Showing posts with label Kisah Hati. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hati. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

Denda Tulis 200 Kali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entri kali ni sesaje aku nak mengimbas kembali saat riang ria- duka lara zaman persekolahan aku dedulu tuu.Aku ni nampak je macam innocent padahal memang innocent pun.Hehe...Ni nak story kisah aku kena denda.Siapa yang tak pernah denda masa zaman sekolah dulu?Cehh...tipu la tu kata tak pernah.Ke...korang memang budak skema?Bagus lah kalau tak pernah kena denda.


Nak tahu atas kesalahan apa aku dikenakan denda.Ponteng Sekolah! Haha...Dalam kes aku ni sebenarnya lebih kepada salah faham.Salah faham apa?Mehh sini nak cerita panjang lebar.Masa tu aku tingkatan satu sesi petang maka aku sekolah agama sesi pagi la.Al-kisah aku tak datang sekolah adalah disebabkan pada ketika itu sekolah menengah cuti Tahun Baru Cina.Aku yang innocent ni pun berfikir secara tidak mendalam dan mengambil keputusan mudah iaitu tak datang sekolah agama sebab aku fikir bila sekolah menengah cuti mestilah sekolah agama pun cuti sekali.


Pendapat dan fikiran aku turut disokong oleh my best friend,Qirin kerana kami memang sehati dan sejiwa gituu.Maka kami berjanji untuk sehidup semati...ehh bukan...berjanji untuk tak datang sekolah agama dengan beranggapan sudah pastilah sekolah agama turut cuti disebabkan cuti Tahun Baru Cina.And...guess what?Yaa...actually hari tu sekolah agama tidak mengambil cuti Tahun Baru Cina itu pun.


Aku yang tidak bernasib baik ni ketinggalan untuk mengetahui info bahawa sekolah agama tetap berjalan seperti biasa.Sebab apa aku ketinggalan?Kawasan tempat tinggal aku tu takde pun kelibat bebudak lalu lalang nak pergi sekolah.Kawasan tempat tinggal aku ni jarang ada bebudak sekolah.Qirin sahabat karibku itu sangat bernasib baik kerana kawasan tempat tinggalnya dengan mudahnya dapat melihat bebudak pergi-balik sekolah.So,sahabatku ini pun pergi sekolah agama tanpa memberitahu aku...*sobs...sobs* :(


Cikgu sekolah agama aku ketika itu agak tegas or senang cerita garang la jugak.Tapi kekadang tu lawak juga lagi lagi kalau mengajar subjek Munakahat(ehh...dah lari topik pulak!) Bila aku datang sekolah agama esoknya apa lagi cikgu aku suruh mereka-mereka yang tak hadir semalam berdiri.Maka bermulalah sesi temuramah yang tak ramah untuk menjelaskan secara terperinci sebab-sebab ketidakhadiran ke sekolah.Malangnya aku memang tiada hujah yang bernas dan kukuh untuk menjawab pertanyaan cikgu aku tu.


"Kenapa awak tak datang semalam?"Aku pun dengan selamba badak (apa kaitan badak dengan selamba?) pun jawab "Saya ingat bila sekolah menengah cuti, sekolah agama pun cuti.Sebab tu saya tak datang".Nampaknya cikgu memang tak puas hati dengan jawapan aku yang dianggapnya tidak masuk akal dan terus membalas dengan tegas "Awak ingat sekolah agama pun nak sambut Raya Cina jugak ke?"
"maafkan saya cikgu"

Aku hanya mampu menunduk lesu membisu dan hanya membiarkan rakan rakan sekelas yang lain mentertawakan aku.Hehe...part ni aku tipuu je.Rakan-rakan sekelas aku masa tu masing-masing diam je.Kawan aku Qirin yang duduk kat sebelah aku tu memandang aku dengan muka penuh rasa kesian dan rasa bersalah sebab tak bagitau aku.Aku tak salahkan dia pun sebab zaman tu aku mana ada handphone so macammana la dia nak bagitau aku.


