Saturday 31 March 2012

Taekwondo Tak Black Belt Pun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Tadi tergerak aku nak belek belek album gambar aku.Then,terjumpa lah babak babak penuh aksi aku masa belajar taekwondo dulu (aksi la sangat kann?) Mula lah aku terimbau kenangan kenangan dahulu kala.Cehh...ingat kau tinggal zaman Hang Tuah ke?Bagi aku zaman sekarang ni memang penting untuk perempuan belaja seni mempertahankan diri untuk mengelak daripada lelaki lelaki hidung belang yang mengganggu ketenteraman hidup para gadis ayu ni.Cuba para lelaki cek hidung masing masing.Tak de belang belang?Maknanya lelaki baik la tu.Hehe...(jangan percaya statement ini!)
(Semasa menumpaskan musuh,muka haruslah control cunn jugaa)

Aku pernah belajar taekwondo masa aku sekolah dulu.Mula belajar daripada tingkatan tiga sampai tingkatan empat je.Masuk tingkatan lima aku berhenti pasal nak focus pada SPM.Cehh...bajet budak baguss kan?Hehe...Sebenarnya bukan.Lebih kepada masalah kewangan masa tu.Yelah...kalau korang nak tau yuran taekwondo ni mahal la jugak.Ni dekat sekolah tu dah kira murah la.Belajar seminggu sekali je pulak tu.Bayar untuk kenaikan tali pinggang atau dipanggil grading pun mahal pasal nak dapatkan sijil pengiktirafan naik pangkat la kengkononnya.


Mana aku nak cekau duit banyak banyak?Masa tingkatan lima kan banyak benda nak kena bayar.Kelas tambahan lah,kertas latihan lah itu belum lagi cikgu suruh beli buku latihan khas lagi.So,demi SPM aku sanggup berkorban tak sambung belajar taekwondo pasal tak nak bebankan mak aku nak bayar banyak banyak.Amacam?Terharu tak dengan pengorbanan aku yang tulus suci lagi mulus ni?Haa...korang tengah cari tisu kan sekarang?Hehe...


Secara ringkasnya taekwondo ni berasal daripada Korea.Yang aku tau masa aku belajar dulu teacher aku cakap ada 10 peringkat tali pinggang.Aku belajar sampai peringkat ke-enam je.Tak merasa nak dapat tali pinggang hitam.Tak pe lah.Dah tak de rezeki kan.Sampai tali pinggang biru pun oke laa.

Nak ikat tali pinggang ni ada caranya tau.Bukan main hentam je.Dulu jenuh jugak lah aku belajar cara ikatan yang betul.Kalau fed-up sangat aku suruh kawan aku tolong ikatkan je.Ni la step step nak ikat tali pinggang taekwondo yang betul.Ada yang nak belaja ke?Silakann...
Baju taekwondo ni bole tahan mahalnya.Seingat aku masa aku beli harganya RM65! Mahal tu.Sekarang ni baju tu jadi penghuni almari baju aku je.Tak pernah pun pakai lagi sejak tak belaja taekwondo ni.Terfikir jugak nak jadikan baju taekwondo tu baju tidur.APA! Baju tidur harga RM65! Hehe...idea giler je tu.Tak sampai hati nak buat baju tidur pun.
Ni la sijil terakhir kenaikan tali pinggang aku

Aku ada beli buku teknik teknik dalam taekwondo ni.Istilahnya ialah Taek Ge Uk.Alaa kalau silat kita panggil 'bunga bunga silat'Lebih kurang macam tu la maksudnya.Tapi buku tu ada kat kawan baik kesayangan aku tu.Tak pe la.Ada masa kita ulangkaji ye Qirin.Hehe...
Ni masa first time nak ambil ujian.Masih tali pinggang putih je

Terfikir jugak aku entah bila dapat sambung belaja sampai black belt.Ye lah...bole belaja patah patahkan tangan dan kaki orang lain.Hehe...Gurau je.Belaja patah patahkan papan je laa.

p/s : sekarang ni skill aku dah tumpul pasal tak pernah berlatih lagi

Friday 30 March 2012

Rahsia Rukun Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Salam Jumaat kepada semua khalifah Allah yang masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah yang indah ini.Info Islamik kali ni aku nak berkongsi tentang rahsia rukun solat.Setiap rukun solat yang kita lakukan itu ada maksud yang tersirat disebaliknya.


