaik'.Aku katakan mungkin.Belum tentu benar.Tolong jangan salah faham tentang kenyataan aku.But honestly...aku suka cara pembantu kedai tu mempertahankan bossnya.

"Encik,kalau ada apa apa hal kita bole bawa berbincang.Tak payahlah nak terjerit jerit atau cakap kuat kuat.Benda ni bole diselesaikan.Alangkan kalau ada barang yang dibeli rosak pun kami bole gantikan apatah lagi hal macam ni.So,tak payahlah nak buat kecoh kat sini" Lebih kurang gituu la dialognya.Pembantu kedai tu terus memeriksa barang yang dibeli lelaki tadi dan kira depan mata lelaki tersebut satu persatu.Ternyata...lelaki tu yang salah.Salah sebab dia salah tengok tanda harga.Kan buat malu je tuu...


"Kan bole cakap baik baik.Buat apa nak terjerit jerit?"


Bila sedar lelaki itu yang salah maka dengan pantasnya dia terus meluru keluar dari kedai tersebut.Maka kami semua pun bertepuk tangan dan hidup dengan bahagia.Tamat....Copp! Part akhir tu aku tipuu je.Lepas lelaki tersebut keluar,masing masing meneruskan pembelian masing masing.Yes.Bumi masih terus berputar tika itu.

Apa yang nak disampaikan kat sini, kalau ada yang tak puas hati atau kita nak menegur seseorang itu biarlah secara berhemah.Tak perlu tengking tengking atau terjerit jerit pun untuk buat orang faham.Kan...? Cepat setuju dengan aku.Hehe...


p/s : kalau ditegur atau cakap secara baik orang pun tak sakit hati...

Sunday, 10 June 2012

Gara-Gara Caramel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tahu tak caramel tu apa? Alaa...sos yang dituang atas pancake macam dalam iklan Mcdonald tu.Kejapp...tahu tak pancake tu apa? Lempeng tau? Tu la pancake.Hehe...

Adalah satu hari tu aku yang terlebih rajin sesaje nak men'try-test' buat sos caramel akibat terpengaruh dengan iklan dalam tv tu.Kebetulan memang sarapan pagi hari itu adalah pancake.Selalunya kitorang makan pancake dengan susu pekat manis tapi pagi tu saje nak bertukar arah mata angin.Maka terjadilah satu tragedi yang agak sadiss ni...

Lepas siap je masak/buat sos caramel ni,dalam fikiran aku takut kalau caramel ni menjadi keras.So,dengan gelojohnya aku terus menuang sos caramel yang masih panas ke dalam bekas dan dengan selamberrr nyer aku menggunakan jari aku untuk mengelap tumpahan sos caramel yang meleleh dekat mangkuk tu.Then..Perghhhhh! Sakit yang amat sangat terasa mencucuk dan mencengkam ke dalam daging jari telunjuk aku tu.

Sepantas kilat aku terus basuh tangan.Nasib baik sinki dekat je.Atas nasihat akak aku,aku pun letak lah ubat gigi kat jari telunjuk aku tu.Saat itu rasa pedih kepanasan masih lagi terasa.Buat pengetahuan semua gula yang panas lebih panas dari air panas.Sebab tu rasa melecur tu lain macam.Memang lagi sakit.Lepas letak ubat gigi tu dalam beberapa minit aku basuh balik tangan aku.Hasilnya...




Nampak tak? Wujud gelembung ajaib yang aku percayai mempunyai kuasa uniknya yang tersendiri.Coppp...aku merapu je tu.Tapi yang nyata ada gelembung yang muncul kat jari aku.Rasa...geli oke.Takut aku nak pecahkan gelembung tu.So,sampai sekarang aku biarkan je macam tu.




Hajatnya nak buat pancake tu jadi sebiji macam gambar kat atas tu tapi...apakan daya,jari aku menjadi mangsa dalam mengejar impian itu.Sobs...sobs...sobs.

Ini untuk pengetahuan semua cara nak buat sos caramel.Mana tahu ada yang nak cuba.