Cikgu aku akhirnya memutuskan untuk mengenakan denda terhadap kami-kami yang ponteng ni dengan denda yang agak kejamm...hehe tak kejamm pun iaitu tulis di dalam kertas kajang dalam tulisan jawi kenyataan berikut "Saya Berjanji Tidak Akan Ponteng Sekolah Lagi" sebanyak 200 kali! Esok wajib hantar! Aku hanya mampu pasrah pada takdir akan hukuman tersebut.Tak pe...Jadikan pengajaran.
"Pasrah dan Redha dengan denda yang dikenakan...bak kata Lisa Surihani dalam Ombak Rindu"

So,start selepas je balik sekolah agama sampailah nak balik dari sekolah menengah aku terus menulis denda aku tu sampai siap.Asal ada masa terluang je aku buat.Yelah...200 kali tu bukan sikit.Banyak tuu.Kalau tak siap aku jugak yang kena.But...Alhamdulillah.Aku berjaya siapkan dan hantar kepada cikgu aku tu dengan jayanya.


Itu antara denda yang paling aku ingat lah.Kadang-kadang aku terfikir jugak kenapalah aku tak simpan denda yang aku tulis tu.Boleh aku simpan buat kenangan.Hehe...


p/s : jangan suka-suka ponteng sekolah ye!

Saturday, 31 December 2011

Last for 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


31 Disember 2011...bakal mengundurkan dirinya untuk memberi laluan kepada 1 Januari 2012.Bila nak masuk tahun baru ni...biasalah...bermacam-macam seribu satu azam yang mula bermain dalam kepala untuk direalisasikan.


Tapi...sejauh mana setiap azam tu dapat tercapai.Lihat sahajalah azam tahun 2011.Mesti ada juga azam yang masih belum tertunai.Tidak mengapa...usaha itu lif kejayaan. (zaman sekarang dah moden).Kita boleh forwardkan ...hehe.


Aku pulak nak tinggalkan segala duka-pilu-pahit-sembilu aku pada tahun ni.Tak dinafikan setiap  yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Memang dugaan yang pahit bila kau tak dapat mengikut flow kehidupan seperti orang lain.Life aku tiba-tiba bengkang-bengkok-sudut maut bila nak ujung-ujung tahun ni.Sejujurnya...aku rasa sangat perit.


Well...azam baru aku tahun 2012.?Tak de pulak aku nak list berjela-jela.Yang penting aku nak kehidupan yang sentiasa diberkati Allah,upgradekan diri aku sendiri dan buat family aku bahagia selalu even buat masa ni aku rasa payah sangat.Aku percaya...Allah is the best planner.Aku kena sentiasa berdoa dan bertawakal.Aku tahu...nasib aku tak sebaik dan selancar kawan-kawan aku.Tapi tak apalah.Letak tangan kat dada dan cakap..."All is Well" (ceh...tetiba masuk scene 3 Idiots pulak!)


Okey...Happy New Year 2012 for all of you.May Allah bless us.Aminn...
Saya menjemput tahun 2012 dengan senyuman yang mesra dan menawan gituu...

p/s : Jadilah orang yang berkebolehan...maka kejayaan akan mengejarmu-3 Idiots (motivasi diri sendiri)

Monday, 5 December 2011

Bila Orang Salah Anggap

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hari ni aku keluar dengan my lovely mummy and my two little brothers
Okeyh...jalan-jalan kat bandar jap
Lagipun cuma hari Isnin sahaja hari off day untuk mak aku


Apa yang aku nak taip ni ialah bila orang salah anggap
Salah anggap apa?
Masa aku melintasi sebuah kedai
Aku ada dengar seorang bro ni cakap


"kecik-kecik dah bercinta"