1.Niat
   Memelihara taubat kita dari dunia hingga akhirat


2.Berdiri Betul
   Meluaskan kubur ketika mati


3.Takbiratul Ihram
   Sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur


4.Faatihah
   Sebagai pakaian cantik di dalam kubur


5.Rukuk
   Sebagai tikar kita di dalam kubur


6.Iktidal
   Mendapat minuman air dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur


7.Sujud
   Memagari kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim


8.Duduk Antara Dua Sujud
   Menaungi panji-panji Nabi di dalam kubur


9.Duduk Antara Dua Sujud (Akhir)
   Menjadi kenderaan kita ketika di Padang Mahsyar


10.Tahiyat Akhir
   Sebagai penjawab  setiap soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur


11.Selawat Nabi
   Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur


12.Salam
   Memelihara kita di dalam kubur


13.Tertib
   Pertemuan kita dengan Allah S.W.T

Saturday 24 March 2012

Tafsiran Tentang Gaya Tidur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Tidur a.k.a zzz...Siapa yang tak suka tidur?Tidur ni salah satu cara untuk merehatkan diri dan mental kita bila dah rasa penat sangat.Tidur itu satu nikmat.Bayangkan lah kalau nikmat tidur kita ini ditarik.Fuhh...bole kena insomnia a.k.a penyakit susah nak tidur tuu.Bila tengah malam mata masih terkebil-kebil.Rasa jealous pulak bila tengok orang sebelah kita tidur nyenyak je.Siap berdengkur pulak tuu.
"Ambooi...sedapnya dia tidur kat bahu aku.Ambil gambar buat header blog aku baru tau"

Bila dah tidur tu macam macam fesyen tidur kita bole nampak.Alaa...korang mengendap je la bila akak/abang/adik korang tengah tidur.Gaya pelik pelik kita bole nampak.Kadang kadang rasa macam nak ambil gambar dan upload kat Facebook.Pergh...kau memang jahat! Hehe...(aku tak senakal itu oke) 

Ada 6 jenis gaya tidur yang bole ditafsirkan.Hah...agak agak gaya tidur korang yang mana satu?
1. GAYA BAYI ~ Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.
2. GAYA TIDUR MATI ~ Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.
3. GAYA TIDUR MENGIRING ~ Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.
4. GAYA TENTERA ~ Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.
5. GAYA TIDUR BEBAS ~ Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.
6. GAYA TAPAK SULAIMAN ~ Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Aku...?Sudah semestinya gaya tidur aku adalah yang nombor satu.Yeah...saya sangat innocent seperti bayi.hehe :)

p/s : tidur waktu malam bila waktu hujan turun tanpa guruh bole buat aku lambat bangun pagi

Friday 23 March 2012

Doa Hilangkan Marah , Hadapi Orang Marah & Jauhkan Permusuhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Manusia itu tidak pernah sempurna maka tentunya setiap daripada kita tidak pernah lepas daripada perasaan marah.Amarah itu mainan syaitan.Bila kita berada dalam keadaan marah itulah antara keadaan di mana syaitan dengan mudahnya akan membisik dan mempengaruhi kita dalam membuat keputusan.Sebab itulah kita sebolehnya jangan membuat keputusan dalam keadaan marah kerana ketika itu akal kita tak dapat berfikir secara rasional kerana terlalu terpengaruh dengan emosi marah tadi.


Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :


a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita.Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.



b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah,banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur.Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur



i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. 


Doa Menghilangkan Rasa Marah :

Ertinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :
La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.

Ertinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

Doa Menjauhkan Permusuhan :
Ertinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan bermaharajalela atasku,wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.” 

Saturday 17 March 2012

Lelaki & Payung Boleh Hilang Macho Ke?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dulu masa pergi sekolah kalau hujan aku mesti suruh adik aku pakai payung.Al-maklumlah aku dan adik aku kan naik kenderaan mesra alam sepanjang aku bersekolah dulu.So,kalau hujan ni cara untuk meredah hujan haruslah memakai payung.Sememangnya payung adalah sesuatu yang mesti ada dalam bakul basikal aku tu.


Adik lelaki aku ni kadang kadang agak liat jugaklah nak pakai payung.Bila aku suruh pakai dia mesti cakap "hujan tak lebat laa...renyai-renyai je...masih boleh ni redah kosong gitu"Padahal aku rasa bole lencun je kalau tak pakai payung ni pasal jarak rumah dengan sekolah aku tu bole tahan jauh jugak.Lima belas minit perjalanan.Kalau kayuh laju-laju bole la jimat lima minit.Lima minit je.


Kalau lelaki pakai payung ni bole hilang eh kemachoan beliau?Kenapa?Bole nampak ala-ala girlz ke?Ohh...saya tak setuju.Mungkin ada sesetengah lelaki lebih rela meredah hujan dan membiarkan setiap titis-titis hujan membasahi mereka baru nampak macho eh?Ohh...mereka sangat pelik oke.Hehe...Aku tak pernah langsung rasa lelaki yang pakai payung itu ala-ala girlz.Lagipun tak pernah pulak dinyatakan yang payung tu khas untuk perempuan je kan.Betul tak?
"Saya nampak cool dan stylo gitu memakai payung.Anda pula bila lagi?"