Bahan-bahan Sos Caramel:
1 cawan gula putih , 1/2 cawan "heavy cream/whipping cream", 6 sudu mentega
Cara nak masak tu ala korang campak je gula putih dalam periuk.Tunggu cair barulah lemparkan mentega dan sebatikan dengan gula yang dah cair tadi.Lepas mentega habis mencair,tutup api dan alihkan periuk ke tempat lain, kira 3 saat,barulah masukkan 'heavy cream/whipping cream' dan kacau sehingga sebati.Siapppp.
Pengajarannya di sini...janganlah gelojoh.Jangan sesekali biarkan jari anda menjadi mangsa 'bikin sadiss'! Peace ^_^v


p/s : cubaan pertama memang banyak dugaanyaa...

Saturday, 26 May 2012

Langkah Mempertahankan Diri Bagi Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perempuan zaman sekarang ni kadangkala mudah diancam bahaya oleh golongan lelaki yang tiada hati-perut-limpa dan peparu yang suka mengambil kesempatan terhadap kaum aku yang lemah (bukan lemah...cuma kurang kuat je) Memandangkan dunia sekarang lelaki-lelaki baik sedang diancam kepupusan yang agak dasyat maka langkah bijak yang sangat brilliant adalah para wanita mestilah tahu sedikit langkah mempertahankan diri.Ye lah...mana tahu kan...malang tu tidak berbau perfume Enchanteur kann...
"Lepaskan beta sekarang! Help...help...me laa!"

Antara langkah mempertahankan diri bagi wanita boleh lah dirujuk pada gambar di bawah yang telah diubahsuai tanpa perasaan riak mahupun takbur okee...


Nak langkah mempertahankan diri yang lagi ekstrem dan gangster ala lala KL Gangster pun bole jugak rujuk  8 langkah dalam gambar kat bawah ni.Ada beranii kaa adik manis mau cubaa?

p/s : jadilah hero bukan zero...

Wednesday, 23 May 2012

Perkara Lawak Tentang Kentut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kentut atau dalam bahasa sopannya iaitu buang angin adalah sesuatu yang sinonim dalam kehidupan makhluk yang bernama manusia.Yelah...secantik atau sekachak mana pun makhluk yang bernama manusia tu kentut memang tak dapat nak dipisahkan.Kejapp...korang jangan ingat aku ni dah takde tajuk lain ke nak dibuat entri sampai nak cerita pasal buang angin ni.Aku percaya...setiap kali korang buang angin, korang pasti rasa kelegaan berganda.Hehe...Betul kan? Alaa...mengaku je laa.

Ini antara perkara lawak tentang kentut.Lawak tak lawak tu bergantung pada tahap sense of humour korang laa...


1) Budak kecik anggap kentut adalah perkara yang lawak, tak percaya kentut kat bebudak mesti diorang bukan main suka gelak... gelak bagai macam tak ingat dunia.

2) Terdapat variasi bunyi kentut, ada yang berbunyi panjang meleret-leret, pendek tersemput-semput, bergegar seisi alam dan sebagainya.Anda yang mana satu?

3) Kebanyakkan orang akan merasa lega dan puas hati selepas kentut tapi memang tak akan laa nak mengaku.Kena pulak kalau orang perasan.Muka pulak buat muka tak bersalah dengan jayanya.

4) Kalau awek terkentut, korang akan pura-pura buat tak tau dan kalau tau pun masih anggap tak kisah walaupun korang rasa lawak...gelak dalam hati je lah.Bajet nak jaga hati awek cunss tu je.

5) Kalau orang tua pulak terkentut, pun korang akan buat-buat bodoh tak heran.Kurang hajor le nak gelakkan depan-depan,ye tak? Takkan benda ni pun nak bagi tahu.Kena makan penampor karang kalau gelak sampai tersembur air liurr.Puihh...

6) Kalau budak kecik gelakkan orang tua yang terkentut, tu cerita lain...nama pun budak-budak lagi dan pada budak kecik ni,kentut adalah cool. (rujuk nombor 1).

7) Kentut berfungsi sebagai signal untuk bagi tahu yang korang mengalami tanda-tanda untuk yuk-yuk (berak).Kiranya takdaklah korang terukk-ukk (terberak) tanpa sedar.Bole pulak tak sedar yek nak terberak...

8) Kentut menunjukkan korang masih hidup, dan nikmatilah kentut dengan kata lain... "kentut mesti terus, barulah ceria kehidupan."