Aku pandang belakang.
Aku tahu bro tu menujukan kata-kata tersebut kepada aku
Kenapa dia cakap macam tu?
Sebab aku jalan sambil pegang tangan adik kandung aku tu
Diulangi...ADIK KANDUNG AKU...
So...kiranya bro tu dah salah anggap la
Dah terang-terang mak aku jalan depan aku
Walaupun jarak agak jauh


Please...lah...
Jangan nilai orang sesuka hati
Tak pasal-pasal bro tu dah berdosa ngan aku
Adik aku sorang lagi yang jalan belakang aku tu kata muka bro tu masa cakap amatlah menjengkelkan
Adik aku tu cakap nak jek dia SOUND bro tuu
"itu adik beradik laa"
That my little brother...huh (gaya kengkonon aku nak sound)

Mak aku pun cakap ikutkan hati nak jugak sound
Tapi aku yang sesuci embun pagi ni tak naklah panjangkan cerita
Diulangi...kami adik beradik!

Aku memang rapat ngan adik beradik aku
Biasanya aku memang suka buli diorang
Yup...memang salah satu hobi aku...hehehe (gelak jahat)


Tapi..itulah cara aku sayang dyorang
Aku mesti rasa nak buli...
My sis pun kena buli...
Aku buli-buli sayang taw...hehe


p/s : Aku kakak yang otaii...ini fakta!

Monday, 17 October 2011

Takdir Merealitikan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Terciptanya-terjadinya pasti ada sebab
Sesetengahnya buat kau suka
Separuhnya buat kau pilu
Bukankah…itu kesamarataan
Kau setuju…?

Kesabaran-keredhaan…
Terlalu sukar kalau kau tak berjuang
Kau ada bala tentera
Kau ada panglima
Namun…tetap tewas
Mengapa…?
Aku tau…
Kau manusia biasa…aku betul kan?

Takdir itu satu suratan
Hanya bila kau mahu berubah
Maka…ia akan berubah
Apa kau ingat…
Belum cuba sudah tewas?
Sila lihat apa yang kau pertaruhkan
Jangan ego mengaku realiti

Kau masih terkapai-kapai mencari makna

Bila kau terus cuba dan terus cuba dan terus cuba
Yang kau jumpa
Tiada apa-apa…kosong
Tanda tanya itu
Buat kau tegas mengukir  jawapan
Demi itu…kau cipta takdir sendiri
Tetapi…kau masih tersungkur

Cukuplah…
Aku letih…
Biarkan aku sambung bermimpi
Sebentar…bukan lama
Aku tahu…
Takdir terus merealitikan aku



p/s : Sangat seronok dapat tidur dengan lena tanpa gangguan...memang bestt (^_^)

Saturday, 15 October 2011

Kefahamankah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Kenapa nak faham kalau kau tak faham-faham-faham lagi.Mungkin satu hari kau sendiri akan dibaham.Dibaham oleh diri sendiri.Bila aku sendiri cuba meminta orang lain memahami aku,ternyata sesukar kau mengajar kucing kau supaya berkokok seperti ayam jantan.Memang mustahil!

Aku jadi takut bila aku dihukum hanya kerana kesalahan insan yang bernama manusia yang sememangnya tidak sempurna.Aku berterus-terang.Aku dan tentunya anda semua pasti benci jika diPAKSA.Hati jadi sakit.Bukan aku berdegil.Cuma aku takut bila aku rela…tak ada siapa dapat tarik aku semula.Keras kepala ke aku ni?Tak apa…aku dah biasa dengan kritikan itu.

Kau masih cuba buat-buat faham situasi aku.Tapi…kau masih salah dalam menilai aku.Maaf…aku tidak sama dengan dia.Sila kau biarkan aku dengan jalan hidupku.Jangan risau.Kaabah itu kiblatku…aku masih menadah tangan meminta diberi NUR.Permudahkan segala yang sukar.