Setahu aku payung ni dah lama digunakan oleh lelaki pada zaman dedulu kala la.Nak tahu lebih lanjut rajin-rajinkan diri untuk tanya uncle google kesayangan aku tu.Dia tak pernah kedekut ilmu kot.Hehe.Emm...zaman sekarang ni mungkin ada pemikiran sesetengah lelaki ni lain macam sikit.Asal benda tu nampak ala-ala girly sikit takut nak pakai pasal nanti hilanglah kemachoan beliau.Bagi aku kalau kena dengan tempat dan situasinya tak salah kot.Mungkin...aku tak tahulah betul ke tak pendapat aku yang tiada cop master or phd ni.Hehe...
"Awak...jangan jual mahal.Tumpang je payung saya ni.Betul...payung ni saya punya laa"

p/s : tak hilang macho pun kalau pakai payung ni.Percayalah cakap aku ni.Tak percaya?Sudahh...

Friday 16 March 2012

Tanda-Tanda Hati Yang Mati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entri info islamik untuk hari Jumaat yang penuh keberkatan ini aku nak share pasal HATI.Bukan hati ayam dan bukan hati lembu tetapi HATI MANUSIA.Hati adalah sejenis ketulan darah yang menjadi tempat bermulanya akhlak kita.Bila hati kita baik InsyaAllah akhlak kita juga mesti baik.Di sini aku nak senaraikan tanda-tanda hati yang mati.So,adakah hati kita ini sihat atau tidak?


~ Kita mengaku yang kita kenal Allah, tapi kita tidak tunaikan hak-hakNya.
Kita Cinta kepada Rasulullah, tapi kita mengabaikan sunnah-sunnah baginda
Kita baca Al-Quran, tapi kita tidak beramal dengannya
Kita guna Nikmat Allah, tapi kita buat bodoh je, tak bersyukur pun
Kita mengaku yang Syaitan itu musuh, tapi dengan syaitan juga yang kita kawan
Kita tahu Syurga itu ada, tapi kita tidak berusaha untuk mendapatkannya
Kita mengaku adanya seksa Neraka, tapi kita tidak berusaha untuk menjauhinya
Kita mengakui yang kita pasti akan mati, tapi kita tidak bersedia lagi untuk mati
Kita sibuk mengaibkan orang lain, tapi kita lupa yang kita pun ada aibnya jugak
Kita pergi mengiringi jenazah ke kubur, tapi kita tak ambil pun iktibar daripadanya.


Aku juga bukan manusia yang sempurna dan sudah tentu aku juga ada tanda-tanda ini.Aku juga masih berusaha memperbaiki hati agar hati aku ini tidak leka dan lalai daripada mengingati Allah.InsyaAllah...Aminn.

Saturday 10 March 2012

Salah Jawab Ibu Negara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Teringat kisah dulu-dulu zaman aku tak berapa matang masa tingkatan satu.Dulu masa aku tingkatan satu aku shif petang a.k.a sesi petang laa.Sementara nak tunggu masuk kelas yang sedang digunakan oleh akak-akak dan abang-abang shif pagi kelas aku ditempatkan kat makmal.


Ada la satu hari tu cikgu suruh semua pelajar berdiri.Cikgu cakap kalau dapat jawab baru bole duduk.Dengan penuh rasa keterpaksaan aku pun memaksakan diriku ini untuk bangun.Muka masing-masing terpinga-pinga dan tertanya tanya soalan apakah yang harus dijawab untuk membolehkan kami semua duduk semula di kerusi kayu yang langsung tak empuk tuu.


"Siapa yang nak duduk tolong nyatakan ibu negara dan negaranya sekali.Kalau betul baru bole duduk" Lebih kurang macam tu lah dialog cikgu aku tu.Cehh...punya excited aku dah set kepala otak aku ni...Tokyo,Jepun takpun Seoul,Korea.Biasalah..peminat drama Korea dan Jepun kata kann.Aku bajet aku bole lah jawab.


Emm...sekali bebudak kelas aku ni lagi pantass tu.Diorang angkat tangan sepantas kilat untuk jawab soalan cikgu.Laju jer jawab..."Jakarta,Indonesia...Paris,Perancis..." Kawan aku pun memasing cuba nak tarik perhatian cikgu untuk jawab soalan.Tapi kan...bila aku dengar ada budak kelas aku cakap "Tokyo,Jepun...Seoul,Korea"...pergh otak aku sentap beb.Bukan hati sentap.Aku tak marah pun dyorang dapat jawab cuma otak aku ni ligat cuba nak cari jawapan yang lain.Aduhh...tak dapat duduk la aku macam ni.