"Kentut awak bau macam perfume Enchanteur.Tahan lama..."

Kentut sebenarnya bukan satu perkara lawak tapi sesetengah orang menganggap ianya lawak disebabkan bunyi vibrator yang rancak serta gempak malahan pulak syok didengari.Jadi, orang yang mengutuk itu kadang-kadang bergurau.Oleh itu, terjadilah perkara lawak disitu...


credit to ~ shakroil.blogspot 

p/s : anak sedara aku yang masih sebulan setengah tu kalau kentut bole tahan kuat bunyinya.Sampai dia sendiri terkejut dan menangis dengar bunyi kentut dia sendiri.Haha...

Wednesday, 16 May 2012

Belajar Bahasa Inggeris (Edisi Lawak)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri lawak sempena Hari Guru...


Miss Anjelina Wolie seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun  satu. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti. 

Ketika dalam perjalan pulang, Brad Putt salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Brad Putt di dalam hati. 

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes.Dua perkataan dah, kata budak itu. 

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first".Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu. 

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru. 

Cikgu Anjelina Wolie: OK boy, did you get the words? 

Brad Putt: Yes, teacher. 

Cikgu Anjelina Wolie: Good, what is your first word? 

Brad Putt: Shut up you !!! 

Cikgu Anjelina Wolie: What did you say? Are you mad? Who do you think you are? 

Brad Putt: Superman !!! 

Cikgu Anjelina Wolie: Bloody fool! Get out from this class 

Brad Putt: Ladies First

Pappp...."Dont be kurangg ajar yer!"

Pengajarannya....hormatilah guru anda.Hehe...

p/s : masa sambutan Hari Guru seronok sebab tak payah belajar satu hari...

Monday, 7 May 2012

Faktor Mengapa Tandas Lelaki Mesti Jauh Daripada Tandas Perempuan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Seperti yang kita selalu lihat tandas tandas di mall atau di mana mana sahaja yang ada perkhidmatan membuang sisa kumbahan ni biasanya kedudukan tandas di antara kedua dua jantina adalah jauh antara satu sama lain.


Berikut adalah beberapa faktor utama kenapa tandas lelaki mesti jauh daripada tandas perempuan : 















Sekadar hiburan yang masih bole dipraktikkan andai ada lelaki miang yang berani melakukan aksi tidak bermoral seperti di atas.Hehe...


p/s : ganas jugak perempuan kat atas tu...

Saturday, 5 May 2012

Salah Nombor & Kuat Membebel

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Perkara ni dah lama berlaku just baru sekarang je tergerak nak menaip dalam blog  picisan aku ni.Ini kisah pasal orang salah nombor masa telefon.Ohh...itu memang perkara biasa la.Aku memang tak ada masalah dengan orang yang salah nombor ni tapi aku memang bermasalah betul kalau orang yang salah nombor tu tanya siapa aku dulu.Actually,bagi aku la,if orang tu salah nombor dia kena lah bagitahu siapa dirinya dulu barulah tanya siapa aku.

Contohnya orang tu telefon kita dan tak pasal pasal terus je tanya, "Ni siapa".Emm...memang aku takkan jawab lah.Aku akan paksa orang tu beritahu siapa diri dia dulu.Ye lah.Dah kau yang telefon dulu kenapa aku pulak kena bagitau siapa aku pada orang yang aku tak kenal.Haisshh...Bahaya je.Kawan aku pernah cakap kat aku kalau ada orang macam tu yang tanya siapa kau,baik kau cakap je "Ye...sini Balai Polis Bukit Aman.Ada yang bole saya bantu"Haha...bila difikirkan idea tu mungkin bole dipraktikkan satu hari nanti kepada mereka mereka yang tidak ada manner dalam menelefon orang.

Ada seorang lelaki ni telefon nombor rumah aku.Aku sebolehnya memang malas nak jawab kalau telefon rumah aku tu berdering pasal aku tak tahu nombor apa yang masuk.Aku tak suka cakap dengan stranger.Then,macam yang aku cakap tadi lelaki tersebut bertanya siapa aku.Aku malas nak panjangkan cerita aku terus je cakap yang dia tu salah nombor.Aku ingat lepas aku bagitahu macam tu dah tamat la perbualan kami.