Jadi…aku berharap kau faham.Memang susah ke nak faham?Masih tak faham?Tak faham-faham lagi?Baiklah…teruslah berimaginasi.Cuma…jangan kau tukar fahaman yang salah itu sudah cukup baik yang kau faham.Faham mana yang benar dan salah.Okey,berhenti di sini…kau jangan buat aku jadi kurang faham lagi.Noktah tiga kali.



p/s : Sejak akhir-akhir ni semakin sukar untuk aku buat keputusan.Asyik rasa tersepit je...

Sunday, 18 September 2011

The Final is only MY DECISION

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Genap 2 minggu...
Well...
Fikiran dah habis masak memikirkannya
Pepatah melayu...
"Ukur Baju di Badan Sendiri"
Memang perlu dipraktikkan


Memang berat hati
Atau...
Orang sekeliling akan kata
"KAU BODOH!"


Yang pasti...
Aku tau apa yang aku buat...
Bak kata salah seorang kawan aku kata
"Cuma kau yang faham keadaan kau sekarang"


Yup...
You right,frendz


Memang ada banyak kata-kata sokongan
Tapi...
Aku dah pasrah
Aku dah minta petunjuk
Dan...
Ini...yang telah Allah tunjukkan...
Kata hati aku jugak bersetuju


Aku redha...
Yang pasti...penghujungnya...
Aku sendiri yang akan buat keputusan itu...




Dalam buku ni jugak menguatkan lagi keputusan aku...
"Apa Jalan Yang Kau Nak Dalam Hidup"
Setiap isi kandungan dalam buku ni...
Buat aku sedar untuk memahami kehidupan dalam pelbagai sudut


Yup...AKU dah tau...
Buat kawan2 di sini...
Maafkan aku dan fahamilah aku...


p/s : Really sad...maybe it will be better on my next destiny...I hope...Amin...

Saturday, 30 July 2011

Farewell Fujitsu...Will Miss You Alls

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entri hari ni...entri sedu-sedan
Juga entri panjang gegiler
Yeah...
I am free from Fujitsu
Tamatlah kontrak aku di Fujitsu pada hari ni


Sedih...?
Yup...
Of Course!
Hampir 7 bulan aku di sini
Segala rasa masam-manis-pahit aku lalui


Sayang...?
Yup...
Of Course!
Aku dah jatuh sayang...
Jatuh sayang kat operator2 kat bahagian Final Keyboard
Dyorang baik2 sangat


Aku nak mention nama diorang
Mereka2 yang rapat dengan aku
Yang aku kenal jer laa
Supaya aku tak lupaa...


Line 1 (line aku)
Senior :Along (senior paling kecoh...sedaya upaya nak dapat output target)
Repair :Kak Pony
Kak Mesjana,Kak Min,Aiena,Suhana,Kak Ifah,Kak Timah,Nora,Kak Wati (nenek),Liyana,Kak Ani,Kak Ida,Kak Eza,Kak Jun,Kak Peah


Line 3 (sebelum jadi line 12 jam)
Senior : Kak Rina (senior paling memahami,mudah dapat output target & mesra operator)
Repair :Kak Emon & Kak Huda
Kak Ikin,Kak Suhaida,Kas Hasnah,Mak Roset,Kak Imelda,Kak Diah,Kak Ana


Line 4 (line member aku)
Senior :Kak Zorro (sebelum ni Kak Ikin...dia dah benti coz dapat kerja baru)
Repair :Kak Indah
Kak Reen,Kak Zu,Kak Surina (suka cakap 'dogol'),Aini,HaleedaRobisah,Mama,Kak Roy


Line 5 (line yang pertama kali aku masuk...aku sukaa line ni jugak coz orangnyer ceria)
Senior :Kak Mas
Repair :Kak Ina
Kak Zaimah,Mak Niah,Kak Roslina,Yati,Kak Lala,Kak Chek,Kak Zai


Foreman :En.Rasyid
Forelady :Kak Ina
Tukang jaga kedatangan :Mek Su


Mereka2 kat Final ni termasuk aku akan terpaksa "berlakon"
Bila ada tiga individu ni terjah nak tengok kitaorng buat kerja
Cheng Wong Chong,KK Cheng dan Apek Lee
Hehehe...