Bila kebanyakan kawan-kawan aku dah dapat duduk aku terus teringat la cerita cina kat televisyen.Apa lagi aku terus angkat tangan tanpa berfikir panjang dan kebetulan cikgu memang pandang aku.Aku pun jawab la "Hong Kong,China"dengan penuh rasa konpident dalam hati dengan harapan dapatlah aku duduk.Lepas tu kan...lepas tu kan...tau cikgu aku cakap apa.
"Salah! Hong Kong lain China pun lain"

Kali ni baru hati aku sentap.Fuhh...malu la.Malu satu hal.Tak dapat duduk lagi.Nasib la aku hari tu.Padan muka aku.Terpengaruh sangat tengok television citer Cina.Main belasah jer Hong Kong tu ibu negara China.Iyalah...dah bahasa pun lebih kurang sama je.So,bila dah besar ni baru la aku tau China dan Hong Kong ni lain.
China
Ibu Negara : Beijing
Tembok Besar China
Hong Kong
Hong Kong adalah salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas (SARS) Republik Rakyat China (RRC)
Hong Kong skylines
Begitulah sedikit gambaran perbezaan kedua dua tempat ni.Memang pengajaran untuk aku la supaya berfikir panjang sebelum nak jawab sesuatu soalan.Tapi jangan risau.Aku tau ibu negara Malaysia ni Kuala Lumpur.Betul tak...?Masing masing cakap 'pandainyer'...hehe

p/s : Malaysia di hatikuu...

Friday 9 March 2012

Niatlah Yang Baik Pada Setiap Basuhan Wuduk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entri info Islamik kali ini ialah mengenai wuduk.Setiap kali kita mengambil wuduk,apa yang terlintas dalam kepala kita waktu itu?Kadang-kadang fikiran kita melayang entah ke mana-mana.Kadang-kadang kita berdiam kosong sahaja.So,kali ini aku nak share niat yang baik-baik ketika setiap basuhan wuduk yang boleh kita amalkan.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Saturday 3 March 2012

Mike Lewis dan Aku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hari ni entri santai-santai yang sengaja aku taip untuk mengabadikan rasa hati ini.Ececehh... (tak habis-habis kau ni) Amacam tajuk entri aku tu?Macamlah gempak sangat kan.Siapa Mike Lewis tu?Kalau korang nak tahu Mike Lewis tu dengan aku sebenarnya...err...kitaorang sebenarnya...err...tak ada apa-apa hubungan pun.Hehe...


Bagi sesiapa yang mengikuti sinetron Cinta Fitri yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.30pm di tv9 pastilah sudah dapat mengecam siapa jejaka hangat ini.Hangat ke?Entahhlah...Okey,aku ringkaskan jalan cerita aku ni masa aku bertwitter semalam punyalah bosan sesaja aku tergerak nak tengok twitter artis-artis Indonesia ni.
"Bosan pulak.Nak cari twitter si Edo laa"


Then,kebetulan aku masa tu baru jer habis tengok cerita Cinta Fitri tu yang tangan aku menggatal nak try cari twitter Mike Lewis a.k.a Edo Tanaya dalam Cinta Fitri tu.Apa lagi bila dah jumpa tangan aku pun mengambil kesempatan nak menghantar tweet kat dia tu.
(amacam...lenggok ayat aku?penuh kesopanan kan.hehe)

And guess what?Haah...Jeng jeng jeng...Dia balas tu.Wahhh berbunga bunga taman hatiku ini berkembang mekar.Betul ni.Tak tipu.
(dia balass...weeehehe)

Dia balas dalam bahasa Indonesia tu.Penat jer aku susun ayat speaking english.Bukan apa,masa aku tengok profile twitter dia semuanya dia speaking english.Tu yang aku pun ikut speaking english sekali.Kang aku speaking jawa dia tak faham pulak.hehe.

Inilah Mike Lewis.Amacam?Hahh..yang perempuan tu mengaku je la yang korang pun cairr kan?Yang lelaki tu...elehh jeleskan dengan Mike ni?Geleng kepala pulak...

p/s : emm...tapi kan,emm...dia dah kahwin laa.Patah hatiku sekejapp.Sekejap je.

Friday 2 March 2012

Doa Ketika Sedih / Berdukacita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hidup kita ni sememangnya berselang seli antara suka dan duka.Manusia ni makhluk yang lemah.Hatinya begitu rapuh kalau tiada kekuatan iman di dalam dirinya untuk memaksanya supaya terus kuat dan tabah untuk meniti hari-hari yang mendatang ni.


Tetapi ingatlah.Allah itu sentiasa ada bersama hamba-hambanya.DIA tahu setiap saat yang kita lalui.Sebab itu lah dengan mengingati Allah sahajalah hati kita boleh jadi setenang tenangnya.
Ini adalah doa yang boleh kita baca ketika saat sedih atau berdukacita untuk memberi kekuatan dalam diri kita 

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}