Rupanya belum lagi.Bole pulak dia nak berkenalan dengan aku.Sorry to say.Aku memang tak suka layan layan orang yang aku tak kenal dalam telefon.Sekali lagi aku cakap aku tak suka cakap dengan stranger.Bila aku cakap tak payah lah nak berkenalan lelaki tu berkeras jugak nak tahu nama aku.Bila aku tetap tak nak bagitau dia mula...membebel.Ya...MEMBEBEL.Dia cakap "kita ni hidup mestilah kena berkenalan dengan semua orang.Tak ada salahnya kita berkawan.Lagipun...."Bla bla bla....(terus membebel)


"Eh engkoo...aku tak kenal kau sesedap rasa nak membebel kat aku"

Bila dah berputus asa dia pun mula menceritakan tentang dirinya.Dia bagitahu yang dia sebenarnya seorang askar.Baru mula bekerja.Dalam hati aku berdetik,"tak tanya punn" Aku cuma jawab "yer...",' "oh...." setiap kali dia bercakap tak henti henti.Akhirnya bila aku dah tak tahan terus senyap senyap aku pass telefon tu kat adik aku.Habis cerita.Adik aku cakap orang tu mungkin terperanjat kot bila dengar suara garau adik aku yang menjawabnya terus je dia letak telefon.Maaf lah...terpaksa.Siapa suruh cakap tak henti henti kan.


Kalaulah lelaki askar yang telefon aku tadi sekacak gambar dia atas, melepaskah aku?Jawabnya...TIDAK! Sebab aku tak suka lelaki kuat membebel.Saya tahu Kwon Sang Woo oppa tak kuat bebel kan.Hehe...

p/s : katakan tidak kepada lelaki kuat bebel.Sangat aneh tau...

Wednesday, 11 April 2012

Fakta Sebenar Lelaki ~ Bab Memasak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Jalan jalan ber'facebookwalking' (sesuka hati je bagi istilah) tadi terjumpalah satu artikel yang buat aku tergelak sorang sorang ni.Tergelak sebab ada sebahagian faktanya memang betul.Mungkin ada antara korang semua dah pernah baca kot.Yang belum pernah baca...mehhh sini.Baca ramai ramai sambil tersengeh sengeh gituu.Ini fakta sebenar lelaki yang berkaitan tentang bab masak memasak ni.Setujukah andaa? 
"Masakan terhebat abadd ini...telur goreng kurang minyak pasti memikat hati ibu mertua anda"

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari jerrrr.

• Lelaki kadang kadang memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yang kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

betul tak???



Memang tak dapat dinafikan yang chef chef handalan kebanyakannya memang terdiri daripada manusia yang berjantina lelaki.But...aku pernah baca dalam satu novel ni tapi tak ingat pulak tajuknyer apa tapi dalam novel tu ada cakap yang lelaki memang patutlah menjadi chef kat hotel hotel ternama sebab mana larat perempuan nak angkat periuk dan kuali besar besar dan berat berat gituu.Haa...setuju tak dengan kenyataan ini?

p/s :kalau dapat suami yang terrer masak konfem aku bole jadi belon udara panass.mengembangg...

Saturday, 17 March 2012

Lelaki & Payung Boleh Hilang Macho Ke?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dulu masa pergi sekolah kalau hujan aku mesti suruh adik aku pakai payung.Al-maklumlah aku dan adik aku kan naik kenderaan mesra alam sepanjang aku bersekolah dulu.So,kalau hujan ni cara untuk meredah hujan haruslah memakai payung.Sememangnya payung adalah sesuatu yang mesti ada dalam bakul basikal aku tu.


Adik lelaki aku ni kadang kadang agak liat jugaklah nak pakai payung.Bila aku suruh pakai dia mesti cakap "hujan tak lebat laa...renyai-renyai je...masih boleh ni redah kosong gitu"Padahal aku rasa bole lencun je kalau tak pakai payung ni pasal jarak rumah dengan sekolah aku tu bole tahan jauh jugak.Lima belas minit perjalanan.Kalau kayuh laju-laju bole la jimat lima minit.Lima minit je.