Ohw yer...
Aku rasa orang yang paling aku rindu ialah orang yang pertama kali buat aku menangis
masa aku kerja kat sini mula2 dulu...
Yeah..my senior
Along...!


Aku memang tak sangka yang aku akan rindu kat dia
Dia ni memang giler2 skit
Cakap memang tak de 'insurans'
Mood kadang2 tak menentu
Dia anggap aku 'anak ikan' dia
'Peliharaan' dia
Hehehe...klakar (>_<)
Aku tak kesah pown...


Tapi...
Aku tau dia ni baikk orangnyer
That why...
Aku bagi souvenier kat dia
Tanda ingatan aku kat dia
Coz...dia adalah
"Orang Yang Paling Memberi Kesan Sepanjang Aku Bekerja kat Fujitsu"



                                            Ni laa souvenier tanda ingatan yang aku bagi kat Along


Yang aku tak sangka...Along pun ada bagi sesuatu kat aku...
Nak tau...



Soo sweet...suka-suka-suka
Thanks a lot Along n_n


Nak tau...
Loker kasut aku ngan Along ni selang satu loker jerk...
Macam tak percaye jerk masa mula2 aku dapat tau...





                    Sebelah kiri loker kasut aku...yang kanan loker kasut Along...(selang satu loker jerk)


Kepada Abang driver
Terima kasih jugak laa selama ni hantar pergi-balik kerja
Abang Am,Abang Fadil dan Abang Jalil (JCQ,JEL,JLE)


So,sekarang ni aku akan 'bertapa' kat rumah selama sebulan...
Sebelum aku nak menjejakkan kaki aku ke Universiti...
Oppss...aku tak pernah lagi tulis kat blog ni Universiti mana yang aku dapat...
Sajer...tak nak bagitau dulu...
Next-next entri kowt...hehe


Tamat laa sudah kesah cerita aku kat Fujitsu ni
Sekurang2nya...pernah jugak laa nama aku tercatat kat senarai pekerja2 Fujitsu kann
Ohw...tetiba rasa touching laa pulakk




Tinggal kenangan jek kad QC number aku kat Fujitsu nih
(cantikk kan nombor QC aku)


Oleh kerana aku agak 'terkesan' ngan kerja aku kat Fujitsu ni
Rasanya aku nak wat page pasal Fujitsu lak kat blog ni
Alaa...blog aku...sukati aku nak buat apa kann?





"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa"
"Hilang di mata tapi di hati tidak lupa"




p/s : Sayonaraa...Love You Alls

Monday, 4 July 2011

Cuti Hilangkan Sakit Hati...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hyeyoo...


Okey...this week and next week...
Aku start keje shif malam
Tapi...
Hari ni...
Aku sajer amik cuti


Untuk apaa?
Untuk hilangkan rasa sakit hati aku hari Sabtu yang lalu (ayat nak skemaa)


Sekurang-kurangnya tak payah lah aku mengadap muka yang menyakitkan hati aku tuu
Baik aku layann cerita yang buat aku tersenyum
Buat aku...sejuuk hati






Yaa...
Ceritaa Juvana!
Syook sikit hati aku tengok citer ni
Hilang masalah tempat keje
Err...buat sementara laa


That cute face...
Heal my heart...
Hehew... n_n (mood suka-suki)





Alaa...faham2 jer la
Saya suka ZA n_n


p/s : Ada sesiapa yang tak suka Bob?...Kalau ada...ada aku kesah?hehehe...(mood giler sekejaap)

Saturday, 2 July 2011

They Hurt Me Again...!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Entri untuk luahan perasaan...
Tak tau nak luahkan kat mana lagi...
Blog ni je la yang boleh buat aku luahkan segala rasa yang aku rasa (belit-belit ayat)


Seperti entri aku yang lepass
Yup...
Masalah ketensionan aku masih belum habis
Malah kian PARAH


Aku dah banyak bersabar...
Tapi...
Tahap kesabaran aku dah OVER LIMIT!