Kalau lelaki pakai payung ni bole hilang eh kemachoan beliau?Kenapa?Bole nampak ala-ala girlz ke?Ohh...saya tak setuju.Mungkin ada sesetengah lelaki lebih rela meredah hujan dan membiarkan setiap titis-titis hujan membasahi mereka baru nampak macho eh?Ohh...mereka sangat pelik oke.Hehe...Aku tak pernah langsung rasa lelaki yang pakai payung itu ala-ala girlz.Lagipun tak pernah pulak dinyatakan yang payung tu khas untuk perempuan je kan.Betul tak?
"Saya nampak cool dan stylo gitu memakai payung.Anda pula bila lagi?"

Setahu aku payung ni dah lama digunakan oleh lelaki pada zaman dedulu kala la.Nak tahu lebih lanjut rajin-rajinkan diri untuk tanya uncle google kesayangan aku tu.Dia tak pernah kedekut ilmu kot.Hehe.Emm...zaman sekarang ni mungkin ada pemikiran sesetengah lelaki ni lain macam sikit.Asal benda tu nampak ala-ala girly sikit takut nak pakai pasal nanti hilanglah kemachoan beliau.Bagi aku kalau kena dengan tempat dan situasinya tak salah kot.Mungkin...aku tak tahulah betul ke tak pendapat aku yang tiada cop master or phd ni.Hehe...
"Awak...jangan jual mahal.Tumpang je payung saya ni.Betul...payung ni saya punya laa"

p/s : tak hilang macho pun kalau pakai payung ni.Percayalah cakap aku ni.Tak percaya?Sudahh...

Saturday, 10 March 2012

Salah Jawab Ibu Negara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Teringat kisah dulu-dulu zaman aku tak berapa matang masa tingkatan satu.Dulu masa aku tingkatan satu aku shif petang a.k.a sesi petang laa.Sementara nak tunggu masuk kelas yang sedang digunakan oleh akak-akak dan abang-abang shif pagi kelas aku ditempatkan kat makmal.


Ada la satu hari tu cikgu suruh semua pelajar berdiri.Cikgu cakap kalau dapat jawab baru bole duduk.Dengan penuh rasa keterpaksaan aku pun memaksakan diriku ini untuk bangun.Muka masing-masing terpinga-pinga dan tertanya tanya soalan apakah yang harus dijawab untuk membolehkan kami semua duduk semula di kerusi kayu yang langsung tak empuk tuu.


"Siapa yang nak duduk tolong nyatakan ibu negara dan negaranya sekali.Kalau betul baru bole duduk" Lebih kurang macam tu lah dialog cikgu aku tu.Cehh...punya excited aku dah set kepala otak aku ni...Tokyo,Jepun takpun Seoul,Korea.Biasalah..peminat drama Korea dan Jepun kata kann.Aku bajet aku bole lah jawab.


Emm...sekali bebudak kelas aku ni lagi pantass tu.Diorang angkat tangan sepantas kilat untuk jawab soalan cikgu.Laju jer jawab..."Jakarta,Indonesia...Paris,Perancis..." Kawan aku pun memasing cuba nak tarik perhatian cikgu untuk jawab soalan.Tapi kan...bila aku dengar ada budak kelas aku cakap "Tokyo,Jepun...Seoul,Korea"...pergh otak aku sentap beb.Bukan hati sentap.Aku tak marah pun dyorang dapat jawab cuma otak aku ni ligat cuba nak cari jawapan yang lain.Aduhh...tak dapat duduk la aku macam ni.


Bila kebanyakan kawan-kawan aku dah dapat duduk aku terus teringat la cerita cina kat televisyen.Apa lagi aku terus angkat tangan tanpa berfikir panjang dan kebetulan cikgu memang pandang aku.Aku pun jawab la "Hong Kong,China"dengan penuh rasa konpident dalam hati dengan harapan dapatlah aku duduk.Lepas tu kan...lepas tu kan...tau cikgu aku cakap apa.
"Salah! Hong Kong lain China pun lain"