Hari ini sekali lagi pengurusan di tempat kerja aku memang 'membantai' hatiku
Aku rasa SAKIT HATI!
Rasa macam nak belasah jer mereka-mereka yang berkenaan tu!




Hari ini...
Line 12 jam tak ada barang...maksudnya tak de keyboard untuk dibuat
Yang aku GERAM...
Senior aku yang 'pandai'kononnya tu...
Bole pulakk dia suruh operator line 12 jam tu buat tempat aku!
Aku ni operator line dia yang tetap ni kena tendang!
Bukan dia nak suruh aku buat tempat aku!
Kak Ana yang buat proses tu pun kena tendang...
Bole pulakk dia pentingkan operator line lain!
SAKIT HATI BETUL!

Then ada offer balik half day
Sepatutnya operator line 12 jam laa yang kena balik
Tak pasal-pasal aku yang pening kepala
Aku kan naik van
Mana bole balik half day
Aku kesian dengan Kak Ana
Dia nak kerja overtime hari ni pun tak kesampaian
Gara-gara senior yang...tut....
Sampai hati dia tak fikir pasal operator dia sendiri


Sekali lagi aku rasa macam nak PUNCH dia




Terus terang...
Aku tak bole terima tindakan dia tuu!
Aku terpaksa TABAH hati
Nak tunggu lagi 4 minggu sebelum tamat kontrak
Macam rasa 4 tahun jer


Eshh...
Tergamak kau buat aku macam ni
Sikit pun kau tak appreciate aku


Kesedihan masih berterusan...
Entah...
Sampai bilaa...


ps : Doraemon...aku nak pinjam mesin masa...!

Monday, 27 June 2011

Emo Sekejap...

Hyeyoo...


Hari ini agak emo untuk aku
Apa lagi...pasal ketensionan di tempat kerje!
Adooyaii....tekanan perasaan melanda diri
Jiwa kacauu + Hati terluka + Sakit hati
Waaa...macammana nak hadapi semua tuu?


Emm...
Hari ni...dan seterusnya jugak selagi tak habis kontrak...
Aku terpaksa meninggalkan proses yang selama ini aku buat
Budak baru yang kena demam campak tu dah datang kerje balik
Tak pasal-pasal aku terpaksa mengundurkan diri...(aku tak salahkan dia)


Aku tau...aku hanyalah orang bawahan
Kena ikut arahan pihak atasan
Tapi...kalau kerja yang kau selalu buat orang lain dah amik alih
Aku rasa TAK DIPERLUKAN lagi
Terasa TERSINGKIR
Terasa TERBUANG


Yea...tau...
Kena bertolak ansur...kerja dalam berpasukan
Tapi...
ITS HURT...
Yea...HURT HURT HURT



Aku cuba belajar menerima keadaan itu
Kadang kala aku selalu berfikir
Kenapa mesti aku yang selalu mengalah?
Orang lain tak kena pun...


Shyyss...
Dah..dah...
Dba...life must go on
Chaiyook ! (mood tak de semangat pon)


p/s : Terasa nak ikut jejak langkah Hany jer...berhenti awal...

Thursday, 16 June 2011

Nak Ketawa?Nak Menangis?Aku Jadi Keliru...

Hyeyoo...


Terasa nak meluahkan apa yang terbuku yang tak terjual di pasaran (merepek jer)
Adoooyai...kekeliruan emosi


Yup...


Nak cerita pasal kawan aku yang satu kilang ni (kerja sementara aku)
Dia sebenarnya nak berhenti kerja sebelum tamat kontrak
Sepatutnya dia tamat kontrak sama dengan aku
31 Julai 2011
Tapi...
Dia nak berhenti awal


Dia nak berhenti senyap-senyap
Dia...
TAK NAK BAGITAU AKU


Yang lawaknyer
AKU DAH TAHU


So,aku terpaksa buat-buat tak tahu
Kesian tengok dia
Mana taknyer
Dia sampai berpakat dengan senior operator aku dan foreman
Komplot supaya jangan bagitau aku yang dia nak berhenti


Tapi...
Aku ada naluri penyiasat yang sangat tajam...(cewaah...perasan sekejapp)
Aku dah syak pada awalnya dia nak berhenti
Dan
Tekaan aku TEPAT


Yang aku kelakarnya
Diorang sedaya upaya buat 'lakonan' dan cover sedaya upaya supaya aku tak tahu
Diorang buat isyarat rahsia
Bila aku pusing pandang diorang
Cepat2 diorang tukar topik
Nampak sangat
Tu yang aku terasa nak ketawa
AKU DAH TAHU LA...


Tapi...
Aku rasa sedih dia nak berhenti awal
Aku memang rapat ngan dia ni
AND
Aku satu-satunya yang kawan dalam geng kitaorang yang dia tak bagitau pun nak berhenti
Aku sedikit kecik hati


Aku faham
Dia tak sampai hati nak bagitau aku
Dia takut aku menangis
Of course laa
Aku sedih...


So...sekarang ni...
Aku masih buat-buat tak tahu
Walaupun aku dah tahu dia nak berhenti
Aku nak dia bagitau aku sendiri


Hesyh...kenapalah kau buat macam ni
Tak menyusahkan diri kau sendiri ke?
Sorok-sorok dari aku...???


p/s : Bila tiba saat perpisahan itu...kena standby tisu banyak2...

Sunday, 12 June 2011

Perfectionist Yang Tewas

Hyeyoo...


Lelaki Perfect!
WoW...
Girl mana yang tak nak?
Kalau ada yang tak nak
Maybe...
Err...
Call the doctor plezz???
Hahaha...
Lain orang lain taste la kann




Emm..aku ni memang kaki layan citer Korea
Lagi2 kalau pelakon dia tu
Handsome + Kachak + Cool = jejaka idaman
Hehehe...miang kan? (sukati aku laa)


Tapi tak jugakk...
Kalau jalan cerita best...
Hensem ke tak...aku layann gak citer tu
Asalkan aku ada feeling nak tengook


Naughty Kiss yang ditayangkan di 8TV dah pown abes
Sila google sendiri untuk tau sinopsisnyer...(malas nak taip...hehe)
You know...
Apa yang aku dapat tau pasal thiz story
Se-perfect mana pown seseworang tuu
At last dia akan tewas gak


Yeah Baek Seung Jo...
Dalam thiz story
Dia memang perfect giler






Sangat bijak (pelajar terbaik sekolah) + digilai gadis + handsome
Tapi...
Dya sesangat la DINGIN 
Tak ada perasaan 




Dan...
Dia paling benci perempuan bodoh (taulaa ko pandai...berlagak tol)
Tapi...akhirnya si Perfectionist ni kahwin gak ngan perempuan bodoh tu
Alaa...
Bukan bodoh laa...
Just naif jer...






Hahaha...kahwin gak mereka ni...
Memang tak tersangka (walaupown dah dapat agak laa)
Tewas gak si Baek Seung Jo ni 



Agak2 dalam dunia nyata ni memang wujud ker lelaki macam tu?
And perempuan macam Oh Ha Ni ???






Well...
Life is Unpredictable!


p/s : Lelaki yang ala2 dingin tapi cool ni...tetiba jer dah masuk dalam list aku...hehew n_n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto;}