Kali ni baru hati aku sentap.Fuhh...malu la.Malu satu hal.Tak dapat duduk lagi.Nasib la aku hari tu.Padan muka aku.Terpengaruh sangat tengok television citer Cina.Main belasah jer Hong Kong tu ibu negara China.Iyalah...dah bahasa pun lebih kurang sama je.So,bila dah besar ni baru la aku tau China dan Hong Kong ni lain.
China
Ibu Negara : Beijing
Tembok Besar China
Hong Kong
Hong Kong adalah salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas (SARS) Republik Rakyat China (RRC)
Hong Kong skylines
Begitulah sedikit gambaran perbezaan kedua dua tempat ni.Memang pengajaran untuk aku la supaya berfikir panjang sebelum nak jawab sesuatu soalan.Tapi jangan risau.Aku tau ibu negara Malaysia ni Kuala Lumpur.Betul tak...?Masing masing cakap 'pandainyer'...hehe

p/s : Malaysia di hatikuu...

Saturday, 25 February 2012

Pak Cik,Bukan Duit Palsu Laa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Duit palsu?Bukan aku laa.Duit yang aku guna ialah duit yang asli lagi real dan tak boleh dinafikan lagi.Cehhh...Alkisah bermula bila aku dan kakak aku keluar atas satu tujuan yang suci lagi menyucikan.Kami nak pergi somewhere laa.Macam biasa kami akan tunggu bas la.Yaa...aku ialah pengguna kenderaan awam yang sejati ala-ala lagu kumpulan Wings kerana aku kan seorang pencinta alam.Dengan menggunakan kenderaan awam dapatlah kita mengurangkan kadar karbon monoksida yang boleh menjejaskankan kualiti udara yang kita hirup di muka bumi Allah yang indah ini.(stoppp ayat skema nak jawab soalan periksa!)Maaf..melalut sekejap tapi itu satu fakta bukan?Aku tahu korang tengah angguk kepala ala ala pelakon cerita hindustan kan sekarang?Baik mengaku yang korang minat Shah Rukh Khan.Hehe...


Bila kita nak naik bas ni of course lah kena ada duit kecil kan.Dalam dompet pink aku tu tak de duit kecik.Yang ada cuma RM50 je.So,sebelum menunggu bas dengan penuh kesabaran dan kesusilaan yang tidak berbelah bahagi aku dan kakak aku pun menuju ke sebuah kedai buku untuk memecahkan duit RM50 itu.Lepas je kakak aku pilih buku yang amat sesuai dengan keadaan dia ketika itu manakala aku yang gila komik ni beli sebuah novel grafik.Then,aku pun menuju ke kaunter untuk membayarnya.Pak cik kedai tu pun mula mengira.
"Semuanya RM.....ringgit sen Malaysia"
(gambar ni sedikit over.pak cik tu tak macam ni pun)

Aku pun memang dah ready dengan duit untuk aku bayar.Aku pun bagi dengan penuh keikhlasan di sanubariku ini.Bagi dengan tangan kanan tu.Bukan dengan kaki kanan tau.
"Nahh pak cik.Duit halal ni.Bagi discount boleh?"
(dialog ni hanya rekaan semata-mata.aku tak tak cakap apa-apa pun)

Bila pak cik tu ambil je duit itu dia tak terus simpan dalam laci pun.Dia tenung duit RM50 aku tu.Then,dia pergi angkat duit tu tinggi-tinggi (tak tinggi sangat pun).Tujuannya dia nak periksa duit aku tu duit asli atau duit palsu.Aku agak terkesima la jugak.Dan yaa...aku rasa sungguh terhina ketika itu.Hehe...
"Ada yang tak kena ke dengan duit saya tu?Saya bukan pencetak wang palsu tegar.Harap maklum. Terima kasih"
(cakap dalam hati je)

Be positive.Ye lah.Aku faham.Pak cik tu takut ada penipuan berlaku nanti dia rugi pulak.Tapi,lawak pulak bila melihat reaksi pak cik tu.Tak pe la.Saya pengguna yang memahami but pak cik kena ingat...'Customers Always Right'.Opss...apa kaitannya.

Inilah majalah yang kakak aku pilih.Pa & Ma.Comel kan budak cover majalah tu.Kalau dah baca majalah ni korang faham-faham lah.Kakak aku kini berbadan dua.Tak sabar rasanya nak dapat anak sedare buat kali pertama (Bayi...cepat-cepat keluar ye)Haha...

Itu je kisahnya...adventure tak?Aku tahu korang tengah geleng kepala kan...

p/s : Aku nak bagi nama anak saudara aku ni Lee Min Ho.Tapi tak boleh.Sebab nama bapak dia bukan Lee.Hehe...Any suggestion?Oke.Takde kann...

Saturday, 18 February 2012

Tentang Deja Vu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sejak akhir-akhir ni mood aku nak update ni kejap ada kejap takde.Entahlah...mood aku ni suka keluar merayau sampai susah sangat aku nak panggil balik untuk update blog ni.Ni pun dah jenuh pujuk supaya mood datang balik.Mood dah ada baru jari jemari ni aktif sikit nak membalun keyboard untuk menaip.Emm....entri kali ni panjang lebar sikit


Deja Vu.Tahu ke Deja Vu tu apa?Istilah Deja Vu ni berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud "sudah melihat/pernah mengalami".Lebih kurang 70% orang pernah mengalaminya sekali seumur hidup.Contohnya macam pernah tak kita semua mempunyai pengalaman di mana kita berada di tempat yang baru, namun merasakan seolah-olah kita sudah berada di situ sebelum ni? Pernah tak kita bertemu dengan seseorang buat kali pertama, tetapi kita mempunyai perasaan bahawa kita telah bertemu dengan orang tu sebelum ini?Atau kita berada dalam situasi yang sama sekali baru, namun kita rasa itu adalah biasa.Emm...pengalaman macam tu lah yang kita panggil sebagai Deja Vu.Lebih kurang macam seolah-olah kita dah tahu apa yang orang tu nak cakap kat kita
"Awak nak ajak saya pergi karaoke lagu Isabella kan?"
"Err...mana tau nih" (sambil buat muka blurr)

Kat sini aku nak senaraikan beberapa penjelasan untuk pengalaman Deja Vu:

1. Kita mungkin pernah melihat gambar-gambar tempat pada masa lalu.


2. Kita mungkin telah membaca tentang suatu tempat tertentu atau keadaan,malah bertahun-tahun lalu, dan apabila kita berada di tempat itu atau dalam keadaan yang serupa kita berasa seolah-olah kita telah pun mengalami perkara yang sama sebelum ini.


3. Kita mungkin telah melihat tempat atau keadaan atau sesuatu yang serupa di dalam mimpi kita dan kini ia kelihatan biasa.


5. Deja Vu juga boleh tercetus melalui lima pancaindera kita. Ia boleh menjadi bau,rasa makanan, hiasan, kombinasi warna, nada suara, bunyi latar belakang atau apa-apa sahaja yang mencetuskan kenangan lama.Kita mungkin tidak sedar/ingat keadaan asal yang membawa memori itu, tetapi kita masih ingat setelah mengalaminya dan kita mengaitkannya dengan perkara yang berlaku sekarang ni.


6. Penglihatan, pakaian atau cara bercakap orang atau orang-orang yang ada bersama, mungkin mengingatkan kita tentang seseorang yang pernah kita bertemu pada masa lalu.
"Ehh...aku macam dapat rasakan tahi burung akan jatuh menimpa diriku ini sekejap lagi"

Sebenarnya ada jugak yang mengatakan bahawa Deja Vu ini hanyalah perasaan biasa yang disebabkan oleh keadaan otak dan faktor-faktor neurochemical.Mungkin ada lebih banyak sebab dan penjelasan untuk mengalami Deja Vu.Minda adalah enjin berkuasa yang mencipta semua jenis pengalaman, dan hanya segelintir orang yang ingin tahu dengan lebih mendalam akan cuba menyiasat dan cuba memahami.

Kawan aku dulu pernah cakap yang dia kengkonon pernah rasa Deja Vu tu.Masa tu aku tiru kerja matematik kawan aku (hah...kantoi tak reti matematik).Dia cakap dia boleh tahu yang aku akan pinjam pemadam dia masa aku tengah tiru kerja matematik tu.Aku agak terkesima lah mendengar bakat beliau yang luar biasa itu.

p/s : Aku pernah ber-Deja Vu yang Anuar Zain nak datang meminang aku.Aku ingat tu Deja Vu rupa-rupanya aku berangan jer.Sebab perkara tu mustahil berlaku...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}